Akak tengah menyingsing lengan cardigan akak yang berwarna merah hati ni haa seraya menahan hati tengah marah akibat kesabaran dan keimanan diuji di saat dan ketika ini! Memang pe’el dia betul lah budak-budak ni. Bila tipon berbunyik je, dia pun mula laaahhh ikut berbunyik sama. Padahal tadi tipon tu diam seribu bahasa, satu bunyik pun tak ada dalam rumah akak ni. Toksahkan sebatang jarum, malah sebijik zarah yang jatuh pun akak tak dengar. Haaa sunyi tak sunyi rumah akak! Hah!
Sebelum ada yang kena rebus jadi kuah Laksa untuk dinner akak malam ni karang, baik akak menyingsing lengan menulis blog ni haa sambil menunggu marah akak reda. Dah lah satu hari ni akak taaaaaaakkk sesudah bertempik! Anak-anak akak ni asal bukak je mata, mulut pun bukak ler jugak buat bising. Segala keturunan bunyik ada: mak bunyik, nenek bunyik, maktok bunyik, tokwan tokki, achama achapa, kong-kong po-po punya bunyik, sampai lah ke cucu-cicit tompang lalu punya bunyik pun ada dibuatnya.
Akak memang boleh jamin dengan SIRIM lah, Bukit Pokrovsky ni kalau buat Majlis Anugerah Sempena Emak Paling Kuat Bertempik, akak lah tokoh yang terpaling hebat! Haaa dah lah TER, PALING lagi tuh! Bukan itu sahaja. Akak lah calon, akak lah juri, akak lah urusetia, akak lah usher, akak lah pengacara dan akak jua lah pemenang tiga tahun berturut-turut. Kalau lima tahun akak duduk atas bukit nih, lima tahun lah akak penggondol setia gelaran juara tersebut. Juara bertahan pun jadi tak tahan dengan akak. Apa susah, akak tempikkk je kat muka sesaper yang berani nak mencabar kekuatan tempikan maut akak ni. Haaa ada braniii?
Tapi memang lah… akak yakin lagi pasti, kalian semua akan terperanjat kalau berkesempatan mendengar tempikan keramat akak yang ternyata menyiat hati anak-anak akak yang nakal sebenarnya. Akak je yang tak rajin bercerita dan mengomel pasal kenakalan mereka dan keluarga mereka itu. Yang kalian baca semua cerita-cerita yang indah-indah belaka. Kisah menyayat hati yang akak karang bila hati telah retak. Bila hati tengah marah macam petang ni, bukan hati akak sahaja yang retak. Pinggan ayan serta mangkuk hayun akak semuanya retak menunggu belah. Nasib baik akak cepat tangkupkan ke batu. Nescaya jadi lah ia batu belah batu bertangkup.
Maka akak pun merayu lah kepada batu yang menjadi sebut-sebutan itu…
Batu lah belah batu bertangkup
Telan lah aku luluh lah aku
Aku dah rebus telur untuk hiasan laksa itu tadi
Akak terpaksa mengundur diri dulu untuk merebus apa-apa yang dapat akak tangkap dan rebus untuk menjadi kuah Laksa hidangan makan malam akak ni sebentar nanti.
Muahahahahahaahaaa… come to Mommyyy!
The water is boiling, the noodles are readyyy!
Muahahahahahaahaaa!
[…] Akak tengah menyingsing lengan cardigan akak yang berwarna merah hati ni haa seraya menahan hati tengah marah akibat kesabaran dan keimanan diuji di saat dan ketika ini! Memang pe'el dia betul lah budak-budak ni. Bila tipon berbunyik je, dia pun mula laaahhh ikut berbunyik sama. Padahal tadi tipon tu diam seribu bahasa, satu bunyik pun tak ada dalam rumah akak ni. Toksahkan sebatang jarum, malah sebijik zarah yang jatuh pun akak tak dengar. Haaa … Read More […]
[…] kasih dan sangat-sangat menghargai komentar yang telah ditinggalkan oleh kawan akak di blog entry Laksa Mana? yang mana komentar beliau tersebut telah menyedarkan akak bahawa sesungguhnya meletak gambar hiasan […]
enida
waaa.laksa kat moscow nampaknya ada bunga kantan and daun kesum, how did u pull that off?
Enida
You are soooo funny! Batu belah batu bertangkup pun larik kot dengar you bertempik. Hehehe…
Babe,
Kepada batu belah batu bertangkup tu, akak tempik gini, “Boleh belahhh!” Baru dia tau akak ni tak main laa dengan belahan jiwa ke, belaian jiwa ke. Tu laa… orang tak tau dalam kelembutan akak yang penuh feminine lagi elite ini, sebenarnya akak ni berhati batu. Ewah!