
Adasaperlaparlaksapokrovskyakakka?
Akak berterima kasih dan sangat-sangat menghargai komentar yang telah ditinggalkan oleh kawan akak di blog entry Laksa Mana? yang mana komentar beliau tersebut telah menyedarkan akak bahawa sesungguhnya meletak gambar hiasan adalah sangat mengelirukan lagi menyinggung perasaan banyak pihak – terutamanya pihak akak – sekiranya tidak diberi akreditasi dengan sewajarnya.
Rakan akak, Ida Chomelmera, juga telah menyedarkan akak bahawa akak sebenarnya tersinggung dengan kerajaan Rusia yang telah menutup pasar Vietnam di Ishmaelova dan Pushkinskaya yang tak berapa nak kaya itu. Kerana penutupan sedemikian kini telah memustahilkan akak daripada mendapatkan bekalan Bunga Kantan dan Daun Kesum!
Menyedari akan hakikat ketiadaan Bunga Kantan dan Daun Kesum di bumi Ra Ra Rasputin ini, akak akui gambar yang akak tampalkan bersama entry Laksa Mana? itu adalah gambar harapan perasaan akak je semasa menulis entry tersebut. Tak percaya cubalah Image Google dan taipkan perkataan Laksa. Berlaksa-laksa gambar laksa yang menggiur lagi meliurkan anda akak ada di sana.
Sesungguhnya harapan akak untuk meletakkan gambar sebenar Laksa Pokrovsky akak telah hancur sirna kerana suami akak yang menyenduk dan mencedok dinner malam semalam telah mem-BLOB-kan kuah laksa akak dengan tidak cantik nya. Akak sampai sekarang tak tau apa perkataan BLOB tu kalau diterjemahkan dalam bahasa Kelumpo. Dah tentu tak ada dalam Longman Dictionary 1989 yang akak dapat masa buat TESL dulu.
Akan tetapi akak telah mengadakan siaran ulangan malam ni dengan tayangan second round Laksa Pokrovsky leftover dan telah mengambil beberapa foto dengan kamera Cik Canon Konon akak. Dan seiring dengan entry ini, akak sekali lagi berterima kasih kepada kawan akak, Ida Chomelmera, yang juga rakan seperjuangan akak dulu sama-sama menegakkan bahasa Omputeh sebagai bahasa mak-lidah, mak-tekak dan mak-donal. Walaupun akak masih memperjuangkan English Grammar, akak tetap boleh berbahasa mak engkau ni ha.
Cakap pasal mak engkau, Laksa Pokrovsky ini sebetulnya akak buat sempena mengenang mak akak yang sangat-sangat sukakan Laksa. Beliau pulang ke pangkuan Ilahi pada hari Rabu, maka akak pun buatkan lah Laksa pada hari Rabu. Mau tak menangis makan Laksa Pokrovsky akak semalam! Sengaja akak kurangkan garam sebab dah tau garam lain akan meleleh masuk.

Salah satu cara akak memanas dan meracun diri.
Postlude:
Tahukah anda bahawa Daun Kesum juga dikenali sebagai Daun Senehum atau Daun Senohom di beberapa tempat di Malaysia? Jikalau anda tidak percaya, cubalah dengan tidak Senonoh nya anda menyental Daun Kesum yang baru dipetik dan dicarik-carik ke bahagian bawah hidung anda (di antara hidung and bibir anda yang banyak Songeh itu). Aaaaa cuba lah!
Engkau laksana bulan betul la, makin tinggi di atas kayangan makin rupawan ha ha ha whatever that means. Anyway ingat projek anda yang kedua yang tidak memerlukan apa2 daun. I will be salivating, I mean waiting.
Wiz! I found Karipulei! Dah beli dah sebeban last week. Project kedua menyusul tak lama lagi.
enida
amboiii janganla menghighlight nama akak dalam blog nih..malu ahhh *seraya larik gedebas gedebus masuk bilik.
sebenarnya im always on the look out bagaimana nak meng’authentic’kan masakan malaysia bila di bumi asing.walaupun hakikatnya di malaysia, tidak pernahlah akak memasak laksa, just the thought that i could is enough 🙂