Dua Ribu Duapuluh Empat:
Saya masih memikirkan apa mahu saya buat dengan cakap-cakap yang saya tidak dengar dari mulut tuanpunya kata-kata itu sendiri. Saya bersimpati kepada telinga saya yang mendengar, tapi saya malah bersedih kerana akal dan hati saya berperang kerananya.
Perlukah saya mendengar tanpa merasa? Atau perlukah saya merasa tanpa mendengar penjelasan daripada tuanpunya-tuanpunya kata-kata? Semoga Tuhan bantu saya kekal rasional untuk menerima apa yang tak mampu saya kawal.
Sebegitu bersyukur lebih sukar daripada bersabar… begitu lah juga payahnya menjaga mulut daripada menjaga hati. Mungkin di dua ribu duapuluh empat ini saya perlu belajar untuk lebih menjaga telinga.
“Tuhan jagalah tanganku ini.”

Leave a comment