
If I were a fish, this would be me swimming in the air. And if I were a bird, this would be me flying underwater.
Posted in Write On on May 2, 2023| Leave a Comment »
If I were a fish, this would be me swimming in the air. And if I were a bird, this would be me flying underwater.
Posted in Write On on May 2, 2023| Leave a Comment »
My Favorite People
This photo was taken in 2008. Kitreena was 6, Edrick was 3, Bibik was 40. And I was miserable.
The only peace I could find then was when I took these favorite people of mine to (then) The Guoman Resort (now Thistle), in between visits with my Mom at HUKM.
Once, during Mom’s breakaway from the wards, she requested to be taken to a beach. I took her here. She played in the sand like a child. A happy child.
I have not taken Monchies back to this private beach since 2009. Since Bibik left, since Mom’s passing and since Monchies and I went to Moscow and since we came back.
It is no longer a favorite place for the remaining of my favorite people who are here with me, my Monchies. But maybe it deserves another visit.
Posted in Write On on April 20, 2023| Leave a Comment »
In green or grey and especially blue,
I put things away and I ran straight to you.
In silence or chaos where there was no clue,
I walked past it all, made my way to find you.
On calls or online, on DM’s, on Yahoo,
I was read, I was heard, I was glad there was you.
But when words disappeared much too soon all fell through,
No WhatsApps, no FaceTimes, no more words, no more you.
When reasons and logic unspoken, overdue,
It was time to read the signs, I so noticed the cue.
I neither begged, nor I asked, all the hopes went adieu.
We were not meant to be, we didn’t make it to “I do”.
It’s a matter of fact, true good men are too few.
I am back to square one. I’ll wait while you queue.
Posted in Write On on February 11, 2023| Leave a Comment »
Posted in Write On on February 11, 2023| Leave a Comment »
Posted in Write On on September 22, 2022| Leave a Comment »
Ini baru sticker olok-olok tau. Esok petang kita lekatkan Car Body Sticker Hari ATM Ke-89 sebenar yang waterproof 25cm x 25cm tu di lengan Abang Harris kita. Kiri kanan kita tampal. Atas hidung pun kalau sesuai, kita tepek juga.
Ini kali pertama kita ke Kuantan. Sebelum-sebelum ini kita cuma ke utara (Lumut, Ipoh, Sungai Siput, Sungai Petani), ke selatan (Batu Berendam, Terendak) dan berlegar-legar di kawasan tengah (Subang, Sungai Besi, Mindef). Tak pandang ke timur pun. Jeling-jeling manja je dua tiga kali. Tapi tak pergi.
Kali ini kita berkubang dua tiga malam di Kuantan, tempat kita berdating bila bulan mengambang di zaman-zaman Teluk Chempedak sunyi sepi dan tak riuh rendah macam sekarang. Zaman tu Teluk Chempedak punya ejaan pun CHEMPEDAK lagi. Sekarang dah CEMPEDAK aja. Musim CHINTA telah berlalu. Ah!
Kalau ada masa selepas rehearsal pertunjukan aset ATM petang Sabtu nanti, kita jalan-jalan berpegangan tangan di Pantai Gelora nak? Dah lama jiwa tak rasa gelora macam dulu-dulu. Kalau ada kudrat lah.
Ahad kita explore Kuantan, kalau larat, kalau rajin, dan kalau tak sesak sangat. Dah umur segini, sebenarnya terasa malas nak meredah lautan manusia. Apatah lagi lautan luas. Dulu, lautan api sanggup kita renangi. Gelora asmara melanda pun kita rela. Sekarang… hish! Darling carry pun kita tak sudi.
Isnin, masa D-Day nanti kita berkumpul di Pangkalan Udara Kuantan semula ramai-ramai biar meriah sambutan Hari ATM ke 89. Bukan selalu kita dapat limpas pintu masuk utama PU Kuantan tu. Selalu lalu-lalu saja.
Tahun depan sambutan Hari ATM Ke 90 kita minta penganjur buat perancangan awal-awal, buat lah event waktu hujung minggu. Jangan Isnin — sebab boss kita nak bagi cuti Isnin hanya kerana kita nak tengok aset tentera, mukanya kelat benar nak lepaskan kita. Nampak sangat kita nak spend gaji beli barang Airwings, katanya.
Tapi percayalah, kita akan kumpul banyak kenangan di Kuantan tahun 2022 ini. Esok kita basuh kereta, vacuum dan wangikan Abang Harris. Lepas tu kita refuel full tank siap-siap sebab manalah tau kalau-kalau lepas event kita terlajak ke Rantau Abang pulak walaupun Abang kita tak ada kat sana.
Eh!
Posted in Write On on May 22, 2022| Leave a Comment »
Tak mungkin hujan turun hanya setitik.
Tak mungkin rindu bertahun hilang sedetik.
Posted in Write On, tagged Affair on December 13, 2021| Leave a Comment »
Posted in Write On, tagged Airwings, hati, kochi, mochi, sumandak on February 23, 2021| Leave a Comment »
.
Kuih ni orang order set besor ini ari sebab tau Mandak suka nau kuih yang dia panggil Malay-Mochi ni. Set kecik lima ringgit, dapat 6 bijik. Set besor sepuluh ringgit, dapat 13 bijik.
.
Dah bayor sepuluh ringgit masa buat pesanan. Tapi bila terima ada 6 bijik je! Oit! Tercekik tekak orang tau. Belum lagi makan Kochi masa tu. Terus orang picit loceng Help Center Pak Panda masa tu jugak-jugak. Dan terus dapat ganti rugi baucar limabelas ringgit.
.
Tapi kan… orang tetap kecik ati. Sebab memang besor hajat ini ari nak bagi Mandak makan banyak sikit Mochi Melayu dia. Tak kesampaian hajat orang.
.
Dan yang lebih menginsafkan ialah, sebenarnya orang pun ada banyak buat salah yang sama dengan pelanggan orang kat Airwings kebelakangan ni. Antor barang terkurang.
.
Kadang yang order dua keping pelekat kereta, orang antor satu. Konon nak cepat. Ada masanya sebab badan dan jiwa dah penat. Kadang yang order lima lanyard design yang sama pun orang antor satu je sebab cuai, tak tengok jumlah bayaran dia berapa.
.
Sekarang baru lah orang faham sefaham-fahamnya hati orang lain yang kecewa bila bayor lebih, barangnya kurang. Orang insaf seinsaf-insafnya. Dan orang takkan bagi alasan dah lepas ni.
.
Orang pantun je sikit ini hari. Boleh?
.
Kalau udang, udang juga,
seakan sama isi tenggiri;
Kalau orang, orang juga,
seakan sama hati sendiri.
.
#kenapabayarlebih
Posted in Write On, tagged business, gua, kencing, lu on February 23, 2021| Leave a Comment »
Gua caya lu der.
.
Sebab tu gua buat barang dengan lu. Bukan sikit-sikit der. Tapi gua kagum sebab lu berjaya sorok kualiti barang yang gua tak boleh jual dalam banyak-banyak barang yang gua order. Terer lu der. Bila stock gua dah ujung-ujung, kebetulan gua ada masa handle sendiri, gua lipat balik, baru gua nampak printing lu senget lari 2cm. Baru gua sedar gua dah kena kencing.
.
Malu gua, der. Customer dah order, last piece pulak tu. Gua nak tukar plastik bungkusan yang dah renyuk, baru gua terpandang printing lu senget. Sama kes macam dua tahun lepas gua buat ratus-ratus baju dengan lu. Gua ingat lagi lu bilang senget sikit customer tak nampak, boleh je jual beb. Gua mintak ganti, lu gelakkan gua der. Sampai akhirnya gua lelong giler murah baju-baju yang printing senget tu. Rezeki gua lah tu, syukur seadanya.
.
Bila jadi lagi ini kali, sampai 2cm senget, gua tak marah. Gua suruh je staf gua bungkus balik. Hantar baju yang printing senget tu balik ke tempat lu. Gua tak nak mintak apa-apa pun. Lu nak ganti, terima kasih. Lu nak gelakkan lagi muka gua yang bodoh pergi percaya sama lu, pun gua okay. Lu nak diamkan macam projek lepas pun, gua terima. Ambik la der.
.
Yang penting gua dah lega, der. Tak payah gua nak berjawap dengan customer kalau ada yang terima baju printing nya senget. Yang lepas-lepas, gua tak tau, gua mohon ampun dari Tuhan je la. Gua betul-betul tak tau. Gua tak bukak lipatan dan bungkusan baju tu satu persatu. Gua betul-betul yakin dan percaya sama lu, der. Serius gua percaya sama lu der!
.
Tapi sekarang kerja-kerja menjawap tu lu sendiri tanggung la. Gua kasi bola balik ke gelanggang lu. Lu buat la apa lu suka kalau lu rasa lu dah menang. Dah untung.
.
Gua caya lu der.
.
https://youtu.be/Buq9n1T9oII
.