
Sila huraikan golongan-golongan berikut:
BODOH:
Sepatutnya golongan ni boleh diajar dan harap-harap mereka nak lah belajar. Takkan sampai tua nak maintain bodoh.
BAIK:
Baik tu nak kata apa lagi, memanglah jadi orang baik tu sebaik-baik pilihan. Tapi kalau sampai ada yang ambil kesempatan, tak baik juga jadi baik sangat ni. Dah jatuh bodoh dah lah jugak.
BUAT-BUAT BODOH:
Golongan ini pun boleh difahami. Mungkin kita konon nak merendah diri. Maka buat-buatlah bodoh dulu. Tapi orang malas pun biasanya buat-buat bodoh juga. Sebab tak nak kena suruh buat kerja lebih. Pandai pulak kan?
BUAT-BUAT BAIK:
Ah, ini golongan yang paling keji. Jauh beza daripada golongan orang baik, orang bodoh atau orang yang buat-buat bodoh. Narcissist yang paling narcissistic sekali di muka bumi dari golongan yang inilah.
Mesti kau kenal sorang dua, kan?

Leave a comment