Lama akak tak mengomail, tiba-tiba hari ni adalah satu kisah berlaku yang membuatkan akak musti mengomel. Cannot say cannot! Tak boleh tidak. Dan akak musti mengomel dalam bahasa ibunda yang tidak rasmi sebab kisah yang berlaku ini sangat local. (Local, as in tak pernah lah lagi akak alami sewaktu akak berada di luar negara mahupun di luar Sabah dan Sarawak.)
.
Anyway…
Akak ke Tesco Kajang dan berbaris lah nak menggunakan mesin ATM Maybank. Lengang hari ni, tak ramai orang. Ada sorang je pun di depan akak sedang melakukan itu. Melakukan pengeluaran wang lah. Takkan kat mesin ATM melakukan pengeluaran barang atau melakukan pengeluaran hasil dalam negeri pulak kan. Tapi rupa-rupanya keburuk-sangkaan akak itu berasas! Orang di depan akak itu telah sempat melakukan pengeluaran angin bercampur gas sulfur beliau di depan mesin ATM!
.
Opocot! Terlompat akak terkejut bila terdengar akan bunyi yang begitu familiar di hidung telinga akak. Mulanya akak sangka itu bunyi talipon dari dalam poket seluar beliau. Maklum lah bunyi dering talipon bimbit yang berbagai-bagai zaman Y2K ni. Tetapi nampaknya beliau telah mengconfirmkan sangkaan akak dengan melakukan pengeluaran set kedua gas tersebut. Dan akak pasti bunyi letupan tipis lagi terhimpit itu datang dari bahagian antara pinggang dan peha sebelah belakang tubuh beliau! Apatah lagi beliau kelihatan mengangkat sebelah kaki untuk mengurangkan kesan himpitan seraya melincirkan lagi pengeluaran gas.
.
Sayangnya hanya setelah melakukan pengeluaran gas set kedua dengan penuh kepuasan tak terhingga, barulah beliau menoleh ke belakang dan kelihatan agak terkejut melihat mata akak yang terbeliak memandang ke arah dari mana datangnya gas berkenaan. Mulut akak yang ternganga kesan daripada kejutan yang telah dibuat oleh sedara kita kat depan mesin ATM tu cepat-cepat akak tutup!
.
Akak cuba sedaya upaya untuk tidak bernafas melalui hidung. Tetapi tidak berjaya kerana jantung akak berdegup kencang impak maksima daripada gas yang telah begitu kencang dan laju – kalah RapidKL – meracun fikiran akak! Oh tidak! Lemah seluruh anggota tubuh akak. Sehinggakan akak tak dapat membuat keputusan yang waras. Sama ada tetap mahu meneruskan perjuangan mengharung gas beracun untuk mendapatkan wang tunai jugak-jugak…atau lupakan saja. Gunakan kad kredit!
.
Jikalau ini terjadi kepada anda, tuan-tuan dan puan-puan…apakah keputusan paling waras yang akan anda ambil?
.
p.s. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, beliau yang telah melakukan itu di mesin ATM Maybank Tesco Kajang tersebut bukanlah sedara akak atau sedara bau-bau kentut bacang dengan akak. Dan akak tak tau lah kalau ada sesaper yang nak bersedarakan beliau selepas ini. Istilah sedara kita di dalam post kali ini akak guna-pakai untuk tujuan anonymity semata-mata. Dan beliau yang akak sebut-sebut ini bukanlah jugak berbangsa Jepun. Bangsa dan kewarganegaraan beliau tidak ada kena-mengena dengan perbuatan beliau yang terlampau pada hari ini 15 January 2009. Sesungguhnya akak tidak mengamalkan sikap perkauman. Sesaper yang hendak melakukan itu di depan mesin ATM, silalah pandang belakang supaya bangsa-bangsa bersatu lagi teraniaya seperti akak ini tidak diancam oleh pencemaran udara yang boleh membuatkan akak pupus.
la Signora:
Bukan setakat senjata bioloji, ini dah kategori weapon of mass destruction daripada sedara kita yang menjadi axis of evil – selaras dengan sudut 30-45 darjah tangent kaki beliau yang terangkat sebelah itu.
huraz:
Natural perfume? Oh my God! Imagine him ‘melumur’ his whole body with his own free perfume. He might want to squirt some of his gas on the palms and rub it on his face like some invisible cologne. Iyyyeeeewww!
noordinarymomster:
Rear-view mirror, motion detector/sensor, and cruise control! And oh…a hydraulic brake to complement it all.
adusss… kena pakai rearview mirror la itu orang! 😛
HA! HA! HA!… natural perfume, free lagi!!!
XD ha ha ha ha.OMG, klasik ok!Kesian kat Ngah jadik mangsa senjata-bioloji.Ngah mesti pakai taktik ninja-walk, sampaikan orang lain tak prasan yang Ngah tengah rilek berdiri kat blakang deyrang.
Creepy lah plak, kene terjah camtu ek.