Kebelakangan ini saya asyik nak menangis saja kerjanya. Menangis di dapur pulak tu. Ini bukan cerita Bawang Putih Bawang Merah punya menangis ni ya. Cerita kelakar menangis potong bawang, potong jari, potong line atau potong steam pun bukan. Ini cerita sakit hati sampai nak menangis punya cerita. Sini saya cerita asal usul sebab musabab nak menangis punya cerita.
Mula-mula sekali nak menangis sebab tak berjaya nak bukak balang buah peach. Sepenuh tenaga saya serahkan kepada usaha untuk memusing dan memulas penutup balang buah peach tersebut. Sampai terkehel tengkuk, siku, pergelangan tangan serta gelang emas Sabah saya. Kalau lutut, tumit dan buku lali saya boleh terkehel, mereka pun akan turut serta menterkehelkan diri. Tulang kering saya sampai basah, begitu kuat tak kuatnya pusingan dan pulasan kudrat wanita kaum yang lemah lembut lagi sopan santun ini hendak membukak balang.
Bermacam sudah saya cuba; daripada mengguyur air panas ke permukaan dan perbadanan balang, sampailah mengetuk-ngetuk manja penutup balang yang degil lagi keras hati itu. Tetapi tak mau jugak terbukak. Saya terfikir sejenak hendak menuclearkan balang peach tersebut di dalam ketuhar micro-gelombang barang seminit dua. Tetapi oleh kerana penutup itu diperbuat daripada logam, silap haribulan nyawa saya pulak yang terkehel. So kenselll!
Tak berjaya membukak satu balang, saya cuba balang peach yang lain. Ada tiga balang semuanya dalam gobok yang saya baru beli di kedai Grand Mevel yang terletak di Persiaran Leningradsky dalam wilayah Khimki nun di saaaaana bah. Akan tetapi kesemuanya sama ketat, sama sendat. Kudrat saya yang sudah tinggal dua pertiga itu pun akhirnya luput. Ibarat kaca terhempas ke batu, sirna harapan saya hendak menghidangkan dessert buah peach yang tidak dicampur gula itu kepada Monchies selepas makan tengahari. Setelah asa saya putus, saya pun cuma memotong sebiji buah epal untuk pencuci mulut Monchies. Padan lah tak bersih-bersih mulut mereka.
Selepas makan tengahari, saya hambat dan ligan Monchies keluar rumah untuk bermain di dalam salji sementara masih ada sinar mentari di Korea Russia. Kalau ikutkan hati, dan kalau saya pun ada snowpants/snowsuit, mau rasanya saya berguling-guling di dalam salji bersama Monchies seraya mengeluarkan peluh dingin barang setitik dua. Tapi tubuh tropika saya ini mudah benar beku nya. Orang lain suhu bekunya 0°C, saya beku di suhu bilik. Bilik beku. (Kenyataan ini adalah sekadar alasan sahaja. Sila abaikan.)
Walaubagaimanapun saya sentiasa mendapat gerakerja riadah saya daripada kegiatan memakaikan pakaian musim sejuk Monchies. Setiap seorang mengambil masa paling singkat limabelas minit setiap kali. Jangan tak percaya! Bermula dengan baju panas, snowpants, sepatu salji, chapeau, selimpang, jeket salji, sarung tangan sampailah ke penutup kepala. Kalau setakat pakai sepatu pun saya sudah hilang 400 kalori, hah bayangkanlah kalau saya beranak lapan! Hilang terang timbul gelap saya dibuatnya bergerakerja sampai tak bergerak.
Acara menangis kedua datangnya daripada gerakerja ini jugak lah. Edrick, sudah siap saya pakaikan kelapan-lapan benda (what is ‘item’ in Bahasa Malaysia anyway?), baru itu lah dia nak ke bilik air! Memang saya nak menangis berlagu-lagu rasanya. Lagu joget, lagu zapin, lagu inang Pulau Kampai, lagu kebangsaan, laguku untukmu, juara lagu, lagu popular minggu ini… hah semuanya berjurai bersama airmata saya menahan geram. Oh anak! Dan oleh kerana tempat gantungan pakaian sejuk letaknya di bahagian luar pintu dapur, di dapur itulah saya bergerakerja menangis siang itu.
Tangisan ketiga datangnya daripada asap ala-ala Smoke Gets In My Eyes, begitu. Maklumlah di musim sejuk begini, seronok dapat bermain api berdiang diri. Tidak lah di dapur. Di tempat berdiang yang bersebelahan dengan dapur. Tiap kali saya hidupkan api, teringat zaman saya dan KaCher hidup berdikari memasak sendiri menggunakan dapur kayu. Bukan setakat nasi dan lauk berbau asap, malah pakaian, sampai ke getah pengikat rambut berbau asap jugak. Dan setiap kali asap masuk ke mata… bersilih ganti dengan hati saya yang cair dan hilang bekunya.
Dalam pada itu, kerja menangis ini pada saya sebenarnya paling sesuai dijalankan di kamar mandi (shower). Bak kata tagline iklan ‘Daun’ zaman 70an dulu… “Tak siapa pun akan tahu.” Jika itu tidak dapat menyembunyikan tangisan, cepat-cepatlah ke dapur dan mulakanlah gerakerja memotong bawang.
enida
isn’t it weird makanan yang paling murah itula menjadi yang paling ‘sedap’ dengan air tangan ibu.gabungan nostalgia dan rindu meletakkan menu-menu ini melangkau masakan oleh tukang masak lima bintang michelin 🙂
Michelin punya bintang yang lima bijik tu pun malap kalau Enida dapat Taucu Kuah Bawang Potong dia tau! 🙂
That is so very true. Sometimes I can almost feel and taste my Mom’s cooking kat hujung lidah punyalah rindu. She always made sure to have ample stock of Jeruk Maman everytime I balik. Do you know Jeruk Maman, Ida?
Saya sesungguhnya berkongsi perasaan bersama anda tentang tangisan yang pertama. Kegeraman, ketidak puasan perasaan apabila gagal membuka sesuatu amat menyiksa kalbu. Perasaan memberontak berteriak seperti anak kecil yang tidak dapat makan gula getah. Seperti hajat tidak kesampaian yang kemngkinan besar penyebab kempunan batu belah batu bertangkup.
pernah terbaca pendapat mengatakan air mata yang keluar akibat sengit bawang adalah bagus untuk kesihatan mata, wallahualam.
Oh wow! I learned something new today. Thank you Ida. Mula rasa macam nak potong bawang je ni. Patutlah mata I sejak buat Lasik ni semakin cerah je – sebab kena rajin masak dah takde Bibik ni kan. I actually do use onion in almost everything I cook tapi bukanlah sebab nak cuci mata. Hehe 🙂 Dah terbiasa tumis semua benda kena ada bawang. And since in Moscow ni tak banyak bawang merah (shallots), I have to make do with bawang besar. Onion and garlic are both good for immune system pun kan.
Masa kecik dulu (I ni pernah ke kecik, tapi?)…
My Mom rajin buat bawang potong, campur dengan cili api potong, campur taucu and air panas. Tu lah our kinda air asam (yang masin). Other than kicap, taucu was the closest alternative. We had it almost everyday, I remember. She used to make it in a big bowl – almost the size of bekas nasi tambah. It was so sedap dimakan dengan ikan goreng (especially Ikan Mata Besor or Ikan Uji Rashid), berulam timun, kacang panjang or Ulam Raja. Kadang tu sedap sangat, we even hirup je air taucu and bawang potong tu macam soup. Pehhhh!