Kehadapan Anand yang diingati,
Semoga warkahku ini tiba di pangkuanmu dengan selamatnya. Dan semoga kau tahu, bahawa dirimu itu tak pernah lepas dari ingatanku. Susah senang, senyum dan tangisku kau selalu ada… dulu disisiku, kini dihatiku.
.
Anand ku sayang,
Setiap kali aku terpandang sepasang saree itu, hatiku pilu. Sejak kau pergi aku berdendam pada Tuhan. Dan hari ini ketika aku melintas di ruang legar bangunan itu, pilu bertukar rindu. Di situ kali terakhir kau mengucup bindi di dahiku.
.
Buat pertama kalinya setelah lama kau tiada, tahun ini ku kuatkan hati mencari ganti saree turquoise yang telah lama lusuh itu. Dan aku tahu, yang akan tetap terang di malam Diwali nanti adalah cahaya kasihmu. Memadam dendamku. Tuhan lebih sayang padamu.
.
Tak ada lagi sindoor tilak di dahiku tanpamu, Anand ku.
.
Dengan hati pilu,
Enidashwary
.
.
oh! pilu juga hati saya!
Oh! Pilunya….