Tuhan memang selalu bagi saya peringatan supaya bersyukur. Selalu! Ada masanya saya yang sengaja buat bising supaya nampak seperti hidup saya lah yang paling malang dalam dunia. Contohnya, CRaVy saya kebelakangan ini mintak manja lebih dari biasa. Tayar tertusuk paku. Botak pulak tu. Brake menjerit. Dan satu brake-disc kalau nak di ‘skim’ di Lim Tayar, sula mau satu latus lebehhh hor. Itu hugger satu disc oni, okay!
.
Dalam pada saya buat bising gitu, bila pergi ke Honda Service Center di MRR2, brake-disc skimming hanya RM80. Nasib baik juga saya mengadu bising-bising pada Mr. Kalai… saya punya brake depan kanan ada bising laa anney. Sippai anney, sweet anney. Bersyukur saya Mr. Kalai itu teliti orangnya. Dua kali ulang-alik ke Honda, dua pagi, dua bungkus nasi lemak Honda kemudian, CRaVy berlari seiring dan sejalan seindah bunga di taman tiada kebisingan lagi. Biarlah KL sahaja yang menjerit.
.
Habis kisah brake terpekik, tayar tertusuk… saya konon-konon terasa seperti CRaVy itu sudah hilang ketampanannya. Semenjak mencium MyVi putih Inche’ Kent Lee yang baik budi bahasa lagi muda remaja Disember lalu, ada parut luka di tepi lampu depan kekasih gelap saya. Luka yang mungkin tak dapat diubati lagi.
.
Tiba-tiba saya mendapat peringatan yang sangat lembut (gentle reminder lah tu) dari Tuhan apabila saya terpaksa mengekori sebuah motorsikal berkuasa rendah berpendaftaran WAG 2785. Lampu belakang sebelah kirinya terpaksa diikat dengan dawai supaya ia kelihatan seperti masih ada di situ. Dawainya pula berwarna hijau mengundang perhatian. Saya menghela nafas insaf.
.
Saya bersyukur akan limpah kurnia dah hidayat Nya berdiri dan duduknya saya di sini hari ini sebagai seorang yang sentiasa mendapat peringatan. Pelupa rupanya Enida ini. Semoga Tuhan pelihara lah saya dari mulut yang bising tetapi tidak berterima kasih, dan jauhkanlah saya dari hati yang senang tetapi sombong.
.
Kalau saya berkereta dan mengeluh, ingatlah orang yang naik motorsikal. Hujan basah. Kalau saya bermotorsikal dan mengeluh, ingatlah orang yang berjalan kaki. Tak dapat jauh perginya. Kalau saya berjalan kaki dan mengeluh, ingatlah orang yang lumpuh dan berkerusi roda. Kalau saya berkerusi roda dan mengeluh, ingatlah orang yang terbaring tak boleh bergerak tanpa bantuan. Kalau saya terbaring dan tak bergerak jika tak dibantu, akhirnya ingatlah saya akan orang-orang yang tak bersyukur.
.
Bila saya diuji dengan kesusahan, saya sabar. Itu saya sedar. Tapi bila saya diuji dengan kesenangan, saya tak bersyukur kadang-kadang. Itu saya baru sedar.
.
Dah, sekian. Saya nak pergi bersyukur tilam saya empuk, bantal saya ada 6 bijik (walaupun ada masanya berbantal lengan tidurku, Cindai).
Ishhhh! Nak jugak tu!
.
.
Akak suke coretan nid ni…mmg kite kdg2 dlm xsedar xbersyukur….walhal sepatutnya kite kne bersyukur dalam ape jua keadaan sekalipun samada susah mahu pn senang…..
Thanks nid kerana saling ingat mengingati…
suka baca.
tulislah enida moga hati bertambah2 berbunga ceria.
Terima kasih Aini, kerana membaca dan meninggalkan komen. Suka saya! Memang tengah bersemangat sehari dua ni nak menulis. Padahal saya sepatutnya sibuk dengan modules. Hehe. Come again tau. 🙂
hahahahaha, Enida, disebabkan bantal bermisai ni lah saya perlu ada 5 bantal yang lain untuk protection drp gangguan bunyi dan taufan apabila tidur.
Oh kalau sekadar gangguan tak mengapa Wizz. Saya sangka anda berbantal lima kerana hendak mengelak daripada dihimpit. Auw! 🙂
Where’s the like button?
Love this one, a reminder to my forgetful self too.
6 bantal?
anda memang seorang yg terlampau sebab telah mengatasi saya yg hanya mempunya 5! kekekekeke
Hahaha!
Silalah jangan mencemburui diri saya yang tiada bantal bertangan dan berkaki ini ya. Anda seharusnya bersyukur dengan bantal anda yang bermisai itu.
A gentle reminder that goes a long way. Thank you for paying it forward. Life is a boomerang, what goes out, will come back, three-fold, I believe! Dolce Vita Grateful Angel 🙂
What goes around, comes around, many rounds!
🙂
Tu yang best tu … you speak your mind in this one! authentic!
Dapat inspiration from “The book of Awesome” ?
Btw, I was curious about the word Sippai Anney aaa… but I know what sweet anney means already.
So I clicked on Sippai Anney and end up listening to ” ~Anney anney song” ” “suppa yanney nama wurre narra yulle solla putta naa rumbe anney. Achoo~?! Amma yenney…?!
Amma, nandri tanggachi… rumbe nallek.
Nik, indeed!
Memang inspired by The Book of Even More Awesome tu. Sebab all those little things shared are the things we usually take for granted. As simple as wearing a clean, freshly-pressed shirt. Isn’t it an awesome feeling?
And then I go a bit deeper than feeling the awesomeness. Saya bersyukur saya ada washing machine yang walaupun bergegar pada skala Richter 7.9 setiap kali on spin mode, still lah saya tak payah nak beghuh-beghah beghuh-beghah menyental dengan berus sabut segala kain baju.
I am glad you checked out the sippai anney song! Hahaha. I grew up with the song. 🙂
good reminder. this can be a remider to me as well. saya juga selalu terlupa dan melupakan diri…
Melupakan diri? Muahahaha! That’s a nice and gentle way of saying, “tak sador ke diri” yak? Tu lah, saya mengingatkan diri jangan mudah mengeluh benda yang tak ada.
Baru ni ngo KaCher shared with me over breakfast kat belakang Istana Budaya… ada satu YouTube link that she watched entitled ‘Jangan Bersedih’. In it was a reminder yang kita ni selalu sedih bila kita tak dapat apa yang kita nak. Padahal kalau kita jujur merenung nasib diri, dari kita kecik sampai hari ni… aren’t things better than those days?
Terus kami adik-beradik teringat zaman kereta Abah (Mazda 808 warna merah hati berpendaftaran WC 4870 dulu). Satu kereta naik 8 orang beb! 2 adults and 6 kids! Driver dengan co-pilot je yang tak meriba orang. Hehe. Sekarang…hah! Lagi ramai kereta daripada cucu my dad! Lagi nak mengeluh. Lagi tak bersyukur. Lagi nak bersedih tak dapat apa yang kita nak!
Saya terus insaf!
Beautiful one, Ngah! *love*
Hey girl, how have you been? Kids doing well? (Makkk dah plural dah kan!)
Thank you thank you. I have been hit hard by events around me lately that forced me to look inwardly. Baru tersedar diri kurang bersyukur. Thank you again, darling, for reading. Hugs to the little angels.