Seharian saya duduk membaca tulisan-tulisan lama saya. Niatnya nak menulis yang baru sebab banyak cerita baru. Semalam lagi saya dah bagi amaran kepada Monchies supaya saya jangan diganggu hari ini. Jangan ganggu, jangan mintak itu ini, jangan buat lawak, jangan panggil pun saya Mommmy selama satu hari.
.
“Can I come to your room to say Selamat Pagi, Mom?” tanya anak saya yang kissy-kissy. “Tak! Tak boleh!” jawap saya serius tapi bergurau. Mukanya mencemik, tak puashati dengan kesibukan saya. Saya jarang sibuk begini. Sebab saya jarang menguntukkan waktu untuk menulis. Tak pernah tidak, saya relakan diri saya di’ganggu’ oleh permintaan Monchies yang macam-macam.
.
Seharian saya duduk membaca tulisan-tulisan lama saya, seperkara yang saya sedari ialah… saya ini dulunya banyak sedih. Banyak beralah. Banyak menurut. Jauh saya tinggalkan semua yang saya sayang kerana cinta. Untuk cinta. Ah konon! Hari ini saya tak lagi sedih. Semua yang saya sayang ada dekat saya. Dalam ragu saya tahu, cinta itu ada.
.
Cuma cinta telah buat saya ketawa.
.
.
.
dah, dah, dah……jangan bersedih!. You got 2 Anugerah yang pasti nak lihat you gembira selalu.
btl tu nid…kdg2 kita xsdar sbnarnya ape yg membuat kita bersedih sebenarnya akan menjadikan kita ketawa akhirnya….pelikkan!!!…tp itu lah kebenarannya….