.
Cik: Semekkom. Saya dari kedai motor yang tepon smalam. Ni nak tanya sikit lah pasal akak.
Puan: Wa’alaikumsalam. Ya, okay.
Cik: Akak kenal tak orang ni, Ros… errr… xhxzvwqtkdg… Enda… Supian?
Puan: Ya, kenal. Saya lah orang yang Cik tak pandai baca nama dia tu.
Cik: Ehehe he hee. Betul ke akak ni director company Enda…
Puan: ENIDA.
Cik: Errr… ya. Enda kon… kon…sul…ten…sal… ten…
Puan: E-ni-da-Con-sul-tan-cy-and- Ser-vi-ces.
Cik: Aaaa ya, ya. Enda… kon… kon… sal…
Puan: Ya, betul. Ini syarikat saya sendiri.
Cik: Dah berapa lama kerja dengan syarikat ni ek kak?
Puan: Sejak August 2010.
Cik: Ohhh… aaa… so dah… 2010, 2012… so dua tahun laaaa.
Puan: Ya, satu tahun tujuh bulan.
Cik: Berapa gaji akak ek?
Puan: RM XX sebulan lebih kurang.
Cik: Oh… RM XX eh. Okayyy… satu lagi soalan. Errr… yang Supian tu ayah akak eh?
Puan: Ya, Encik Supian tu ayah saya.
Cik: Dia kerja apa eh?
Puan: Ayah saya pesara tentera.
Cik: Oh pesara tenteraaaa. So dia tak ada buat apa-apa lah eh?
Puan: Tak ada buat apa-apa?
Cik: Ye laaa. Dia tak de kerja lah eh?
Puan: Dia sekarang Trainer dengan beberapa projek sama ada dengan syarikat saya atau syarikat dia sendiri dengan adik saya.
Cik: Tainer?
Puan: Trainer.
Cik: Oh trainer eh.
Puan: Ya, jurulatih.
Cik: Ohhh jurulatih. Jurulatih je lah ya.
Puan: Jurulatih je lah? JE LAH?
Cik: He he he. Tak de laaa…
Puan: Apa yang tak de laaa? Apa maksud cik, ‘jurulatih je lah’ tu? Cik ni sebut gitu seolah-olah merendah-rendahkan kerja ayah saya sebagai jurulatih. Cik tau tak ayah saya jurulatih yang macam mana? Je lah cik cakap ya?
Cik: Eh tak de laaaa. Sorry, sorry, kak.
Puan: Ya, memang patut cakap sorry, cik. Untuk pengetahuan cik, ayah saya ni jurulatih yang melatih pegawai-pegawai, menteri-menteri untuk program di bawah Biro Tatanegara, ya. Umur ayah saya ni 63 tahun, tapi tugas ayah saya ialah membawa peserta program mendaki gunung, meredah hutan, merentas sungai. Itu belum masuk tugas dia memberi ceramah etika dan motivasi lagi. Baik pegawai kerajaan sampailah ke peringkat PLKN. Jurulatih je lah cik kata ya.
Cik: Sorry sorry kak. Saya tepon ayah akak ni, tak dapat-dapat.
Puan: Itu mungkin ayah saya tengah bawak group pergi daki Gunung Senyum lah tu. Dalam hutan atas gunung memang tak ada phone coverage, cik.
Cik: Okay lah kak. Tak pe lah. Mekasih eh.
Puan: Sama-sama, dengan siapa saya bercakap ni ya?
Cik: Nama saya Shiiimaaaahhhhhhhh…
Puan: Ohhh Shiiimaaaahhhhhhhh… Bukan Shimah aja? Kena sebut Shiiimaaaahhhhhhhh… gitu ya?
Cik: Ehe hehe hehe. Tak de la. Ehe hehe hehe. Okay kak, semekkommm.
Puan: Wa’alaikumsalam warahmatullah.
.
Saya akan menelefon Shimah semula untuk membawa beliau minum teh tarik atau teh ais di Restoran Bapak, Jalan Kuching, minggu depan. Ni anak bapak jurulatih nak bagi kursus bercakap di telefon sikit. Secara percuma.
.
.
How did you remain calm and serene throughout the whole conversation, Enida? 😉
This Shimaaaaaahhh lady sounded very young, dear. Just a couple sentences into the conversation I could tell that she was still very immature. So I said what I said without losing my ‘cool’. Maturity takes time. I hope she learned a little lesson from my feedback that day. 🙂
Serious Enida, you had to go through that? Ish ish ish Shimaaaaahhh shimaaahhhh.
Yes, Wiz. Seriously! I am glad, though, I did not hesitate to ‘tegur’ balik budak Shimah ni. Nasib baik I orang tua. 🙂
Gelak guling guling dibuatnya! Shimaaaaaaaaaaaaaaaaah.
Gelak guling-guling tu masuk bawoh meja dok? Mengkala masuk, toksok jauh tepeghesowk jauh sangek. Susoh nok kuweh dengan jari kaki karang.
My pet-peeve is when the caller fail to identify themselves.Telephone etiquette epic gagal, tapi kamonlah, to retort in such a way about your dad is so rude.Macam takde adab.Chances are, she might be one of those who spell ‘aku’ as ‘aq’.LOL.Cannot resist.BM Rempit is so fun.