Jumaat, 7.15pm:
Hello.
Hello.
Hello!
Yaa?
Saya nak tukar baju yang saiz M tu dengan baju lain.
Kejap, kejap. Saya tu siapa ya?
Saya yang pulangkan baju aritu.
Iya lah. Saya yang pulangkan baju hari tu tu siapa namanya?
Saya nak tanya ni, boleh tak tukar?
Boleh, Encik. No problem. Boleh Encik bagitau saya nama Encik?
Saya ada pulangkan 3 baju W baru ni.
Iya lah, kalau saya tau nama Encik, mudah sikit saya nak panggil.
Nama saya Encik Mat.
Okay Encik Mat, Encik nak tukar dengan baju yang mana?
Saya nak tukar baju W ni dengan baju X.
Okay. Boleh tukar, no problem.
So kalau boleh tukar, apa masalahnya?
Eh, tak ada masalah. Cuma, walaupun boleh tukar. Saya kena check stock dulu.
Tadi kata boleh tukar!
Iya, boleh tukar. Tapi saya kena check stock dulu. Encik nak saiz apa?
Saiz apa yang ada?
Bagitau saya saiz yang Encik nak, saya terus boleh check.
Iya lah, size apa yang ada?
(Oh Tuhanku!) Okay. Saya masuk store sekarang, check stock. Saya call Encik balik.
Okay.
Okay, terima kasih.
Jumaat, 7.30pm:
Helloo!
Ya, saya.
So ada saiz tak?
(Oh Tuhanku!) Encik, kan saya kata saya akan call balik. Tunggu lah sekejap. Saya belum sempat habis check lagi ni.
So baju X ada saiz apa?
Okay, baju X saya ada semua saiz KECUALI saiz M.
Saiz apa lagi?
Saiz apa lagi? Semua saiz ada, Encik. Kecuali M.
Iya lah, saiz apa yang ada?
(Oh Tuhanku!) Saiz yang ada ialah saiz S, L, XL, dan XXL. Encik nak saiz apa?
Saiz apa tadi?
Yang ada saiz S, L, XL…
Ha, tak payah lah sebut saiz yang besar-besar tu. Badan saya kecik je.
Encik tanya saya saiz apa yang ada. Saya sebut lah. Mana saya tau badan Encik besar mana. Mungkin Encik beli untuk orang lain.
Saiz M tak ada?
Tak ada. Habis stock suda.
Bila nak repeat order?
Baju X ni kami dah tak buat repeat order, Encik.
Sebab baju W yang 3 helai tu bukan saya punya. Saya tolong pulangkan sebab rosak. Owner dia dah tanya.
Okay, saya dah baiki. Nanti saya hantar balik lah pada Encik. So, nak tukar baju W saiz M dengan baju X saiz S ya.
Ya. Jadi berapa saya kena bayar ni? Sama ke harga dengan baju W.
Tak sama. Kurang lima ringgit.
Tiga puluh lima ringgit?
Ya, betul. Kalau tukar dengan baju W, saya hutang Encik lima ringgit.
Tapi baju yang saya pulangkan aritu awak pulang lah balik semua. Baju X ni saya tambah.
Oh? Bukan nak tukar?
Tak, tak. Pulang balik semua. Yang baju X ni kira lain.
So, baju W saiz M tu bukan ganti dengan baju X size S lah ya?
Ishhh awak ni tak faham lah!
Jangan lah cakap gitu. Saya bertanya ni sebab nak faham lah. Sekejap nak tukar, sekejap nak tambah.
Tak de lah, baju W tu awak pulangkan semua. Saya nak saiz S yang baju X ni.
Okay lah. Kalau gitu Encik tambah tiga puluh saja lah.
Tapi ada enam ringgit awak hutang saya duit Poslaju pulangkan baju.
Oh okay.Encik tolak lah enam ringgit daripada tiga puluh lima, jadi dua puluh sembilan.
Dua puluh sembilan? Tak ada diskaun ke?
(Kah kah kah kah kah kah!)
Takkan tak ada diskaun langsung?
Ada! Berapa ringgit Encik nak diskaun? Saya bagi.
Tolak sembilan ringgit, saya bayar dua puluh je. Boleh?
Boleh!
Saya bank in malam ni.
Ya.
Kalau baju W yang awak pulangkan tu rosak lagi, macam mana?
Saya pulangkan duit Encik.
Baju tu pun saya kena pulang balik ke kalau awak pulangkan duit?
Eh tak payah. Encik simpan aja lah.
Oh, tak payah pulangkan?
Tak payah susah-susah. Ya, tak payah pulangkan. Simpan ke, buang ke. Terpulang lah pada Encik.
Okay. Bila boleh dapat baju ni?
Jadual penghantaran kita yang akan datang Selasa.
So awak hantar Selasa?
Yaaaaaa, Selasa.
Selasa depan?
(Oh Tuhanku!) Ya, Selasa depan.
So saya boleh dapat balik 3 baju W tu dengan baju X Selasa depan ke?
Tak, saya hantar pada hari Selasa.
Berapa lama boleh sampai?
Sehari dua selepas diPoslaju.
Bukan sampai hari Selasa?
Bukan. Saya Poslaju hari Selasa.
Ingatkan sampai hari Selasa.
Tak, saya kataaaaaa… saya POSLAJU hari Selasa. Saya tak janji sampai Selasa juga.
So, hari Selasa ya?
Ya, saya hantar hari Selasa.
Okay lah. Terima kasih.
Terima kasih Encik.
.
Dalam hati saya ada sebaris ayat yang dipetik dari filem Ibu Mertuaku.
Ya, babak di pusara.
.
.
Jiwa jadi sangat kacau tau bila dapat pelanggan macam ni. Ada yang tak puas hati dengan my cakes and tak nak bayar, jadi saya berpesan, tak per, tak perlu bayar dan hantar balik. Tapi tolong jangan makan kek tu, tolong sedekah pada fakir miskin.
Haiiii benda makan ni, saya sensitive sangat. Apatah lagi awak yang business. I take it very personally bila ada orang tak puas hati tapi makan jugak like there is no tomorrow. Tak baik sangat!
How howww were you even controlling yourself.. kalau I sudah $£%$£%£&! heheh.. Good on ya E 🙂
Zed,
I was shaking in anger sebenarnya during the conversation. Had to take deep breaths many times and terdiam terkedu juga here and there bila ditanya berulang-ulang kali benda yang sama. Rupanya nak mintak diskaun! Cheh! Typical cheapo mentality.
Ish gini punya orang pun ada? Nasib baik online and phone-line biz, kalau face-to-face memang nak kena orang ni ngan I… Dengan baju-baju tu kusapu muka nya… Hahaha… Bravo Enida kerana bertahan… Kalau I memang tak tahan!
Sangat, Pai! Buat business baju ni memang banyak menguji kesabaran saya. Face-to-face like when I was at LIMA Langkawi hari tu tahan lagi, I can smash back there and then. Macam ada sorang akak ni tanya, “Baju-baju lawa lagi daripada ni takde ke?” Sambil belek baju-baju Airwings. I pun keluar lah dialogue, “Ehhhh banyakkk! Kat Hard Rock Cafe Stockholm aritu saya tengok banyak lawa-lawa.” Haaa, nah kau! Nak sangat kan? 🙂
hahahahha sumpah kelakar! after 10 lines i got lost!hahhahahahh kak E sabar betul kan
Menggigil juga menahan perasaan masa on the phone tu, Wann. Sudah lah telefon time yang paling busy for a mother (senja). Masa tu lah nak hambat anak ayam, anak itik, anak kambing, masuk reban, masuk kandang semua. Jumaat pulak tu (kedai lain dah lama tutup). But anyway, God did not promise rainbows without the rain, te tak? Dah meluahkan perasaan to my business partner, dah okay dah. Now that I have smiled and written about it…lega!
Hehehe Wann, memang menahan marah sangat-sangat masa tu. I calmed myself down by saying, “It’s okay, “this” kind of people will always try to bring me down to their level.”