She called me late Thursday afternoon. I didn’t pick up. My cough was so bad as my cells went on a battlefield with the Battalion of Corona, I couldn’t speak. And so I texted her, apologizing for not picking up calls, only to receive her reply… also apologizing profusely. Eh? Kenapa ni? Minta maaf banyak-banyak sebab tak sepatutnya ganggu saya, blah blah blah. Minta maaf. Dan tiba-tiba katanya ada perkara nak beritahu saya. Minta maaf lagi. Dan nak jumpa saya. Minta maaf lagi. Tapi tak pula dinyatakan kenapa. Tunggu saya sihat, katanya. Minta maaf lagi. Hmmm…
I am a bit apprehensive bila ada orang minta maaf lebih-lebih ni. Seriously. Selalunya orang minta maaf sebab buat salah. Atau minta maaf awal-awal sebab ada perkara nak minta tolong. Antara dua ini saja. Dan dalam hidup saya, kebetulan bila saya disalahi, banyak kali pula saya dah tahu dulu. Jadi jaranglah ada yang terpaksa minta maaf awal-awal. I have been blessed with the luxury of knowing some loved ones betraying me without them even realizing I was enjoying their show. I have seen many sandiwara. I still find it funny when people take me for a fool.
Entahlah untuk apa maaf yang dia minta. Entahlah untuk apa dia mahu jumpa. Saya sibuk berperang untuk memenangi kesihatan saya kembali. Tak ada masa untuk rawan dan kefikiran yang bukan-bukan. Mudah-mudahan kalau ada bantuan yang dia perlukan, Tuhan sembuhkan saya untuk membantu. Dan kalau ada kesalahan yang dia perlu kemaafan, Tuhan sembuhkan saya untuk memaafkan.
Leave a comment