
Antara benda-benda yang saya tak akan pernah buang ialah ini: setem. Walaupun saya sudah tidak lagi menulis surat, poskad dan nota-nota (entah cinta, entah rindu, entah sekadar bertanya khabar). Saya simpan walaupun bukan setem kenang-kenangan.
Bila saya terjumpa setem-setem ini yang saya tahu tidak pernah saya buang, yang hilang tapi bersimpan… yang saya selongkar dan jumpa, saya jadi mahu menulis lagi. Surat, poskad, nota-nota atau apa saja yang boleh saya kirim.
Penerima pertama yang datang ke fikiran, adalah orang yang pertama mengirim surat ke saya seumur hidup saya. 1979… dari Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.
Terima kasih Abah, kerana membuka semua pintu dan jendela dunia untuk saya keluar, selongkar, teroka, tulis dan baca. Biarlah tahun-tahun terakhir ini saya masuk semula di pintu-pintu yang masih terbuka. Untuk saya catat dan maknakan bahagia, lewat abjad dengan 26 hurufnya.

Leave a comment