Kalau saya tiba-tiba terasa seperti hendak menukar nama sebab sudah bosan dengan nama Enida ini… apa agaknya pendapat saudara-saudari sekalian? Adakah saudara-saudari akan terkejut? Seperti terkejutnya saya apabila seorang kawan menukar nama beliau dari Latifah kepada Nur Adlina, dan seorang lagi rakan, Raja Faisal kepada Rafael. Atau adakah saudara-saudari akan mencebik bibir kepada saya seraya berkata di dalam hati… “Pesseng dio doh!”
.
Sebenarnya, memang sejak azali lagi saya tidak berapa selesa dengan nama pertama saya yang berbunyi agak kejantanan. Pendek kata di zaman persekolahan dulu memang ada seorang rakan yang namanya sipi-sipi dengan nama saya. Saya Roslaimi, dia Roszaimi. Seorang Sarjan di Kor Perkidmatan Taiping yang bertugas dengan bapa saya pula bernama Roslaini. Mujurlah saya ada nama tengah ENIDA itu. Tidak perlu saya menyelak kain menunjukkan saya ini seorang perawan perempuan. (Dulu lah!)
.
Ramai juga yang bertanya kenapa saya sudah tidak lagi menggunakan nama komersil “Intan” seperti sewaktu di universiti, nama yang sinonim dengan personaliti La Femme De Jogette saya dulu. Itulah nama yang diberikan oleh bapa saudara saya dari Kelantan yang sebenarnya memanggil saya begitu semasa saya masih bayi kerana warna kulit saya yang agak ke-India-an seperti bapa saya. “Itei-itei si tapok manggeh, biyaa itei Pok Ngoh pande manih. Toksoh dok tiyok. Auung chak!”
.
Nama ‘Intan’ itu, selain tidak didaftarkan di dalam sijil kelahiran saya, sudah lama saya khaskan kepada keluarga dan sahabat-sahabat terdekat yang mengenali saya sejak zaman saya berhingus hijau muda dahulu. Dan jika saudara-saudari memanggil saya ‘Intan’, saya tetap menyahut dan tersenyum. Jika Sultan Perak yang memanggil, saya pastilah menjawab, “Ampun tuanku beribu-ribu lemon ampun. Sembah patik harap di ampun. Patik di sini, Tuanku.” Jika Pok Ngoh Soh yang memanggil ‘Itei’, cepat-cepat saya menjawab, “Yo Pok Ngoh, aghi gelaak itei pekaak ni tok napok ko?”
.
Walaubagaimanapun, jikalau saya bertukar nama dalam masa terdekat nanti, janganlah saudara-saudari sekalian terperanjat mendapat ‘Friend’s Request’ di Facebook, ya? Walaupun saya belum lagi membuat keputusan nama manakah yang terbaik untuk saya tukarkan kepada, nama pertama yang datang ke fikiran saya di senja nan merah dari kamar ini setelah lama termenung di jendela ialah… tidak lain, tidak bukan: Noorkumalasari.
.
.
.
.
Nota kaki:
Petang ni takdi Itei lalu dekak ghumoh Pok Ngoh. Memei gelaak ah dale ghumoh itei pekaak takdo oghei. Itei tingak ngak ko Pok Ngoh. Lamo do’oh doh tok dengaa Pok Ngoh laung ko namo Itei. Winduu ke Pok Ngoh owh.
Hok itei manih tu hok mahal tu. Buke sene nak bulih. Molek bena denge tuei dio…
Hehehe Shah, I take that as a compliment. Thank you thank you. Namo ikuk oghe ko, oghe ikuk namo ko… supo kesoh aye denge telo ah, dok? 🙂
Ida,
Yes, that’s where it all started. My mom yang maser tu tok beghapo pehe kechek Kelante thought ‘Itei’ was ‘Intan’. And since my akak is a ‘Mas’, naturally she wanted me to be another gem lah cik konon. So, Itei aka Intan tu lekak loh sapa ler ni.
Intan Terpilih,
Enida
p.s. “Haaaa pilih pilih pilih pilih pilihhhh! Saaaronggok saaaringgek, saaaronggok saaaringgek!”
(Sound effect ini dipetik daripada Pasar Malam Fasa I Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, sekitar pertengahan 90’an.)
enida
so that’s where ‘intan’ came from.nevertheless bukan senang nak diberi nama manja intan jika bukan dengan rasa kasih sayang yang menggunung.