Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Facebook’ Category

Encik: Baju tu guna kain apa?Pelikat
Enida: Baju tu guna kain pelikat buruk bapak saya.
Encik: Hah?
Enida: Kalau tak selesa kami guna kain lap pinggan.
.
[Jawapan dalam hati hanya nampak di status FB.]

.

.Photo credit: kealambarzakh.wordpress.com

.

.

Read Full Post »

Anal-ogy

I read a status on Facebook today that made me take really deep breaths after shaking my head in pity. There is just so much negativity floating around, it is worse that the worst haze!

.Life is like...

But more than anything, what the person wrote was nothing but airing his own dirty laundry. And I was immediately thinking of an analogy…

.

.

So if you fart in public, (seriously!) because there is just no way you can hold the gas, do you yell, “EXCUSE ME! YOUR ATTENTION PLEASE! I FARTED! I JUST DID! THANK YOU.” Do you? Let say your fart is the silent-killer kind of fart. The kind you can’t tell coming until it chokes you to death. And you are gone in 2.571 seconds. Seriously, do you make an announcement that it was YOU who farted the farting stinky fart?

.

You don’t.

.

Thoughts -> words.

There are things you don’t make public. There are things you don’t tell. Or shouldn’t. You are just a human, let’s get over it. You fart. When things get worse, you fart liquid. The worst… solid. Regardless of the output, you fart. You fart because you cannot NOT fart. Or you’ll be floating in the air just like the negativity that is floating around worse than the worst haze. And you are worse because you will explode if you don’t fart.

.

I digress, yes, but seriously… can we just focus on the solutions? If you live your life without problems – or what I would rather call challenges, you won’t achieve anything. I am trying very hard to not to say, “If you don’t want challenges in life, go die.” I don’t have the heart to say that. Let me just say this:

.

If you don’t want to fart, don’t eat.

.

.

Read Full Post »

Pelat dan Terencat

Kalau lah komentar-komentar di Facebook itu saya baca betul-betul mengikut ejaan yang digunakan penulisnya, ramai benar rakan-rakan dan kenalan Facebook saya yang sama ada pelat atau terencat.

.

Contoh:

Law ko ad mse, jom r kt g param kt ipo bble nk?

Kalau kau ada masa, jom lah kita pergi Pasar Ramadhan dekat Ipoh bila-bila nak?

.

Oh tomeiiii nya tucin u ni. Tomeiii tangat.

Oh comel nya kucing you ni. Comel sangat.

.

Susah betul rasanya untuk saya hormati orang-orang yang ambil mudah soal bahasa. Dan tak dapat saya bayangkan bagaimana malangnya nasib generasi akan datang yang ber-ibubapa kan mereka yang terencat dan tak pandai mengeja ini.

.

Facebook bukan lah lagi tempat ‘suka-suka’ kerana ia merupakan sebahagian besar dalam kehidupan kita sekarang. Setiap tabiat kita di Facebook akan menjadi kebiasaan dan menjadi identiti kita, mahu tidak mahu, sedar atau tidak.

.

Kalau bahasa itu jiwa bangsa, bahasa yang bagaimana kah yang kita gunakan dalam pertuturan harian? Adakah kita bercakap pelat kerana kita rasa comel bercakap seperti kanak-kanak berumur 2 tahun begitu? Kalau bahasa itu jiwa bangsa, yang kita tulis di status Facebook itu bukan bahasa?

.

Di universiti di Russia, terdapat Jabatan Bahasa Melayu yang mengkaji dan mengajar Bahasa Melayu kepada penutur bahasa lain. Dan penuntutnya fasih menutur dan menulis dalam Bahasa Melayu. Itu di Russia. Tak usah lah saya sebut apa yang ada di England, America dan Australia. Apa alasan kita bila ejaan kita sesingkat akal kita?

.

Kalau anda sedang memikirkan alasan nya sekarang, bahawa Facebook itu hanyalah suka-suka dan main-main, dan bahawa bahasa singkat, pelat dan terencat yang kita guna kan itu sekadar mengisi waktu bosan… benar lah jangkaan saya. Orang kita memang hebat beralasan.

.

.

Read Full Post »

Malu Kucing

Perbezaan di antara kucing lapar dengan kucing lapar yang bijak ialah…

.

Kucing lapar akan menjilat bibir apabila terpandang sahaja akan makanan. Tetapi kucing lapar yang bijak hanya akan menjilat bibir sesudah makan.

.

Sekian melaporkan pemerhatian sifat manusia gelojoh dan tak tau malu mengalahkan kucing kurap di Facebook.

.

..

Ooh sang algojo, ooh nanti dulu…

.

.

.

Read Full Post »

You Who?

Dear ladies and gentlemen who have requested to be on my Facebook friends list, could you please have the courtesy of introducing your GOOD selves to Enida? Please. Thank you for the honor, but I don’t know everybody. And I don’t think I can know everybody.

.

In my years of teaching, coaching, training, speaking and blogging, I might have spoken to, met, seen, touched, laughed at, smiled to, been read and touched by, smooched, slapped and kicked a few Fadzillahs, Soo Lins, Azuras, Letchumis, Khairils, Khairuls, Ridzuans, Ah Bengs, Aruns, and a few Michaels and Michelles here and there. In fact, I did karate a few Al-Balooshis and Al-Harthys back in the Arabian Peninsula between the year 2000 and 2005.

.

So, do justice to — no one else but — yourselves. Introduce yourselves, please. You don’t expect me to be able to tell the difference between Iwan the Dangdut composer/singer and Iwan the cute boy from my Prep Course in Kuantan with your profile picture of a cat licking its balls, do you?

.

.

.

Read Full Post »

Kalau Ada

Kalau kata, kotakan.
Kalau soal, jawapkan.
Kalau janji, tunaikan.
Kalau pinjam, pulangkan.
Kalau beri, ikhlaskan.
Kalau hutang, lunaskan.
Kalau pesan, sampaikan.
Kalau rahsia, simpankan.
Kalau salah, maafkan.
Kalau rajuk, pujukkan.
Kalau sayang, tunjukkan.
Kalau terima, kasihkan.
Hidup bukan paparan Facebook.

Kita ada kita.
Kita ada Dia.

.

*Enida
September 29, 2011
Mesra Terrace

.

.

Read Full Post »

Kenyataan Maaf Secara Terbuka

Walaupun saya tak bersalah, saya dengan rela hati akan memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang telah, sedang dan akan mengaku kawan dengan saya di Facebook. Seperti kata mereka, “Friends say sorry, strangers don’t worry.”

.

Sudah-sudahlah dengan pengakuan saudara-saudari tersebut bahawa di antara kita ada sesuatu yang bernama persahabatan.

.

Oh Tuhanku, ampunkanlah akan kepuitisan ayatku itu tadi! Ayat yang hampir sama sebenarnya telah digunapakai semasa saya di Tingkatan 3K Sekolah Menengah Kamunting, Taiping. Ianya telah ditulis di atas sekeping pinggan kertas sebagai tanda kenangan  hari terakhir bersama-sama rakan sekelas saya. Setiap pinggan tertulis mutiara kata yang berbeza dan kami semua menandatangani pinggan-pinggan tersebut dengan penuh perasaan mengalahkan autograf pelakon tambahan yang sangat perasan.

.

Dan beliau yang bertuah mendapat pinggan kertas dengan mutiara kata tersebut, tak lain dan tak bukan, tiada dua, tiada tiga… sahabat saya yang akrab lagi suka makan Chili Crab, Saudara Mohd Zahidi Ishak. Ya, beliau adalah kawan saya di Facebook, Facelift, Face-Off dan Angel Face the Face Compact Powder. Pendek kata beliau telah bersama-sama saya dan KaCher dalam hampir setiap fasa kehidupan kami.

.

“Antara kita ada sesuatu yang bernama kenangan.”

.

Nah, itu maksudnya kita berkawan. Kita ada kenangan. Tak kiralah kenangan zaman Pop Yeh Yeh ke, zaman Tadika KEMAS Kg. Pinang ke, zaman Body Shop’s perfume ranging from White Musk dan Dewberry ke, atau zaman bertenet 5 Ringgit sejam di Cyber Cafe Kajang bertempat di tingkat atas sederet dengan McDonald’s setentang Kedai Buku Czip Lee ke. ‘Bila’ itu tak menjadi soal. Pokoknya ada yang dapat kita senyum-sengihkan bila terkenang.

.

Seperti senyum saya yang tersimpul mati, dan setelah mati ia hidup kembali apabila bertemu dengan seorang sahabat lama yang mencari saya di Facebook. Sambil menulis perenggan ini, saya masih lagi tersenyum mengenangkan kisah ‘Kasih Tak Sampai’ di zaman sebelum saya kuat berlari dulu. (Dulu, kaki tak larat, badan pun berat. Ralat!)

.

Antara yang saya ingat ialah, saya lari jauh daripada beliau kerana beliau sangat delicious. Setiap yang saya impikan… ada dalam senyumnya, ada dalam biceps dan tricepsnya, ada dalam professionnya. Yang tak ada cuma saya. Saya berlari jauh mencari diri saya sendiri yang rupanya telah pergi ke Ostrolia meninggalkan saya. Tinggi di awan biru, sedikit tidak menunggu daku! Nasib baik tiket murah waktu itu. Cuma RM900 pergi balik KUL-PER beli di Trimaflights, agen pelancongan yang beribupejabat dekat dengan Yaohan The Mall.

.

Kepada Lieutenant Commander Deli anak Cious:

Kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja;
kot ye pun nak pergi dulu,
tinggalkanlah tiket di atas meja.

.

Setelah berkawan dan berkenang-kenangan dengan jejaka-jejaka di Facebook yang saya sebutkan sebagai contoh ini, sudah tentulah saya juga punya kawan baru. Namun (chewah! Namun ok? For some reason the word namun ni membuatkan saya terfikir perkataan-perkataan lain yang berakhir dengan ‘mun’ seperti timun, penyamun, semak-samun, Tutankhamun, dan Moon dan Dee dari rancangan Jangan Ketawa.)

.

Namun… namun ku punya hati. Tidaklah sampai ke hati saya untuk menebas semak-samun Facebook Friends List saya yang dilalangi ‘kawan’ yang saya sendiri pun tak tau anak siapakah mereka ini. (“Anak siapa menangis di jalanan, sungguh kasihan aku melihatnya…” – memetik lagu Herman Tino secara tiba-tiba.) Apatah lagi Wajah Siapakah Yang Dikau Cari bak kata Azlina Aziz. Ramai juga rupanya ‘kawan’ saya ini yang tak pernah pun berkawan dengan saya. Walaupun kawan secara tipu-tipu.

.

Maka dengan ini, saya dengan tangan, dada, zip, butang, cangkuk, pintu, tingkap, hati dan fikiran yang terbuka memohon maaf kepada kawan-kawan yang dengan secara tiba-tiba tak perasan pun saya tak ada dalam Facebook mereka kelak. Punyalah tak berkawan nya kita. Kerana saya cumalah seraut wajah yang terpampang di buku muka anda sebagai hiasan sahaja. Nasib baik lawa, dapat jugak menjadi hiasan.

.

Oh tidak, hentikanlah keangkuhanku ini! Cukup sampai di sini, sayang. Eherrrrrm… sayang ke?

.

.


Read Full Post »

Nama Mana

Kalau saya tiba-tiba terasa seperti hendak menukar nama sebab sudah bosan dengan nama Enida ini… apa agaknya pendapat saudara-saudari sekalian? Adakah saudara-saudari akan terkejut? Seperti terkejutnya saya apabila seorang kawan menukar nama beliau dari Latifah kepada Nur Adlina, dan seorang lagi rakan, Raja Faisal kepada Rafael. Atau adakah saudara-saudari akan mencebik bibir kepada saya seraya berkata di dalam hati… “Pesseng dio doh!”

.

Sebenarnya, memang sejak azali lagi saya tidak berapa selesa dengan nama pertama saya yang berbunyi agak kejantanan. Pendek kata di zaman persekolahan dulu memang ada seorang rakan yang namanya sipi-sipi dengan nama saya. Saya Roslaimi, dia Roszaimi. Seorang Sarjan di Kor Perkidmatan Taiping yang bertugas dengan bapa saya pula bernama Roslaini. Mujurlah saya ada nama tengah ENIDA itu. Tidak perlu saya menyelak kain menunjukkan saya ini seorang perawan perempuan. (Dulu lah!)

.

Ramai juga yang bertanya kenapa saya sudah tidak lagi menggunakan nama komersil “Intan” seperti sewaktu di universiti, nama yang sinonim dengan personaliti La Femme De Jogette saya dulu. Itulah nama yang diberikan oleh bapa saudara saya dari Kelantan yang sebenarnya memanggil saya begitu semasa saya masih bayi kerana warna kulit saya yang agak ke-India-an seperti bapa saya. “Itei-itei si tapok manggeh, biyaa itei Pok Ngoh pande manih. Toksoh dok tiyok. Auung chak!”

.

Baby EnidaNama ‘Intan’ itu, selain tidak didaftarkan di dalam sijil kelahiran saya, sudah lama saya khaskan kepada keluarga dan sahabat-sahabat terdekat yang mengenali saya sejak zaman saya berhingus hijau muda dahulu. Dan jika saudara-saudari memanggil saya ‘Intan’, saya tetap menyahut dan tersenyum. Jika Sultan Perak yang memanggil, saya pastilah menjawab, “Ampun tuanku beribu-ribu lemon ampun. Sembah patik harap di ampun. Patik di sini, Tuanku.” Jika Pok Ngoh Soh yang memanggil ‘Itei’, cepat-cepat saya menjawab, “Yo Pok Ngoh, aghi gelaak itei pekaak ni tok napok ko?”

.

Walaubagaimanapun, jikalau saya bertukar nama dalam masa terdekat nanti, janganlah saudara-saudari sekalian terperanjat mendapat ‘Friend’s Request’ di Facebook, ya? Walaupun saya belum lagi membuat keputusan nama manakah yang terbaik untuk saya tukarkan kepada, nama pertama yang datang ke fikiran saya di senja nan merah dari kamar ini setelah lama termenung di jendela ialah… tidak lain, tidak bukan: Noorkumalasari.

.

.

.

.

Nota kaki:
Petang ni takdi Itei lalu dekak ghumoh Pok Ngoh. Memei gelaak ah dale ghumoh itei pekaak takdo oghei. Itei tingak ngak ko Pok Ngoh. Lamo do’oh doh tok dengaa Pok Ngoh laung ko namo Itei. Winduu ke Pok Ngoh owh.

Read Full Post »

%d bloggers like this: