Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Poetry’ Category

img_6131

 

.Sebuah angan-angan saja ini asalnya
yang kemudian aku lupa.

.

Dan hanya pada setiap kali aku
berlimpasan di gedung kayu
menjadi kata-kata angan-anganku itu
sekejap saja pupus hapus ditiup waktu.

.

Berdebu juga angan-angan
dan kata-kata menunggu masa
tak menjadi cita-cita.

.

Entah dari gua mana berhantu
Tuhan datangkan setukangkayu
yang menggergaji angan-anganku
dan memahat kata-kataku
lalu memaku cita-citaku
menjadi bangku sepatu.

.

Maha mendengar itu Tuhanku.

.

*Enida
17 February 2019
#bangkusepatu

Read Full Post »

Se-Mentara

Kalau nak sangat sedih,
biar sedih betul-betul.
Sedih habis-habis.
Sebab sedih itu,
dalam sakit dan perih-payahnya,
sementara.

.

Kalau nak sangat menangis,
biar menangis betul-betul.
Menangis habis-habis.
Sebab menangis itu,
dalam pedih dan bengkak-bengkilnya,
membasuh jiwa.

.

Sedih lah. Menangis lah.
Penat sedih, penat menangis nanti, kita berhenti.
Letih sedih, letih menangis nanti, kita berdiri.

.

Tak mati.IMG_5194
Ada masa lagi.

 

.

*Enida
Mesra Terrace
15 Disember 2015

Read Full Post »

This Is All You

Ocean deep...

.

I have suspicions
that this is all you.

.

And just as you are,
striking to the core of the heart
with merciless sweetness.

.

I can no longer fault
the legions of men
who have been brought
to their knees by you.
With a voice such as this
yet harrowing haunting words,
you both sail ships
as well as sink them.

.

Thank you for this.
It is beautiful.
I am ever captive.

.

*This Is All You

.

 

.

.

Read Full Post »

Sepenanak Nasi

Buah cempedak si buah salak,
mari dikaut dek orang kota;
Akal menidak jiwa menolak,
hati terpaut dek kata-kata.

.

Mujur lah patik terbaca pantun lama patik ini, Tuanku. Dan mujurlah pantun patik langsung tak ada kena-mengena dengan perasaan patik yang benar-benar merajuk dengan Cik Dayang Istana Mesra. Sampai hati Cik Dayang kita tak bertanak nasi untuk santapan malam, Tuanku. Sungguhpun patik tak berasa lapar dan cuma berhajat untuk meratah ikan goreng yang ada, apabila patik dapati tiada walau sebutir pun nasi untuk dijamah, patik merajuk sampai menitis airmata hiba.

.

Sekautan nasi Tuanku...

.

Patik tahu patik boleh saja bertanak sendiri. Beras sudah siap bertampi, tungku pun sudah siap berkayu api. Sementara sepenanak nasi, boleh saja patik karang pantun barang tujuh rangkap. Sepenanak nasi, boleh saja patik turun bersiram di perigi biru. Tapi patik… memilih untuk merajuk juga. Kalau tidak kerana nasi melukut dan sayur keladi, entahkan jauh sudah patik bawa diri.

.

Read Full Post »

Seri Gala

Ada serigala…
yang lapar diperutku,
yang marah dibenakku.

Segala yang terbakar
menjadi abu.

I am watching...

Segala yang tersimpan
menjadi aku.

Aku tahu siapa menipu.

.

*Enida
Wangsa Walk
3 September 2013

.

.

Read Full Post »

Saya terbaca serangkap pantun Hari Raya hari ini di dinding Facebook seorang sahabat. Tidak lah saya tahu sama ada ia asli dan dikarang oleh teman kepada sahabat saya itu, atau sekadar disalin-dan-lekat sahaja. Sekali baca, saya tersenyum. Agak lucu pembayang pantun empat kerat, tujuh-lapan sukukata itu.

.

Lembu cuit buaya,
buaya baling tin;
Selamat hari raya,
maaf zahir batin.

.

Kali kedua membacanya terasa ia agak menjengkelkan. Sebagai seorang pendidik bahasa, walaupun Bahasa Inggeris, saya sanjung tinggi keindahan bahasa Melayu. Dan sejujurnya saya rasakan bahawa pantun ini pantun malas. Malas mencari pembayang yang indah-indah. Atau mungkin juga penulisnya cuba untuk menghiburkan pembaca dengan pembayang yang dirasakan lucu.

.

Lalu keluar lah sembang antara saya dengan sahabat saya, mempermainkan pantun ini.

Enida: Lembu tu berani ke cuit buaya, babe?

Kawan: Hehehe…

Enida: Buaya yang boleh baling tin tu buaya apa?

Kawan: Buaya darat.

Enida: Ishhh ye ke?

Kawan: Buaya jadian kot.

Enida: Eh, ni mesti buaya tembaga ni. Tin tu pun tin tembaga sepatutnya.

Kawan: Hahaha!

Enida: Lembu tu kalau dia cuit buaya, sure tak sempat jadi rendang raya ni, kan?

.

Pantun ku ini...

Sahabat saya terus diam selepas itu. Mungkin jengkel juga dengan saya yang mempermainkan pantun teman beliau. Namun saya akui, bagus juga lah pantun ini berbanding pantun ‘Pak Ali Pergi Ke Kedai‘.

.

.

 

Read Full Post »

Rapuh

Dalam hati saya mengeluh…
.

Tiap kali pucukku tumbuh kau bunuh.
Tiap kali pucukku tumbuh kau bunuh.
Hatiku jenuh mau bilang kepala butuh atau pegi mapuh.

Oh!
Tiba-tiba teringat sungguh
perjalanan dari Jenang ke Merapoh.

Dan hati saya rupanya patuh, sabar itu contoh.
Terus tak jadi menabuh.

.

Jalan berliku menuju Merapoh.

.

.

.

*Enida
13 June 2013
Depan Muzium Negara
(Tempat jatuh.)

.

.

Read Full Post »

Hanya…

Capai tanganku kita berganding berdua...
.

Satu

Kau dan aku satu.

Yang kanan engkau
Yang kiri aku.

Peha dicubit
Yang sakit hati.

Sekarang pahit
manisnya… nanti.

.

*Enida
Plaza Damas
22 February 2013

.
.

Read Full Post »

Mohon Kasih

Ku mahu
dalam setiap kekuranganku
Kau lebihkan sabarku.

Dalam setiap kesusahanku
Kau senangkan hatiku.

Dalam setiap kesempitanku
Kau lapangkan fikirku.

Dalam setiap keresahanku
Kau tenangkan jiwaku.

Dalam setiap amarahku
Kau pujuk rajukku.

Dalam setiap rinduku
Kau pimpin tanganku.

Dan ku mohon
dalam setiap kemahuanku
Kau kasihi aku.

.

*Enida
17 July 2012
Jalan Ampang

.

.

Read Full Post »

Hati Saya Hati Awak

Banyak lundu perkara lundu,
lundu yang mana dari Sarawak;
Banyak rindu perkara rindu,
rindu yang mana di hati awak?

.

*Enida
Mesra Terrace
24 February 2012

.

.

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: