Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Malaysiana’ Category

Like That Lah…

The reason why I went upstairs was just to get a triple A battery for my mouse. That was it. But it was then that I saw the Ikan Tongkol that I defrosted earlier in the evening to make Asam Pedas of. Tapi oleh kerana I had taken the kids to have a North Indian dinner at The Rolling Pin after Kitreena’s appointment with our South African chiropractor, Dr Boden, the tuna never made it to the pot.

.

Nak tak nak, I set the triple A battery on the kitchen island sekejap and went for the bawang-bawang and the bunga kantan nan tiga kuntum to start menumis the Asam lah Pedas. Ngoseng-oseng and kelentung-kelentang and a pot of Asam Pedas Ikan Tongkol later, I knew I was so lah smelling worse than bawang that I went another floor up to pompom (that is mandi in Monchies baby-baby dictionary).

.

While mandi-ing, I saw that the drain-hole filter could use some scrubbing. So scrubbing lah pulak sedikit sebanyak in the shower thinking that I really should get back to the office to tukar the battery of the mouse. The laundry that I started before going up to get the battery pun might be done and ready untuk diampai already.

.

Sure enough, while I was on the way down from the shower to the kitchen to put away all the clean dishes, I heard the washing machine’s panggilan pulau song. Dishes away and the Asam Pedas Ikan Tongkol dah masuk dalam bekas to wait for it to cool and put away later, I made my way down to the laundry drying room.

.

Black load out, colored load in, and white load all sprayed with bleach or Vanish… there I was mengampai laundry lah pulak. That done, I got into folding (mostly) towels and socks from the previous dried load. Terpandang lantai and got thinking, if I didn’t give it a sweep there and then, it would be dustier the next time I would do laundry, which is Saturday. So menyapu lah a bit, sementara rajin.

.

Done sweeping, I took approximately 15 steps before arriving at Airwings’ office. It was when I sat at the computer to activate the screen that I realized that the triple A battery for the mouse was still upstairs, on the kitchen island where I left it before making the Asam Pedas Ikan Tongkol with Bunga Kantan 3 Kuntum, before doing the scrubbing job in the shower, and before doing the laundry.

.

I went upstairs, grabbed the triple A battery, came back downstairs, changed the mouse’s battery and was going to do work exactly like I was supposed to, sebelum naik ke tingkat atas for the triple A battery in the first place. But it was then that I got to writing this entry. Sebab tiba-tiba terasa begitu multi-tasking.

.

Lah sangat!

.

multitasking.

.

Read Full Post »

Mahal Mary

After a good night sleep at The Beverly, we were ready to hit the road again for the fourth house and final visit with my dad’s old friend. On the way down from the third floor, Monchies and I shared the elevator with a couple and their toddler. I wasn’t so much in my friendly mode, but I wasn’t grumpy or anything. I was just quiet. So were Monchies.

.

We could hear the couple’s conversation loud and clear…

Wife: Kita tak bagi dia tips sepuluh ringgit lah bang. Dia okay jugak kan?
Hubby: Ha’ah. Tapi dia tu Filipino. Bukan orang sini tu. Filipino tu.
Wife: Oh ye ke.
Hubby: Nama dia Mary ke apa ntah.
Wife: Ohhh nasib baik tak bagi.

.

As I was checking out after the couple left, down came Mary with her cheerful smile making some jokes in Mandarin with the cleaning staff and reporting a few things to the Bangladeshi receptionist in Bahasa Malaysia. Mary sure looked a bit different from a typical Malaysian Chinese. Regardless, she was very bubbly and warm.

.

It was just too bad that Mary looked like a Filipino.

.

And she did not get a ten-ringgit tips because she was supposed to look like a Malaysian? I felt sick to my stomach! Not only from the couple’s body odour that I had to endure in the elevator. But from their prejudice towards others judging only from their look! If I were to judge based on the couple’s smell, they were as good as rubbish.

.

If.

.

.

Read Full Post »

Sepenanak Nasi

Buah cempedak si buah salak,
mari dikaut dek orang kota;
Akal menidak jiwa menolak,
hati terpaut dek kata-kata.

.

Mujur lah patik terbaca pantun lama patik ini, Tuanku. Dan mujurlah pantun patik langsung tak ada kena-mengena dengan perasaan patik yang benar-benar merajuk dengan Cik Dayang Istana Mesra. Sampai hati Cik Dayang kita tak bertanak nasi untuk santapan malam, Tuanku. Sungguhpun patik tak berasa lapar dan cuma berhajat untuk meratah ikan goreng yang ada, apabila patik dapati tiada walau sebutir pun nasi untuk dijamah, patik merajuk sampai menitis airmata hiba.

.

Sekautan nasi Tuanku...

.

Patik tahu patik boleh saja bertanak sendiri. Beras sudah siap bertampi, tungku pun sudah siap berkayu api. Sementara sepenanak nasi, boleh saja patik karang pantun barang tujuh rangkap. Sepenanak nasi, boleh saja patik turun bersiram di perigi biru. Tapi patik… memilih untuk merajuk juga. Kalau tidak kerana nasi melukut dan sayur keladi, entahkan jauh sudah patik bawa diri.

.

Read Full Post »

Protected: Anita Nira’s Story

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Read Full Post »

Datin nak sindir-sindir dan dengan ghairahnya menghentam orang seperti saya yang kononnya mengagung-agungkan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan seharian, Datin tahu kah saya ini sebenarnya fasih dan lancar dalam kedua-dua bahasa? Dalam Bahasa Melayu, saya yang berketurunan Cina dan India ini berpantun boleh, bersajak boleh, bersyair boleh. Malah bergurindam pun saya boleh. Cuba Datin minta secara rawak rakyat Malaysia untuk berpantun. Saya yakin, pembayang pantun daripada kebanyakan mereka adalah…

.

Pak Ali pergi ke kedai,
pergi ke kedai membeli…

Sentiasa saja Pak Ali kita ini hendak pergi ke kedai membeli something. Dan inilah realitinya kalau ada orang kita yang masih boleh berpantun. Lihat saja pantun-pantun di media cetak, atau dengar saja pantun-pantun meski di saluran radio Klasik Nasional sekalipun. Naik malu saya membaca dan mendengarnya.

.

Dan something seperti penggunaan Bahasa Inggeris saya ini yang Datin kecohkan sangat, kenapa? Atau barangkali Datin sebenarnya hanya hendak menutup kelemahan Datin berbahasa Inggeris?
.

Datin…
Bahasa Inggeris itu kerjaya saya. Perkongsian ilmu saya. Periuk nasi saya. Rezeki saya. Jiwa Malaysia saya tak usahlah Datin pertikaikan hanya kerana kefasihan, kebiasaan dan kerjaya saya. Daripada Datin mengecam orang-orang seperti saya, barangkali lebih bermanfaat jika pejuang bahasa dan budaya seperti Datin betulkan saja anak bangsa Datin yang semakin tidak pandai mengeja. Mereka ini lah yang kurang diajar dan kurang ajar.

.

Tapi kalau Datin nak saya ajarkan Bahasa Inggeris… pun boleh.

.

 Pantun ku ini....

.

.

Read Full Post »

Tam’s Down

Haa, ni Pak Tam ni.

Ya Pak Tam. Apa khabar?

Ni ada projek besaq ai nak bagi yu.

Oh, terima kasih banyak-banyak.

Ni… ada satu group nak buat baju.

Okay, boleh. Baju macam mana tu Pak Tam?

Baju elok la sikit. Tak mau la buat baju hat kualiti tak berapa elok.

Of course! Baju kami mana ada kualiti tak berapa elok Pak Tam.

Mana la tau kan. Depa nak baju berkolar hat elok la.

Pak Tam tak pernah tengok baju Airwings yang kat kelab tu kot?

Tengok dah. Tapi hangpa takdak bagi ai dua tiga lai pun.

Hah? Bagi?

Ya la. Cuba bagi kat ai dua tiga lai tengok. Hahaha.

Kami berniaga tak macam tu Pak Tam. Kami selalunya bagi free untuk anak-anak yatim saja.

Hah, tak kisah la. Ni projek besaq ni. 150 pack. Bajet depa RM50.00 satu pack. Tapi ai ambik RM3.00. So nanti ai bagi yu RM47.00 saja la.

Oh? Ooookaaaayyy… (?)

Depa nak topi sekali. Topi hat elok jugak la.

Iya lah Pak Tam. Takkan bagi baju elok, tiba-tiba topi buat hat buruk pulak!

So satni ai bagi yu the contact person punya email, yu discuss dengan dia la. Tapi tu la… ai bagitau yu awai-awai, ai nak RM3.00 per pack.

Design dah ada ke Pak Tam?

Depa nak design hat simple-simple saja.

Iya lah. Dah ada ke design simple nya tu?

Ai pun tak tau la. Nanti yu tanya depa sendiri. Okay na.

Hmmm okay.

.

I called my partner and told him this, verbatim.
Airwings is NOT taking up the project.

.

Kami buat baju hat elok saja, okay.

.

.

Read Full Post »

Saya terbaca serangkap pantun Hari Raya hari ini di dinding Facebook seorang sahabat. Tidak lah saya tahu sama ada ia asli dan dikarang oleh teman kepada sahabat saya itu, atau sekadar disalin-dan-lekat sahaja. Sekali baca, saya tersenyum. Agak lucu pembayang pantun empat kerat, tujuh-lapan sukukata itu.

.

Lembu cuit buaya,
buaya baling tin;
Selamat hari raya,
maaf zahir batin.

.

Kali kedua membacanya terasa ia agak menjengkelkan. Sebagai seorang pendidik bahasa, walaupun Bahasa Inggeris, saya sanjung tinggi keindahan bahasa Melayu. Dan sejujurnya saya rasakan bahawa pantun ini pantun malas. Malas mencari pembayang yang indah-indah. Atau mungkin juga penulisnya cuba untuk menghiburkan pembaca dengan pembayang yang dirasakan lucu.

.

Lalu keluar lah sembang antara saya dengan sahabat saya, mempermainkan pantun ini.

Enida: Lembu tu berani ke cuit buaya, babe?

Kawan: Hehehe…

Enida: Buaya yang boleh baling tin tu buaya apa?

Kawan: Buaya darat.

Enida: Ishhh ye ke?

Kawan: Buaya jadian kot.

Enida: Eh, ni mesti buaya tembaga ni. Tin tu pun tin tembaga sepatutnya.

Kawan: Hahaha!

Enida: Lembu tu kalau dia cuit buaya, sure tak sempat jadi rendang raya ni, kan?

.

Pantun ku ini...

Sahabat saya terus diam selepas itu. Mungkin jengkel juga dengan saya yang mempermainkan pantun teman beliau. Namun saya akui, bagus juga lah pantun ini berbanding pantun ‘Pak Ali Pergi Ke Kedai‘.

.

.

 

Read Full Post »

While waiting for Kitreena to finish with her Istana Dance at Pak Ngah Studio the weekend before puasa, Edrick wanted an early supper at the nearby Mamak. A Roti Telur supper. Since it wasn’t busy at all, Edrick’s Roti Telur came in no time at all.

.

Mommy: How’s your Roti Telur, Monch? Sadap kah?

Edrick: Deliiiiiiiicious! Mom, this roti tow-lorrr sure tastes like roti canai and egg.

Mommy: Huh? Do you know what Roti Telur is?

Edrick: Roti tow-lorrr is a roti canai cooked with an egg.

Mommy: Du’uhhhhh!

Edrick: Oh yeah. Tow-lorrr is egg.

Mommy: Double du’uhhhhh!

Edrick: Hehehehehehe. Sorry Mom. I forgot.

Mommy: You aaaa! So old man bah!

.

Malaysianization process of me Monchies’ language is not so delicious these days. 🙂

.

Tastes like....

.

Read Full Post »

Pleboit

Koi tok gheti nok maeng geing. Pandei lalu. Toksoh sughoh lah mende geing pon. Kecoli Tumblebug sebak keje diyer melutu ke mende bulat hok bebagheih masuk lubang kluwor lubang te haje. Lepeh lutu, lutu. Lepeh lutu, lutu.

.

Keiknye biler becakak pasei lutu ni, koi tingek ke MokDe koi. Oghangnya paleh tinggi. Sudoh lah tinggi, besor pulok te. Sudoh lah besor, garang diyer… koooos semangek. Ibaratnya tuanku soltan te penyudohnye mintok ampun ke MokDe koi. “Ampun MokDe beghibu-ghibu ampun, semboh beta haghak diampun.” Kabor ke. Punye ke takot baginda ke kegarangei MokDe Semoh. Ah yer, doh namer nye cekgu besor, yak.

.

Puloknye, gone ke tok chengei? Adik-beradik 15 oghang. Iyerrr limer beleh. Fifteen. Satu limer. 15. Diyer hok nomboi tiger. KokNgoh diyer lagi loh pulok chengei melampaa. Bukei tuanku soltan je mintok ampun penyudohnye. Yang dipertuei agong karang kot ngikut mintok ampun belaka. Sudoh la dah.

.

Mok koi citer dulu, KokNgoh diyer te yang mele diyer maser mok ayoh diyer pegi aji. Mengkala adik-adik tok mboh dengor kater je, diyer cakor muker! Kuku panjang super antu. Sape babei, diyer tok meri nasik. Hah, belapor lah awok sampei mok awok balik aji, kabor ke.

.

Oh cokoiiittt! Laaaaa… koi ni tadi benornye nok citer pasei maeng geing. Ilang keisoh yak! Haiiii tak mende lah pepagi ni melaghat meghaban. Lepeh te koi konoan nok citer pasei perkataei ‘lutu’ hok MokDe koi rajeing nyebut dulu te. Sebak diyer rajeing melutu keghebaa. Datang dekat sikek je, dilutu dengei puntung kayu api. Menciput laghi keghebaa te, sampei bertabur taik.

.

Koi teghase lah pulok nok pegi nabur bende hok boleh tabur. Hishhh! Pantang nyebut yak. Pleboit sangek koi te.

.

.

.

Read Full Post »

%d bloggers like this: