Datin nak sindir-sindir dan dengan ghairahnya menghentam orang seperti saya yang kononnya mengagung-agungkan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan seharian, Datin tahu kah saya ini sebenarnya fasih dan lancar dalam kedua-dua bahasa? Dalam Bahasa Melayu, saya yang berketurunan Cina dan India ini berpantun boleh, bersajak boleh, bersyair boleh. Malah bergurindam pun saya boleh. Cuba Datin minta secara rawak rakyat Malaysia untuk berpantun. Saya yakin, pembayang pantun daripada kebanyakan mereka adalah…
.
Pak Ali pergi ke kedai,
pergi ke kedai membeli…
Sentiasa saja Pak Ali kita ini hendak pergi ke kedai membeli something. Dan inilah realitinya kalau ada orang kita yang masih boleh berpantun. Lihat saja pantun-pantun di media cetak, atau dengar saja pantun-pantun meski di saluran radio Klasik Nasional sekalipun. Naik malu saya membaca dan mendengarnya.
.
Dan something seperti penggunaan Bahasa Inggeris saya ini yang Datin kecohkan sangat, kenapa? Atau barangkali Datin sebenarnya hanya hendak menutup kelemahan Datin berbahasa Inggeris?
.
Datin…
Bahasa Inggeris itu kerjaya saya. Perkongsian ilmu saya. Periuk nasi saya. Rezeki saya. Jiwa Malaysia saya tak usahlah Datin pertikaikan hanya kerana kefasihan, kebiasaan dan kerjaya saya. Daripada Datin mengecam orang-orang seperti saya, barangkali lebih bermanfaat jika pejuang bahasa dan budaya seperti Datin betulkan saja anak bangsa Datin yang semakin tidak pandai mengeja. Mereka ini lah yang kurang diajar dan kurang ajar.
.
Tapi kalau Datin nak saya ajarkan Bahasa Inggeris… pun boleh.
.
.
.
Untungnya fasih bahasa inggeris. Saya kurang tang ni.
It takes a lot of effort and practice, Rainini. It takes a long time, and I am still learning. And also it takes a lot of courage. Dulu saya malu dan takut salah cakap. Tapi nak pandai punya pasal, redah juga! 🙂
sounds like a Datin Insecure ..
Very the!