Dua tiga hari kebelakangan ini saya seperti ditimpa ilham. Mungkin cuaca di Moscow yang bersuhu positif darjah Celcius telah mencairkan kebekuan di dalam peti ilham saya. Hmmm kalaulah boleh saya petik dan peti kan saja ilham yang menimpa saya beberapa malam ini… nescaya pantun saya dapat dijual dalam peti yang berukuran 8 sukukata darab 1 baris, darab dengan 4 baris 1 stanza bersamaan Tenaga = Kuasa x Masa.
.
Apa salah padiku ini,
ditebang sayang ditugal layu;
Apa salah hatiku ini,
dikenang bimbang ditinggal sayu.
.
Bukan cuka sebarang cuka,
cuka berampai sehelai sireh;
Banyak luka perkara luka,
luka yang mana bagai ditoreh?
.
Bukan suka sebarang suka,
suka laksamana bergadai keris;
Banyak luka perkara luka,
luka yang mana bagai dihiris?
.
Selasih tidak mayang pun bukan,
buluh seperdu sulam dipeti;
Kasih tidak sayang pun bukan,
mengeluh rindu di dalam hati.
.
Buahlah pauh di biku pintu,
dibuat dadih berselang manggis;
Sudahlah jauh beribu batu,
diingat sedih dikenang menangis.
.
Ohhhhhhhhhhhhhhh! Saya tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Sekarang baru saya teringat apa sebabnya saya ditimpa hujan ilham ini. Dua minggu lepas saya tak sudah-sudah menonton filem P.Ramlee di YouTube! Oh iya! Dan yang paling mengusik jiwa sastera saya ialah pantun balas berbalas antara Tun Nila Utama dan Puspawangi dalam filem Musang Berjanggut. Seminggu lepas pula saya asyik menonton filem Nujum Pak Belalang.
.
Nah sekarang baru saya boleh tidur lelap. Misteri kenapa saya sakan berpantun seloka dan bersajak kebelakangan ini terbongkarlah sudah. Tiada lagi kemusykilan di hati. Dan bolehlah saya mengarang skrip sendiri:
.
“Dinda mohon masuk beradu dulu ya Kanda Satria? Besok-besok kita bertemu lagi di Taman Larangan. Dinda janji, nanti Dinda mimpikan wajah Kanda Satria yang segak lagi manis macam Gula Melaka yang Dinda letak dalam buah… ahhh Kanda Satria ni! Buah apalah lagi kalau bukan Buah Melaka? Kanda janganlah tenung Dinda begitu. Nanti Dinda rindu. Ahhhh Kanda niii… nakaaaalll! Selamat malam Kanda.”
.
Taman yang telah dipilih menjadi lokasi penggambaran filem pendek hasil nukilan Enida ini telah ditukar namanya dari Taman Bukit Pokrovsky kepada Taman Larangan. Harap maklum ye Kak Kiah?
.
Enida berlari-lari manja semakin jauh dari Kanda Satria idaman beliau itu, dan tiba-tiba berhenti berlari. Dengan gerak perlahan, Enida menoleh ke belakang – ke arah wajah segak Kanda Satria, bertentang mata, dan menjeling ke arah Kanda Satria dengan jelingan paling menggoda abad ini. Enida menggigit hujung selendang beliau, seraya tertunduk malu dan memejamkan mata. Tangan beliau mengurut dada menahan beban asmara.
.
Enida! Sudahhh!
.
Enida buat muka merajuk perasan manja lagi merayu, membantah tak mahu masuk beradu padahal keesokan harinya anakanda-anakanda beliau nak ke sekolah. Bekalan makan tengahari harus disediakan sebaik-baiknya malam ini. Tetapi ilham beliau turun mencurah-curah elok-elok saiz rebas terus menjadi saiz lebat ibarat hujan kucing Siam dan kucing Parsi kejar mengejar. Maka Enida mengambil keputusan untuk menjual pantun beliau yang terakhir buat malam ini. Malam ini saja tau Kanda?
.
Sumandak Bajau mengilas kundur,
kilaslah juga kuda padinya;
Mimpi dan igau menghias tidur,
bila terjaga mana serinya?
.
.
Thank you Wiz. Pantuns always make me feel ‘classic’ and for some strange reason they make me feel honest and ‘intelligent’. Chewah! Tak tau lah tang mana yang intelligent nya tu. I think orang dulu-dulu sangat intelligent and berjiwa indah.
Love all your pantuns.
Thanks Wiz!
Hehehe pantuns always make me feel classic. And they make me feel honest and intelligent. Tak tau lah tang mana yang intelligent nya tu. I wish orang sekarang berjiwa indah macam orang dulu-dulu.