Lauk-pauk semuanya cukup. Bukan setakat cukup, malah sedap-sedap, hebat-hebat belaka. Dari yang semudah-mudahnya nak dimasak, sampailah yang senarai bahan-bahan nak membuatnya sampai tiga mukasurat kertas A4. Sebut je, dah siap semua.
.
Nak ulam, ada. Yang mentah, yang celur, yang rebus, yang dikerabu. Ada belaka. Nak sambal, banyak. Yang masam, yang masin, yang manis, yang busuk. Lebih dari ada. Nak pencuci mulut, pilih antara sago gula melaka, pengat pisang, bubur pulut hitam dan lompat tikam. Buah-buahan dah siap kupas, siap potong.
.
Lepas tu, kalau dahaga, sebut je nak minum apa. Sirap bandung, laici cincau, teh o ais limau, kedondong calamansi, lemonade, cafe latte, earl gray, Milo Volcano, Horlicks Dinosaur. Yang tak ada pun boleh diadakan. Inikan pulak Nescafé Gold 3-in-1 dalam balang kat tepi tingkap tu.
.
Tapi bila Ida merajuk Abang tak pujuk, Ida makan nasik kosong dua suap. Bila Abang kata Ida merajuk tak bertempat, Ida minum air suam je. Sebab dahaga Ida dah hilang. Minum airmata.
.
Dahlah. Ida nak cari tempat sesuai nak merajuk. Kalau Abang cari Ida tak jumpa, Abang jangan tanya Mak. Mak tak tau. 😦
.
.
Leave a Reply