Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Abang’ Category

Yu

You buat apa tu, sayang?

Baru lepas goreng ikan.

Goreng ikan?

Ha’ah. Kita makan ikan keli hari ni okay kan?

Bukan setakat ikan keli. Malah lebih daripada tu pun I okay je makan.

Hah? Lebih daripada ikan keli, ikan apa?

Ailavyu...Ikan yu lah.

Ikan I?

Ha’ah ikan yu.

Errr… you ni buat lawak double meaning ke apa ni?

Apa pulak double meaning nya?

Mana I tau.

Betul lah ikan you. Sebab you yang rajin masak ikan, kan?

Habis, ikan I bukan ikan you jugak?

Bukan. I makan ikan you, sebab I tak ada ikan I.

I tak faham lah lawak semenanjung you ni, sayang. I kan orang Sabah.

Sabah lagi lah best. Dah lama I tak makan Sinagol Ikan Yu you tu.

Dah lah. Sejak bila I, I, you, you, ikan I, ikan you ni? Jam berapa balik?

Ini soalan memancing ikan I ke ni sayang?

Mengada lah. You lambat, I tak nak buat air asam.

Uishhh! Okay, okay! Ugutan you ni ganas macam ikan yu lah.

Baik. Kalau tak nak ganas, pergi cari sotong.

Jeng jeng jeng jeng jeng jeng! Sayang tau lagu tema cerita JAWS kan?

Tau. Bye!

Eh, eh! Bolayan lettewww.

.

.

Read Full Post »

Mimpi Basah

Abang, lama ke Ida tertidur?

Tak sangat, dalam setengah jam aja. Kenapa sayang?

Ida rasa macam lamaaa sangat. Siap ada mimpi tau bang.

Sayang mimpi apa?

Entahlah, Ida pun tak faham. Tapi panjang betul mimpi nya.

Sayang nampak apa dalam mimpi tu? Abang ada enter frame tak?

Tak pulak. Mula-mula ada macam… uh, rumah terbiar.

Rumah kampung? Rumah bandar?

Rumah kampung rasanya. Macam pondok. Lepas tu ada kucing dua ekor.

Kucupan azimat...Kucing?

Ha’ah kucing. Satu kecik satu besar.

Belang tak?

Yang belang tu hidung Abang.

Abang dah agak dah sayang nak cakap cenggitu.

Lepas tu I saw my Mom. Lepas tu Ida cari Abang.

Rindu lah tu! Hehehe…

Mana ada!

Tapi lambat nya Abang enter frame mimpi sayang ni.

Ida tak nampak Abang kat mana. Menggagau-gagau tangan Ida cari Abang sebab dalam mimpi tu mata Ida pejam.

Ohhhhhhh! Tu ke sebabnya tangan sayang menggagau? Hahahahahaha!

Ida menggagau betul-betul ke bang? Eeee malunya!

Hahahaha! Ya sayang. Tangan sayang menggagau kat muka Abang. Abang gelakkan aja.

Abang niii! Tak baikkk!

Dah tu? Sayang tak berhenti menggagau. Abang cium dahi sayang, baru lah sayang bukak mata.

Oh my God! Ida ingatkan ada orang tepekkan kertas jampi kat dahi Ida!

Ishhh! Tak seram langsung mimpi hantu pocong cina sayang ni.

*raba dahi* Eeee basah!

Read Full Post »

Banyak Minyak

Sayang, Abang dah lama tak bagi sayang teka-teki kan?

*terus buat-buat pengsan*

Alah sayang ni, tak boleh betul dengar perkataan teka-teki.

Memang tak boleh. Menyampah tau. Hari-hari Ida berdoa Abang tak bagi teka-teki.

Amboi! Sampai berdoa? Alaaaa satu je. Pleeeeeease…

*jeling maut*

Okay Abang bagi je, nanti kalau sayang tak dapat jawap, Abang jawap sendiri.

*ketawa tapi nak nangis*

Okay, sayang… kenapa suami suka pakai minyak wangi?

Suami?

Ye lah, I mean… lelaki lah in general. Kenapa lelaki suka pakai minyak wangi?

Hmmmm… sebaaaabbb kalau dia pakai minyak masak, alamatnya kena goreng lah dengan isteri dia.

Pisang goreng (katanama), goreng pisang (katakerja).

Hahhh?

Dah lah, Ida nak ke dapur goreng pisang yang Mak bawak tu.

Hahahahahahahahahahaha I like your answer, sayang! Nak Abang tolong kupas pisang?

Nak sangat! Yes please.

.

.

Read Full Post »

Tersepit

Hello…

Hello… hi sayang. Sayang buat apa?

Punggah laci.

Punggah laci? Laci mana ni?

Laci gobok.

Gobok baju?

Tak. Gobok kasut.

Cari apa?

Cari sepit.

Hah? Cari sepit?

Yerrr.

Sepit rambut?

Tak.

Sepit baju?

Tak. Sepit bulu.

Hah? Sepit bulu? Sepit bulu apa ni?

Sepit bulu kening lah.

Ohhh sepit kening Ziana Zain sayang tu eh? Hehehe.

Tweezers lah.

Ehhh? Tapi kenapa cari tweezers dalam laci gobok kasut pulak?

Sebab Ida letak kat situ.

Kenapa letak kat situ?

Sebab dekat dengan cermin nak keluar pintu.

Oh ha’ah kan. Sayang punya touch-up check-point.

Yerrr.

Jumpa?

Tak.

Sayang sure ke letak kat situ?

Sure sangat.

Tak ada yang lain ke?

Tak.

Manicure set bawah sinki bilik air tak ada tweezers?

Ada.

Dah tu?

Yang tu tak sedap.

Tak sedap?

Tak mencengkam.

Tak mencengkam?

Yerrr.

Bukan tak mengancam? Hehehe.

Bukan.

Beli lah yang baru.

Malas.

Sayang…

Mmm…

Sayang malas cakap dengan Abang eh?

Yerrr.

Kenapa sayang malas cakap dengan Abang?

Sebab Ida rasa Abang yang ambik tweezers Ida.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!

Abaaaaaannnggg!

Sorry sangat, sayang! Nanti balik Abang pulangkan.

*nangis*

.

.

Read Full Post »

Panas Dingin Cintaku

Abang, jangan lah minum ais banyak sangat waktu berbuka ni.

Kenapa sayang?

Nanti lemah badan.

Sayang rasa betul ke lemah badan?

Betul. Sebab memang it’s not natural for the body temperature minum sejuk-sejuk, and banyak-banyak on an empty stomach after so many hours. Terkejut tau body system.

Abang rasa tu cuma sebuah conspiracy theory.

Hah? Apa pulak?

Abang tau. Sebenarnya sayang tak bagi Abang minum ais banyak-banyak bulan puasa ni sebab utamanya bukan kerana it’s not natural to body temperature. Tapi sebab… bila Abang minum sejuk banyak-banyak, Abang beku. Bila sejuk-beku macam ais, sayang datang duduk dekat Abang je, Abang dah cair. Belum apa-apa.

*tercengang-cengang* Hah?

Hahahahahaha… sayang, okay tak hujah Abang?

*jeling maut*

Awwwwww jangan lah jeling macam tu. Abang dah nak menitik dah ni.

Nyampah!

Hehehe… sayang buat Nescafe Gold ke Milo untuk Abang ni?

Air suam!

.

.

Read Full Post »

Tanda Sayang

Sayang, kalau sayang urut tangan Abang… itu tandanya Ida sayang Abang.

Oh cenggitu eh? Abang sayang Ida apa tandanya?

Kalau Abang sayang Ida Abang berdengkur.

Apa pulaaakkk?!

Ya lah, berdengkur tu tandanya menghargai… sedap sangat kena urut.

*nangis*

Hahahahaha… come lah sayang. Sini Abang peluk, come!

.

.
.
.

Read Full Post »

Ulang-Ulang Sayang…

Sayang tau tak dekat kampung dah ada McDonald’s?

Tau.

Mana tau?

Tauuu. Orang yang bawak Abang aritu kan. Orang lagi dah lama dapat info dari McDonald’s insiders.

Sayang cakap apa tadi? Yang perkataan mula-mula tadi?

Perkataan mula-mula?

Ya, yang mula-mulaaaaa sekali tadi.

Perkataan apa? “Tauuu” tu?

Bukaaannn. Yang lepas tauuu tu.

Mana ada orang cakap apa, orang cakap orang tauuu sebab orang yang bawak Abang.

Haaa tu lah, perkataan selepas tauuu tu. Cuba ulang.

*kerut dahi* Kenapa pulak?

Abang nak dengar.

Tak nak.

Ulang lah sayang.

Sebab?

Sejak bila sayang ber-“orang-orang” dengan Abang ni?

Oh ha’ah kan! Hehehe tu lah. Siapa suruh Abang tinggal Ida lama-lama kat rumah Mak?

Aikkk! Orang jugak yang salah? Tak apa lah, biar orang je lah duduk rumah Mak lepas ni.

Abang mengada! Malas cakap.

Hahahahahaha tapi orang mengada pun orang sayang kan?

Tak, pergi lah sayang orang lain.

Tapi Abang sayang orang yang ini.

Wekkk!

.

.

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: