Selamat pagi, Puan Rrr…Ro… ssl…errr… xhxzvwqtkdg… errr… Enai… errr… Enai… errr… Eni… da… di mana saya Saiful Abdul Malik daripada TM Telekom ya puan, di mana saya buat panggilan untuk memaklumkan pihak puan di mana puan telah terpilih kerana puan adalah pelanggan setia kami di mana dengan itu kami di TM Telekom berbesar hati untuk memberikan puan mata ganjaran di mana setiap ringgit yang puan bayar sebagai bil produk dan perkhidmatan kami, puan akan menerima satu mata ganjaran di mana mata ganjaran ini puan boleh redeem dengan pelbagai barangan yang TM tawarkan di mana dengan itu juga melayakkan puan untuk menerima satu lagi tawaran dari TM di mana puan akan dilindungi di bawah plan perlindungan di mana plan ini…
.
Encik Saiful Abdul Malik meneruskan penjelasan beliau selama hampir setengah jam. Tapi dalam hati, saya sibuk menyanyi lagu ini:
.
“Di mana dia anak kambing saya,
anak kambing saya makan rumput di padang;
di mana dia cinta hati saya,
cinta hati saya yang kuat temberang”.
.
.
comel pulak kambing ni senyum. hehehe
Kan! Dia senyum sampai terpejam mata.