Boleh kalau nak bercakap kasar, nak marah-marah, nak membaling-baling barang, nak membentak-bentak kalau nak. Boleh juga kalau nak memaki hamun, mencarut-carut, meninggi suara dan menghempas pintu kalau mahu. Tak ada siapa kata tak boleh. Tak ada siapa melarang.
.
Sila lah.
.
Bila marah itu reda dan kita mampu berkata, “Saya bangga bila dapat bercakap kasar, membaling-baling barang dan membentak-bentak. Saya kagum dengan tindakan saya memaki hamun, mencarut-carut, meninggi suara dan menghempas pintu bila saya marah tadi. Pasti yang memandang akan hormat pada saya selepas ini.”
.
Sila lah.
.
.
Leave a Reply