Being jealous is normal. It keeps us on our toes and it makes us check if we can actually do better than what others can do. Although love is not a competition, there is no excuse for being complacent.
.
Kalau Puan dah lama tak pegang kaki suami, urut sana, picit sini… ini lah masanya. Spa dah banyak benar sekarang. Suami Puan ada wang dan bila beliau ada masa, boleh singgah dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. Nak harap rumah urut, memang banyak. Tapi biarlah urut-mengurut itu jadi aktiviti di rumah.
.
Encik pulak, kalau dah lama tak belai rambut isteri, cium wangi nya, rasa lembut nya… ini lah juga masanya. Salon sekarang banyak yang dijayakan oleh lelaki – walaupun berpakaian sempurna seperti wanita. Kalau tak Encik belai rambut beliau, rasa-rasanya siapa lagi di dunia ini yang boleh diharap membelai?
.
Lagi satu, kalau Puan bercakap dengan suami bentak sana, tempik sini, suara macam guntur… jangan lah anggap wanita bersuara lembut macam saya ni nak menggoda suami Puan. Saya memang bercakap lemah lembut sebab Mak saya juga begitu. Puan cuba kenang kembali minggu pertama Puan bersama suami, tak keluar suara begitu lembutnya berkata-kata. Betul?
.
Encik pun, kalau memandang isteri hanya dengan ekor mata kerana tudung ropol-ropol beliau senget sini senget sana, janganlah menyangka tiada yang berminat dengan beliau kalau tiba-tiba beliau buka tudung dan ambil foto untuk tunjuk rambut beliau kepada lelaki lain yang lebih menghargai kecantikan beliau di Facebook.
.
Just like what Richard Templar includes as Rule 58 in Rules of Love:
Treat Your Partner Better Than Your Best Friend
.
I am saying all this (despite my failed marriage – a failure due to not listening to what was not being said – yes, I broke Rule 55), because I know how it feels being with someone for as long as most of us have. I am saying all this because I know what is going on everywhere in marriages. I was no better and there was no one to tell me this bitter truth. But I am telling you now, go ahead and make mistakes, but learn from them. Mistakes and lessons come hand in hand.
.
So, take good care of your partner. When everything is enough at home, especially the belaian, nothing from outside can take him/her away from you.
.
terbaik!
sumtin yg memang patut dikongsi. sharing is caring, kan?