I tau I cerewet. You nak bengang, bengang lah. Tak apa. I dah tak kisah dah. I tau apa yang I suka dan apa yang I tak suka. Kalau you tak suka apa yang I suka, tak payah suka. Ikut suka you lah apa you nak suka. Dan hari ini I nak buat apa yang I sendiri tak suka, iaitu membebel. Tapi kerana terpaksa, I nak membebel juga. Sebab ini pasal sesuatu yang I suka.
.
I suka air suam.
.
Ya, I suka air suam walaupun tak ramai yang suka. I suka. Sangat-sangat suka. Dan disebabkan I suka sangat air suam ni, I jadi cerewet bila kita makan kat luar and I akan order air suam exactly macam yang I suka. Bukan sebarang air suam yang I suka ni tau. Darjat air suam yang I suka ni tak ramai yang boleh capai. Jangan main-main. Ha, air suam I ada darjat, I tell you.
.
Air suam yang I suka mesti lah panas sikit daripada suam. Tapi tak nak panas sangat. Suam dia mesti lah di antara boleh dan tak boleh diminum tu. Kalau setakat suam, pada I dah hampir sejuk. Cenggitu, baik air minum air sejuk. Tapi kalau panas sangat sampai tak boleh dihirup perlahan-lahan tu, pada I dah jadi air panas. Itu bukan suam. Baik I order teh ‘o’ panas-panas.
.
I tau you faham I sebab you dah tak larat dengan kecerewetan I. You redha je kan? Tapi budak-budak pelayan yang ambik order air suam I ni susah nak jumpa yang faham perasaan I. Diorang tak faham bahawa darjah kesuaman air suam tu amat penting buat diri I ni.
.
I dah banyak kali sangat kecewa. Sampaikan I serik nak order air suam. Padahal air suam je yang I order. Bukannya minuman yang complicated sangat macam Teh Tiga Lapis ke, Kopi ‘O’ Cham ke, Horlicks Pandan ke. Errr… ada ke? Entahlah, I pun dah tak tau mana satu reality dan fantasy. Sebab I cuma nakkan air suam je, just the way I like it. Susah sangat ke?
.
Kadang-kadang I tau you pun bingung tengok I sampai tersinggung-minggung hanya kerana aktiviti meng-order air suam. Tak berbaloi sakit hati kerana air suam, you kata. Tapi yang you tak tau ialah… bila I dapat apa yang I hajati, bahagia yang I rasa kerana air suam… terasa sampai ke lubuk jiwa I yang paling dalam tau! Ha, begitu mudahnya membuat I bahagia.
.
Dan sekarang ni bila you tak ada, I minum je air suam di rumah. Habis cerita. Tak ada sakit hati, kecik hati, terasa hati, jauh hati, patah hati bagai bila tak dapat air suam di takat suhu suam kesukaan hati I tu. Cuma… I discovered, rupanya bukan air suam yang panas sikit daripada suam tapi tak sejuk macam air suam biasa tu yang membahagiakan lubuk jiwa I yang paling dalam.
.
.
.
Bukan itu.
.
.
.
.
Banyak kali saya minta air suam datangnya air panas. Macam nak suruh bancuh minuman paket 3 in 1.
Kopi jantan satu!