Ini baru sticker olok-olok tau. Esok petang kita lekatkan Car Body Sticker Hari ATM Ke-89 sebenar yang waterproof 25cm x 25cm tu di lengan Abang Harris kita. Kiri kanan kita tampal. Atas hidung pun kalau sesuai, kita tepek juga.

Ini kali pertama kita ke Kuantan. Sebelum-sebelum ini kita cuma ke utara (Lumut, Ipoh, Sungai Siput, Sungai Petani), ke selatan (Batu Berendam, Terendak) dan berlegar-legar di kawasan tengah (Subang, Sungai Besi, Mindef). Tak pandang ke timur pun. Jeling-jeling manja je dua tiga kali. Tapi tak pergi.

Kali ini kita berkubang dua tiga malam di Kuantan, tempat kita berdating bila bulan mengambang di zaman-zaman Teluk Chempedak sunyi sepi dan tak riuh rendah macam sekarang. Zaman tu Teluk Chempedak punya ejaan pun CHEMPEDAK lagi. Sekarang dah CEMPEDAK aja. Musim CHINTA telah berlalu. Ah!
Kalau ada masa selepas rehearsal pertunjukan aset ATM petang Sabtu nanti, kita jalan-jalan berpegangan tangan di Pantai Gelora nak? Dah lama jiwa tak rasa gelora macam dulu-dulu. Kalau ada kudrat lah.
Ahad kita explore Kuantan, kalau larat, kalau rajin, dan kalau tak sesak sangat. Dah umur segini, sebenarnya terasa malas nak meredah lautan manusia. Apatah lagi lautan luas. Dulu, lautan api sanggup kita renangi. Gelora asmara melanda pun kita rela. Sekarang… hish! Darling carry pun kita tak sudi.

Isnin, masa D-Day nanti kita berkumpul di Pangkalan Udara Kuantan semula ramai-ramai biar meriah sambutan Hari ATM ke 89. Bukan selalu kita dapat limpas pintu masuk utama PU Kuantan tu. Selalu lalu-lalu saja.
Tahun depan sambutan Hari ATM Ke 90 kita minta penganjur buat perancangan awal-awal, buat lah event waktu hujung minggu. Jangan Isnin — sebab boss kita nak bagi cuti Isnin hanya kerana kita nak tengok aset tentera, mukanya kelat benar nak lepaskan kita. Nampak sangat kita nak spend gaji beli barang Airwings, katanya.

Tapi percayalah, kita akan kumpul banyak kenangan di Kuantan tahun 2022 ini. Esok kita basuh kereta, vacuum dan wangikan Abang Harris. Lepas tu kita refuel full tank siap-siap sebab manalah tau kalau-kalau lepas event kita terlajak ke Rantau Abang pulak walaupun Abang kita tak ada kat sana.

A shoutout to our left-handed pilot who initiated the effort for this HUT ATM 89 patch way before August 2022.
Eh!
Leave a Reply