Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘gua’

Watcha!

Gua caya lu der.
.
Sebab tu gua buat barang dengan lu. Bukan sikit-sikit der. Tapi gua kagum sebab lu berjaya sorok kualiti barang yang gua tak boleh jual dalam banyak-banyak barang yang gua order. Terer lu der. Bila stock gua dah ujung-ujung, kebetulan gua ada masa handle sendiri, gua lipat balik, baru gua nampak printing lu senget lari 2cm. Baru gua sedar gua dah kena kencing.
.
Malu gua, der. Customer dah order, last piece pulak tu. Gua nak tukar plastik bungkusan yang dah renyuk, baru gua terpandang printing lu senget. Sama kes macam dua tahun lepas gua buat ratus-ratus baju dengan lu. Gua ingat lagi lu bilang senget sikit customer tak nampak, boleh je jual beb. Gua mintak ganti, lu gelakkan gua der. Sampai akhirnya gua lelong giler murah baju-baju yang printing senget tu. Rezeki gua lah tu, syukur seadanya.
.
Bila jadi lagi ini kali, sampai 2cm senget, gua tak marah. Gua suruh je staf gua bungkus balik. Hantar baju yang printing senget tu balik ke tempat lu. Gua tak nak mintak apa-apa pun. Lu nak ganti, terima kasih. Lu nak gelakkan lagi muka gua yang bodoh pergi percaya sama lu, pun gua okay. Lu nak diamkan macam projek lepas pun, gua terima. Ambik la der.
.
Yang penting gua dah lega, der. Tak payah gua nak berjawap dengan customer kalau ada yang terima baju printing nya senget. Yang lepas-lepas, gua tak tau, gua mohon ampun dari Tuhan je la. Gua betul-betul tak tau. Gua tak bukak lipatan dan bungkusan baju tu satu persatu. Gua betul-betul yakin dan percaya sama lu, der. Serius gua percaya sama lu der!
.
Tapi sekarang kerja-kerja menjawap tu lu sendiri tanggung la. Gua kasi bola balik ke gelanggang lu. Lu buat la apa lu suka kalau lu rasa lu dah menang. Dah untung.
.
Gua caya lu der.
.
https://youtu.be/Buq9n1T9oII

.

Read Full Post »

%d bloggers like this: