Rasanya beban paling berat yang akan saya pikul bila sendiri kelak ialah botol air itu. Ya, botol air seberat 18.9kg bersamaan 5 gelen (mak ai, gelen!) itu. Setiap kali kehabisan air di mesin dispensari air rumah saya, jika kebetulan saya yang menghabiskannya… saya pasti berdebar-debar.
.
Biasanya dari tempat simpanan air botol di pantry, saya akan mengguling-gulingkan sahaja botol tersebut sampai tercalar-balar botol tersebut peduli apa saya, depositnya saya yang bayar. Ini adalah kerana… untuk mengangkat sebotol air penuh yang berat itu, walaupun saya mampu, saya takut. Saya bukanlah seorang yang bagus koordinasinya.
.
Seringkali saya terbayang botol yang penuh itu akan menghempap kaki saya yang bertaik lalat ini dengan begitu dramatiknya dan mentekeluarkan taik saya pula. Begitu sakitnya dihempap! Membayangkannya pun saya sudah berpeluh-peluh gementar. Inikan pula kalau saya terjatuh ditimpa botol air berisipadu sebanyak 5 gelen itu. Harus hanyut saya ke alam barzah.
.
Kerana begitu gemuruhnya saya bila harus menukar botol air di mesin dispensari itu, kerapkali saya mengelat. Saya pura-pura tidak tahu dan saya diamkan sahaja sampai ada orang lain yang perasan bahawa ia telah kosong. Orang lain itu termasuklah (bekas) suami saya, Bibik saya, Emy saya dan adik saya Diki Ganguly kalau beliau bernasib malang kebetulan berada di rumah saya. (Maafi chahta hu, mera bhai.)
.
Namun, setiap kali mereka terpaksa mengangkat botol air seberat hampir 20kg itu akibat kemalasan kegentaran saya, saya merasa sangat bersalah. Dan cepat-cepat saya akan membancuh secawan Nescafe Gold demi menghilangkan beban perasaan saya itu dengan meneguk kaffein. Semoga Tuhan mengampunkan taktik kotor saya ini.
.
.
,
Dan selepas ini sementara menunggu Bibik tiba di rumah Mesra, nampaknya saya terpaksa lah menanggung beban dosa air botol seberat 18.9kg itu mahu atau tidak. Mungkin ada baiknya saya insuranskan tubuh saya ini dengan AXA atau Prudential. Manalah tahu jika saya terhempap oleh beban air. Terpaksa pula saya berenang-renang ke tepian.
.
Akan tetapi jika ada yang sudi menjadi on-call saya datang menunjukkan macho membantu meringankan beban saya sebanyak 18.9kg seminggu sekali-dua, saya sangat-sangat menghargai. Boleh anda bantu saya? (Kya aap meri madad kar saktey hai?) Rebutlah peluang keemasan ini. Ganjarannya ialah secawan Nescafe Gold bersama Enida dengan Mesra nya.
.
Lepas ni, biarkan kanda pikul beban tu… 🙂
Kelakar lah you ni … tergelak besar bila saya membaca laman mu kali ini. Indah sungguh sesekali sekala kita meluah easa dalam bahasa ibunda tercinta ni kan. Apa pun, awak biar betul …awak ada kat Mesra ke sekarang, kenapa tidak mengkhabar kan berita gembira ini? Sampai hati you …..
Heheheh Kaseh! Ini yang awak cakap full bahasa tu eh? Saya pun tak perasan at first. Saya bahagia berjumpa awak di San Francisco dan berkongsi cita-cita.