Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Did You Know?’

Beban

Rasanya beban paling berat yang akan saya pikul bila sendiri kelak ialah botol air itu. Ya, botol air seberat 18.9kg bersamaan 5 gelen (mak ai, gelen!) itu. Setiap kali kehabisan air di mesin dispensari air rumah saya, jika kebetulan saya yang menghabiskannya… saya pasti berdebar-debar.

.

Biasanya dari tempat simpanan air botol di pantry, saya akan mengguling-gulingkan sahaja botol tersebut sampai tercalar-balar botol tersebut peduli apa saya, depositnya saya yang bayar. Ini adalah kerana… untuk mengangkat sebotol air penuh yang berat itu, walaupun saya mampu, saya takut. Saya bukanlah seorang yang bagus koordinasinya.

.

Seringkali saya terbayang botol yang penuh itu akan menghempap kaki saya yang bertaik lalat ini dengan begitu dramatiknya dan mentekeluarkan taik saya pula. Begitu sakitnya dihempap! Membayangkannya pun saya sudah berpeluh-peluh gementar. Inikan pula kalau saya terjatuh ditimpa botol air berisipadu sebanyak 5 gelen itu. Harus hanyut saya ke alam barzah.

.

Kerana begitu gemuruhnya saya bila harus menukar botol air di mesin dispensari itu, kerapkali saya mengelat. Saya pura-pura tidak tahu dan saya diamkan sahaja sampai ada orang lain yang perasan bahawa ia telah kosong. Orang lain itu termasuklah (bekas) suami saya, Bibik saya, Emy saya dan adik saya Diki Ganguly kalau beliau bernasib malang kebetulan berada di rumah saya. (Maafi chahta hu, mera bhai.)

.

Namun, setiap kali mereka terpaksa mengangkat botol air seberat hampir 20kg itu akibat kemalasan kegentaran saya, saya merasa sangat bersalah. Dan cepat-cepat saya akan membancuh secawan Nescafe Gold demi menghilangkan beban perasaan saya itu dengan meneguk kaffein. Semoga Tuhan mengampunkan taktik kotor saya ini.

.

Ohhh Tuhanku
kepada Mu
ku pohon ampun
doa restu
lindongilah daku
yang tidak berdaya
di bumi Mu ini
Huuuuu
wu huuuuu
wu huuuuu
wu huuuuu!

.

,

Dan selepas ini sementara menunggu Bibik tiba di rumah Mesra, nampaknya saya terpaksa lah menanggung beban dosa air botol seberat 18.9kg itu mahu atau tidak. Mungkin ada baiknya saya insuranskan tubuh saya ini dengan AXA atau Prudential. Manalah tahu jika saya terhempap oleh beban air. Terpaksa pula saya berenang-renang ke tepian.

.

Akan tetapi jika ada yang sudi menjadi on-call saya datang menunjukkan macho membantu meringankan beban saya sebanyak 18.9kg seminggu sekali-dua, saya sangat-sangat menghargai. Boleh anda bantu saya? (Kya aap meri madad kar saktey hai?) Rebutlah peluang keemasan ini. Ganjarannya ialah secawan Nescafe Gold bersama Enida dengan Mesra nya.

.

Read Full Post »

What Makes It Okay

You know the pillars Kahlil Gibran was talking about? Those that stand apart from each other? Do you know what comes in between, the space that Kahlil Gibran did not talk about? I found it. That space, that nothingness between the pillars. Yes, I found it.

.

And I found that emptiness… is not always a bad thing.

.

Read Full Post »

Tippytold

I am not an avid recycler. Nor am I an avid bicycler (I imagine bicycling in winter would very much be like a lari setempat kind of activity). But whenever the kids’ schools call for contribution in terms of recyclable materials, I get motivated and never miss the opportunity to dump donate. And oh I clean them til they shine, those containers. The last thing I want is my kids coming home from school smelling like sour milk or rotten eggs.

 

I do, however, re-utilize glass jars. Those tight-lidded peach jars that almost caused me neck and wrist injuries are great for non-returnable tapau containers for Emy (I savoy dinner for her every Tuesday and Friday). Back to recyclable containers; the very first thing I do is to get rid of the labels and price stickers. On glass, they are pretty easy to remove. A knife will do. But on plastic… oii! I have come close to some neck and wrist injuries menyental and menggentel, trying to get rid of them stickers, I tell you. I really have!

 

But I just learned that the solution is all in my kitchen. Instead of using alcohol/spirit to neutralize the adhesive, I discovered – actually 5 years ago – that cooking oil is the best. If it works on getah nangka, it works on any glue. Trust me! So for these rice milk plastic bottles, I tried using cooking oil last week. But it proved to be a new challenge as the glue was quite stubborn. So I thought maybe some finer agent would help. I spread some flour (in my case the potato starch was the easiest to reach). Guess what? It worked!

 

 

There might be others who have discovered this (I have not Googled), but I just did. Before I forget, this post might serve as a reminder for myself. Later.

 

“… Recycle, that’s what you do.
Recycle, tell your mother too.
Recycle, state your case.
Don’t let it go to waste…”

 

 

 

 

 

Glossary for Neil:

tapau [slang in Malaysia]= pack for takeaway

savoy [Russian] = pack for takeaway

getah nangka = jackfruit sap

menyental = scrubbing

menggentel = rolling (but very much irrelevant in this post)

 

 

A postnote to Cik Nan:

It has been a while since we talked about ‘Acara Bergentel’ kan Cik Nan?

 

 

 

Read Full Post »

Biarlah Rahsia

Setelah hampir tiga minggu, suhu yang berlegar sekitar 20an darjah Celcius di bawah paras beku akhirnya meningkat ke paras tingkatan satu digit Celcius. Tapi masihlah di bawah paras beku. Memang terasa kurang sejuknya. Malah, hampir saya kepanasan apabila terjaga di tengah malam berbungkus baju tidur bulu kambing biri-biri, gebar dan selimut. (Harus disebut bulu siapakah yang membungkusi diri saya. Bulu mink menjadi pilihan utama masyarakat Rusia, bukan bulu unta atau bulu enta.)

 

Di waktu sejuk memang terasa seperti hendak masuk saja di celah katil dan tilam. Atau lebih hangat kalau boleh masuk saja ke dalam tilam yang barangkali boleh dihasilkan dengan lubang khas. Tetapi Tanjung Rambutan dan Tampoi tiada kemudahan untuk mengangkat dan mengangkut calon penghuni antarabangsa yang menetap di Moscow. Oleh itu saya lupakan saja hasrat saya untuk mengelakkan dari kebekuan tegar dan ilham-ilham rekabentuk tilam yang menggila.

 

Secara alami, lumrah iklim alam yang masih saya ingati dipetik dari buku Ilmu Alam Fizikal Tingkatan Lima, apabila suhu meningkat seiring kelembapan udara, hujan akan turun. Sesuai dengan musim dingin di Moscow, salji pun turun lebih banyak dan lebih kasar kepingan saljinya berbanding dalam suhu yang lebih rendah. Contohnya, dalam suhu -25°C salji jarang turun dengan lebat kerana udaranya kering. Salji akan turun lebat dan sebesar-besar cekodok pisang apabila suhu kembali ke sekitar -2°C.

 

Musim dingin, dari pengalaman peribadi saya, merupakan musim yang menyaksikan banyak adegan tekanan perasaan. Bukan sahaja di kalangan orang yang panas baran yang sudah tentulah baran mereka tidak dapat dipanaskan, malah di kalangan orang yang ‘cool’ juga cepat hilang kesejukan hati mereka. Menurut penemuan kajijiwa, kekurangan sinar mentari di Korea mempunyai kesan negatif terhadap jiwa manusia.

 

Termasuk lah di kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja (kerana mereka juga manusia, sebab itulah mereka disebut bayi, kanak-kanak dan remaja. Jika mereka bukan dari spesis homo sapiens, sudah tentu lah mereka akan disebut ‘anak ayam’ dan bukan ‘bayi ayam’, ‘anak lembu’ dan bukan ‘kanak-kanak lembu’, ‘anak badak’ dan bukan ‘remaja badak’.)

 

Pakar kajijiwa merumuskan bahawa orang-orang yang tidak mendapat sinar sang suria menjelang di pagi hari, ramai orang di seluruh negeri sedang minum Dutch Lady yang cukup akan cenderung terhadap kemurungan. Manakala mereka yang tetap menjalankan kegiatan di luar rumah meskipun matahari tidak begitu teruja hendak bersinar, dapat mengurangkan risiko tekanan perasaan dan kemurungan pada kadar yang luarbiasa. Luar rumah, luar biasa. Dalam rumah, biasa kena tinggal di luar sana bersama matahari.

 

Bercakap soal kegiatan dalam dan luar ini, saya mendapati bahawa ada satu kegiatan yang jarang diperkatakan oleh pakar kajisifat manusia. Ianya juga berkait rapat dengan kajian ENT (ear, nose and throat). Tetapi sebelum itu tuan-tuan dan puan-puan, tahukah anda bahawa dalam udara yang bersuhu rendah, gelombang bunyi bergerak dengan lebih lancar? Bunyi dapat didengar dengan lebih jelas di musim sejuk. Oleh itu, mereka yang hendak mengeluarkan bunyi-bunyian yang bersifat Biarlah Rahsia – walaupun di tempat yang lapang di luar rumah – wajarlah berhati-hati dengan kegiatan ‘pengeluaran’ mereka. Demikian kupasan topik E (Ear) secara ringkas.

 

Sebelum beralih ke topik N (Nose), saya ingin menghuraikan topik T (Throat) dahulu. Di musim dingin, kebanyakan orang tidak minum cukup air kerana suhu yang rendah membuatkan tekak tidak mudah merasa haus. Padahal dalam masa yang sama yang haus adalah tandas-tandas dan mendapat air buangan berlebihan kerana kita membesio (bak kata orang Perak) lebih di musim dingin. Lebih daripada kadar biasa. Tekak juga, percayalah cakap saya, tidak sedikit pun mengidam salji yang putih bersih yang boleh dikepal dan dimasukkan ke dalam mangkuk, disiram air gula berpencelup merah F&N, susu isian sejat sejati Ideal atau Carnation, ditabur kacang merah, krim jagung dalam tin, cendol dan kacang tumbuk. Sedikit pun tidak. Hebat sungguh tekak musim dingin ini tuan-tuan dan puan-puan.

 

Tekak juga, ya belum habis lagi topik tekak kita ni… jadi jangan ke mana-mana, sering saja berasa agak kesat di musim sejuk begini. Barangkali fenomena ini disebabkan oleh suhu rendah yang telah memendekkan jarak antara tekak dengan perut. Apabila perut berbunyi, tekak akan cuba sedaya upaya untuk mendiamkan diri dengan menyumbat sesuatu ke dalam rongga mulut. Memang terasa sunyi alam sekeliling dek kerana semua tekak sedang disumbat agaknya.

 

Baiklah, beralih kita ke topik terakhir… iaitu topik N (Nose). Saya masih membuat kajian bagi merungkaikan misteri kenapa kegiatan mengorek sangat berleluasa di musim dingin. Kadar lembapan udara yang rendah secara alami menyebabkan hidung menghasilkan rembesan cecair lebih daripada biasa untuk melindungi lapisan kulit rongga hidung daripada menjadi terlalu kering.

 

Rembesan tersebut didapati mudah kering akibat proses penyejatan. Rembesan yang kering kemudiannya membentuk lapisan kerak nasi pelbagai ketebalan dan warna. Antara warna kegemaran kerak tersebut ialah hijau buruk, kelabu taik hidung anjing, dan perang kemerahan. Pelbagai corak juga dapat ditemui pada kepingan kerak rembesan itu tadi, terbentuk secara semulajadi seperti batik lukisan tangan berkonsepkan abstrak.

 

Kegiatan mengorek ini malangnya jarang sekali – atau mungkin tidak pernah langsung – disentuh oleh pakar kajihayat atau anatomi. Malah pakar penggaris etika juga setakat ini tidak pernah mengeluarkan garispanduan tatacara mengorek hidung dengan jelas. Memandangkan kegiatan ini sangat semulajadi, serta sama pentingnya dengan kegiatan mengorek periuk di dapur bila larut malam tarakucha tarakucha cha, saya menyeru kepada golongan bijakpandai serta golongan berhemahtinggi supaya dapat menghasilkan buku teori dan metodologi kegiatan tersebut.

 

Seruan ini saya buat kerana walaupun kegiatan mengorek hidung terdiri daripada kegiatan ala-ala Biarlah Rahsia, masih ramai yang tidak dapat menyembunyikan kenikmatan mereka apabila menjalankan kegiatan itu. Saya sendiri secara peribadi telah melatih diri sejak muda remaja lagi dengan latihan ketat ala komando supaya menjalankan kegiatan gerak khas ini cuma di kamar mandi. Memang bersemangat bersiram dua kali sehari walaupun dalam cuaca 25°C di bawah paras air laut beku, saya mengaku!

 

Akan tetapi mereka yang mengorek tanpa segan silu dan tanpa batasan amat menggelikan hidung saya. Tambah geli apabila ada yang tidak dapat mengawal diri daripada menggentel, menguli dan menjentik gulungan kerak rembesan mereka di khalayak ramai ala-ala acara lontar peluru Sukan SEA. Oh tidak!

 

Malah saya pernah melihat dengan mata kepala serta batang hidung saya sendiri seorang yang bukan bayi, bukan kanak-kanak, bukan remaja, tetapi seorang dewasa yang kelihatan cukup umur dan cukup waras sedang menyental kerak rembesan beliau yang basah-basah lembap, suam-suam kuku dan belum cukup kental ke tempat duduk KTM Komuter antara Rawang dan Seremban! Penyental rembesan tersebut telah dilihat turun di stesen komuter Batang Benar dengan tidak sedikitpun rasa bersalah! Saya berpendapat bahawa kerajaan Malaysia wajar mengisytiharkan darurat atau red-alert terhadap isu pengorekan ini dengan kadar ekspress demi rakyat.

 

Maka sekali lagi saya mengumumkan, permohonan adalah dipelawa daripada pakar-pakar etika untuk bergabung tenaga bersama pakar kajihayat dan anatomi untuk merumuskan kaedah terbaik lagi terhormat bagi kegiatan mengorek hidung. (Rumusan dan kaedah hendaklah bersesuaian dengan pelbagai iklim, musim, time-zone, sudut altitude, sudut latitude, sudut attitude, budaya dan ideologi pembaca.) Mungkin kegiatan ini juga harus ditukar namanya daripada kegiatan Mengorek Hidung kepada Mengerak Rembesan.

 

Dengan seruan tersebut, izinkan saya mengundur diri. Masa untuk mandi dan mengalunkan lagu…

 

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku membayangkan…

 

 

Read Full Post »

Yellow Hedges

I like everything about winter here in Moscow except for those yellow stains around trees, poles and hedgerows. The yellow stains are really yellow. So yellow that I am convinced dogs do not drink enough water in winter. Anyway, I would like to strongly urge dog-owners to bring a shovel with them when they walk their canine companions. Poop-scooping alone is not enough. Those yellow stains need to be concealed as much as concealing those lines under their eyes. The dog-owners’ eyes, that is. And perhaps Huggies should come up with disposable diapers for dogs and call them Doggies, Dooggies or Duggies. Or something!

 

 

 

 

Abang Putin! Cepatlah sikit bang! Do lah something. Orang tak tahan dah ni. Eeeeee geliii! Tak kuaserrr! Hannnchenggg!

 

 

 

 

Postlude:

Thanks to Overstated for the picture of Snow Pee. Rest assured, I would walk 5 to 10 meters away from the yellow stains and there is just no way I would stop to take photos of ’em! Peeeyyyeeewww!

 

Read Full Post »

Judging Enida

Justifying to my best friend why I chose to bare my life and its personal details in my writing… I said, “So that people who enjoy talking about me will have an easy access to a reference, Cik Nan. If they have any doubt about a ‘story’, they can always refer to my blog and be anchored by my truth, my version. They can create and have their own addition to their edition. But my truth matters to me. I am, afterall, a reliable source for my stories.”

 

I have grown wise enough to not deny the fact that people talk. About me, and behind me. Not many will care enough to talk to me about me. People don’t only talk. They judge too. And that is perfectly human. I am not worried. For all I know, I have done that too, against my preference, principle and consent. As none of us is an island, we keep rubbing against each other for lessons, for comfort, for entertainment and sometimes for a challenge!

 

So if you caught yourself talking about me, do know that I know you’re talking about me. Whichever version, yours or mine, is fine by me. Just make sure the other person you are talking to knows that Enida’s Version is available on Questa e Enida before anybody starts judging a me.

 

 

 

 

Postlude:

I just learned a new word today:
gavel = a judge’s hammer

 

Read Full Post »

Let’s see how many yes’s you will have to the next 12 questions on how much you know about me… 

  1. Did you know that I am only 10 months younger than my elder sister, KaCher? We were born in the same year – she in February, and I in December. Yes, February and December of the same year. So we were cohorts, in the same class right from Grade 1 through Grade 11 (Primary 1 through Form 5, as we call our grades in Malaysia). We went to the same university, took the same course – though were not put in the same class throughout the 6 years, nor achieved the same class for our baccalaureate – we were colleagues, teaching at the same university for quite a few years.
  2.  

  3. Did you know that I have a serious OCD when it comes to HFM cleanliness? The only time will I go to bed without washing and cleaning my feet is if I have been wearing socks all day. And the only time will I go to bed without brushing my teeth is… uh, never! Hands? Mine will be washed everytime I see a sink! (That’s Enida, interrupted and exaggerated.)
  4.  

  5. Did you know that I am actually an introvert? Many would say I am a mix. While I can, and tremendously do enjoy being in front of 300-500 people, giving talks, doing training, talking about what I do best – which is PUBLIC SPEAKING – I shy away from almost everyone at times. A lot of time. I savor my private corner where I recharge, reload and regroup. And boy, I sure get cranky when I don’t get my ‘Enida Time’ – alone.
  6.  

  7. Did you know that I immensely love reading anything that is ‘properly’ written. I’m not talking about printed matters here. They have to be perfectly written before they make it to the press. I am talking about simpler things done properly. And properly is: when capital letters are in the right places, sentences are decently punctuated, only single exclamation and question marks, and only one or three dots are used at a time…………………, not 12 or 25, okay??????????!!!!!! Yeah, not like that. These little things are a sign of either the non-existence of knowledge or the absence of wisdom. I am sure you know the difference between the two conditions, don’t you? And I can easily tell by looking at how you write in your: 
    • letters, cards, postcards, or even flyers, etc.
    • email, blog, Facebook (wall, status, notes)
    • text messages
  8.  

  9. Did you know that the only chocolate I like is dark bitter chocolate, the only chocolate drink I would drink is chocolate malt (only Milo), and the only milk I enjoy is rice milk? (Coconut milk is not a drink, hello!) I grew up on Dumex, but later developed mild lactose-intolerance. At 26 of age, I had my very first cheese and fainted due to the smell, not the lactose.
  10.  

  11. To keep me hangin' onnn...Did  you  know  that I  wish someone would come up with a smart hanger or drawer (or something!) for us women to store our bras. Yes, brassiere, bandeaux or what KaCher and I used to call penyangkut tetek (boobs hangers). (That was before we had grown and developed those hanging things! Once we knew how challenging it was to ‘maintain’ them bouncing kittens, we started calling bras with respectful names.) Bras are not easily folded, if you notice. In fact, they shouldn’t be folded at all. And if you do fold them to save storage space, one of the cups will definitely be folded invertedly. (But of course this applies only to those with foam, or sponge cups. If you’re still wearing ones without any support – no wire, no stiff cups… you must be either in grade 6, have nothing hanging, or just had an implant as an excuse to go bouncing carelessly bralessly.
  12.  

  13. Did you know that not many people can tell my voice from my KaCher’s, my Lil Sis, Reen’s and my mom’s. It sometimes even takes my Dad a few minutes into a phone conversation to realize it is a call from Prima Saujana, not Pokrovsky Boulevard or Intanaria II.
  14.  

  15. Did you know  that I was supposed to be a lawyer – it was an ambition ‘given’ by my parents. KaCher was supposed to be a doctor, Lil Sis a lecturer, Deal an engineer, Mel… hehe, an architecture! (Excuse my parents’ vocabulary and word form!) Since most occupations end with ‘er’, architect didn’t sound right to them. Well, there is no doctor in our little big family. The only doctor that ever came close was the one I had a huge crush on… err when was that? Heeeeee. Well, no lawyer either. No architect, nor architecture! But six out of eight of us went to uni. The other two super sleuths are on the case!
  16.  

  17. Did you know that I have been not once, not twice, but three times a lady struck by lightning? The first time I was just 19 and in Shah Alam. Got off a taxi, was walking in the rain and was holding an umbrella when I suddenly saw sparks coming out of my hand that was holding the umbrella! I did feel little jolts, but they were too mild to make me jump or anything. The second time was in Cherating – my siblings and I were walking on the beach on a very cloudy afternoon. All of a sudden Reen and Mel were yelling, “Oh my God, oh my God! Look at Ngah’s hair! Look at Ngah’s hair!” Sure enough my hair was upright and in the air just like that girl in the 80’s Twisties TV commercial! The third time was just a few years ago in Ampang. It was raining and I was about to open my car door when I just jumped aback feeling a big jolt on my hand as I touched the door handle. My hand went numb for a few good minutes. But I survived to blog about it.
  18.  

  19. Did you know that my big crush was on Eric Estrada? If you don’t know who he is, you are probably too young to be reading this. So go Google! Yeeeeeeesyyy!
  20.  

  21. Did you know that I am half Chinese and half Indian but was raised to wonder if the Chinese people eat nothing but jyū kuey teow, and Indian people eat nothing but masalavadey! Nobody talked about races back then as it was almost too sensitive. Us kids didn’t know our racial background. We ooh-ed over Achamma’s puttu and we aah-ed when we saw Poupou stirring her drinks with bamboo chopsticks! Huh?
  22.  

  23. Did you know that I had some cosmetic surgeries done on me so I would not have too much of a resemblance to Anne Raj? They left me with my own eyes though, uncut. Even they had been lasik-ed. Nnngggeeeeeeeeeee!

 

 

Read Full Post »

%d bloggers like this: