Sayang…
Yerrr…
Abang ada soalan ni.
Tanyalah.
Kalau Abang kawin satu lagi Ida setuju tak?
Oh setuju sangat. Sila sila sila.
Hah? Biar benar Ida ni!
Benar lah ni. Kalau Abang kawin satu lagi, Abang kan nanti tak ada masa nak pegi riding. So superbike tu bagi Ida. Ida ada banyak masa nak pegi riding sebab masa tu dah tak payah gosok baju Abang, tak payah masak lunch and dinner. Balik jauh malam pun okay sebab tak payah urut kaki dan belakang Abang. Malah Ida pulak boleh pegi tidur dekat spa resort mana-mana bila dah penat merempit. Nak tidur malam dah tak payah nyanyikan Abang lagu. Ida boleh lenjan je Red Box, Green Box, Blue Box dan mana-mana pusat hiburan. Ida ni kalau practise betul-betul boleh bawak ke Albert Hall jugak ni kan bang? Paling tidak pun jadi penyanyi istana negeri sebab Tuanku dari dulu lagi dah cakap anytime Ida berminat, maklumkan saja pihak istana. And oh, CRV tu Ida simpan tau sebab amplifiers, speakers and the DVD player tu semua hasil titikpeluh Ida belai Abang, sayang Abang dan tak pernah miss buat facial massage tiap-tiap malam tidurkan Abang. Bila Abang kawin satu lagi dan lupakan Ida, boleh Ida ambik kelas violin pulak. Ida nak belajar menggesek dengan siapa kawan Abang yang chef Hilton yang pandai main violin tu bang? Sambil Ida gesek violin dia masakkan Ida Nasi Goreng Daging. Dessert dia Sago Gula Melaka yang Ida suka tu. Oh bestnya bang!
Ehhh dah dah dah! Letak sini kaki Ida tu atas riba Abang. Abang urut! Ingat Abang tak sayang ke?
Haiiii? Abang kan tanya Ida soalan. Ida jawab lah.
Panjang sangat jawapan tu. Dah! Sila abaikan.
*nyanyi “…biarkan aku menjalin asmaraaaaa…” sambil tersenyum simpul*
Dah jangan nyanyi. Nanti sultan dengar!
.
Enida, i did say in not so many words the same to Azam, expecting him to answer like abang in your story. Tapi dia diam jer and it got me worried pulak. So in the end I said, dont fwen you! And he was laughing coz he knew where I was going and I got trapped in my own self created web tau! eeeeeeeeeeee.
Bagus..idea yang bagus untuk para isteri..di samping beri peluang untuk para suami fikir masak-masak…hehehe
hehe tau pun abang takut
Muahahaha I was looking for a ‘Like’ button to click for your comment, tak perasan this is not Facebook. Nampak sangat a Facebook Addict kan? 🙂 Tu lah ‘Abang’ tu. Baru dia tau siapa saingan dia, tak mudoh lah yak!
But you did say yes didn’t you?
(ops)
Yes, ‘Ida’ did say yes. In fact, Ida said, Sila three times! Hehehe.
I love this siri bercakap dengan abang. Keep it going. Just loveeeeee itttttttt!!!!
Thank you Cik Nan! So far nobody has asked anything about the characters in this series. Kalau lah… ehem!
padan muka abang!
Ha ha ha ha ha! 🙂
Siapa suruh tanya soalan macam tu kan? Padan muka dia, dia ingat dia sorang laku kot. Hehehe.
hahaha, you really got me laughing madly this time, Enida! :)))
apa tu, bahasa internet, ROTF LM ? (rolling on the floor, laughing madly)
Nita, really? Hehehehehehehehe. ROTF LMAO with you. Feels good that you find it entertaining! Yay!