.
Kehadapan Abang yang Ida sayangi,
Ida tau Abang takkan baca surat Ida ni sampai Abang dah selesai kerja. Walaupun Abang jumpa surat ni terselit celah pocket laptop Abang awal-awal pagi. Ida tau Abang tak suka confrontation, tak suka complication. Siap buat aksi macho lagi malam tadi tidur pakai sleeping bag depan TV. Pastu buat-buat pejam mata konon dah tidur bila Ida pasang ubat nyamuk letak kat tepi kaki Abang. Nyampah!
.
.
Abang tersayang… yerrr still lah sayang!
Kali ni, buat julung-julung dan jarang-jarang kali nya Ida mengaku Ida salah. Memang Ida ikut hati. Memang Ida over-reacting, over-acting dan Ida over melenting. Dan puncanya memang Ida berjauh hati dengan Abang. Tapi Ida tak nak jadikan itu alasan. Ida dah mengaku Ida yang bersalah. End of story.
.
Dengan ini, Ida mohon ampun dan maaf sewangi daun pandan yang Abang letak dalam Sago Gula Melaka yang Abang buat dengan seriousnya minggu lepas, sampai tak bagi Ida masuk dapur. Ida mohon ampun dan maaf dengan hati yang bersih, sebersih kereta Ida yang Abang basuh berjam-jam lamanya sambil pasang lagu Randy Travis ‘I Told You So’ tu kuat-kuat sebab nak perli Ida.
.
.
.
Ida tau Abang marah, disappointed. Tapi Ida harap Abang tak marah lama-lama. Ida tak biasa tidur dengan lima bantal. Nak kena enam jugak. Bila Abang marah, Ida tak ada ilham nak menulis. Sebab tu kena tulis surat ni dulu selitkan dalam bag laptop Abang sebelum Abang bangun pagi. Semalaman Ida menulis dalam gelap, punyalah tak nak Abang perasan Ida mengarang surat mohon maaf secara terbuka, jujur dan ikhlas ni sambil bercucuran airmata. Ida tak lalu makan bila Abang marah, pegi La Cucur pun minum air suam je sambil duduk bawah escalator mengarang pantun.
.
Abang yang Ida kasihi…
Dengan hati yang tulus lagi mulus, Ida akhiri surat penuh sesalan Ida ni dengan serangkap pantun khas untuk Abang tercinta.
.
Tegap kukuh pohon cempaka,
di anjung pintu teduhkan pagi;
Sedap sungguh Sago Melaka,
di hujung minggu buatkan lagi.
.
Salam peluk cium bantal untuk Abang. Sila jangan cemburukan bantal yang Ida tiduri malam tadi ya? Siapa yang beralih kasih kepada sleeping bag lagipun? Naaahh, nyaman rasa tek tido dibaham nyamok. Meski pun yang demikian bak kata Cik Nan, whatever cinta is… I cinta you.
.
Salam cium tangan Abang,
Ida Nerina
.
.
love your handwritten letter 🙂
Thank you Shareen. Hehehehe. Blushing tapi bangga. La la la la la! 🙂
hahah..cali. nang dah lamak ngintei blog tok. but i just love the way you write. you write beautiful words. creative gilak. cah alak miker ehh. :p
Lamak kah? Aiihhh bangga nar kamek tok di intei kawu. Yahoooo! 🙂 Thank you for loving the way I write. Please read on. Ehem!
Ini Ida Nerina betul ke tipu? hahahha
Ida Nerina jadi-jadian, babe.