Sebenarnya saya berniat hendak meletakkan senarai di bawah ini di dinding Facebook saya sebentar tadi. Tetapi kerana panjangnya melebihi sejengkal, saya kira lebih baiklah saya merapu di sini.
.
Enida Supian-Johnson agak berbulu jika hotel yang beliau duduki mempunyai:
- pekerja yang duduk berlonggok di tepi meja buffet sarapan seperti ikan di pasar Dato’ Keramat di waktu matahari telah tinggi
- tetamu yang mandi kolam memakai kemeja berkolar seraya terjun masuk ke kolam itu sampai londeh seluar mereka
- lantai yang ditaburi rambut penghuni terdahulu dan bukan kelopak bunga mawar walaupun telah layu tak berseri
- cadar yang ada kesan darah sepertiga titik walaupun darah tersebut kepunyaan Aedes
- kamar mandi yang ada beberapa helai bulu ari atau bulu jembut ternyata lebih panjang daripada bulu jembut beliau yang diselenggara pada setiap 1 dan 14 haribulan bila bulan terang
.
Oleh sebab-sebab keteberbuluan saya ini, sayugia dimaklumkan bahawa saya sedang mengarang satu kertas kerja khas bagi melatih pekerja-pekerja hotel berkenaan supaya hotel berkenaan mampu membuatkan hati saya jadi berkenan semula. Semoga diperkenankan niat suci lagi murni saya ini.
.
.
Ha ha ha…. this one is really funny!