Beb,
I dah lama nak tanya you ni sebenarnya. Tapi I malu. Dalam pandai kononnya bercakap sana bercakap sini, I ni sebenarnya reti malu. Tapi dalam malu I nak tanya jugak.
.
Tapi sebab malu, kita cakap berkias lah ye. Ni, I nak tanya you, kalau lah dalam hati you tu ada dua ribu lima ratus tujuh puluh satu relung sawah padi kan beb… you rasa-rasa you ada tak serelung untuk I?
.
Okay la, okay la, kalau tak boleh serelung, cincai la bagi I setengah relung ke, suku relung ke dah la. I tak tamak and I tak nak menaruh harapan seribu relung setinggi gunung. So, ada tak suku relung untuk I ni?
.
.
Hahhh? You tanya I suku relung nak buat apa? Aiii, relung padi untuk I bertanam padi lah beb. Takkan tanam tebu pulak. Kalau nak tanam tebu, nun di pinggir bibir nun. Tu pun you nak tanya dengan penuh syak wasangka ke?
.
Come on lah beb, you ada lebih daripada dua ribu setengah relung. And I mintak setengah relung. Bukan seribu setengah. Bukan setengah ribu. Opocots! Tadi I kata I nak berapa relung? Suku je kan? Haa suku relung tu I nak tolong tanamkan padi baik untuk you. Itu je.
.
Tak ada niat tersirat dalam hati I ni. Percayalah beb. I cuma nak diberi peluang untuk membuktikan pada you, suku relung padi baka baik I tu nanti akan mendatangkan manfaat kepada tidak lain dan tidak bukan, you jugak. You, you dan you!
.
I tau suku relung tu sangatlah cenonet. Kalau you guna Google Map ke, Latitude ke, Bing ke, tengok in the hybrid mode… suku relung yang I mintak tu ibaratnya satu noktah sahaja pada laptop screen you yang besar tu tau.
.
You still tak paham macam mana suku relung boleh memanfaatkan you? Laaa iye lah, I nak tanam padi. Kan ke jauh lebih baik daripada you yang ada dua ribu tujuh ratus lima puluh dan tiga suku relung semuanya, tapi bertanam lalang?
.
.
Saya suka baca post ini!