Wahai saudaraku yang kukasihi, jikalau datang kepadamu dua orang anak…
Satu nya datang hampir sekali ke sisimu seraya menepuk-nepuk perutnya kerana kekenyangan, sedang yang satu nya menjauhimu seraya menepuk-nepuk perutnya namun malu akan kelaparannya — anak yang mana kah akan kamu terpanggil untuk memberi nya makan? Apakah yang sedang kekenyangan hanya kerana dia itu datang kepadamu?
.
Anak yang mana kah pada perkiraanmu akan lebih menghargai makanan yang kamu sedekah kan?
.
Maka yang demikian jua lah peganganku terhadap ‘Duit Raya’ yang kita anggap sedekah. Aku lebih sanggup mencari anak-anak yang serba tak punya, dan bersembunyi kerana malu akan kemiskinannya… daripada memberi wang kepada anak-anak yang serba ada tetapi meminta-minta. Biar lah dicemik, biar lah diejek, bahawa aku di matamu, tidak pandai membahagiakan hati kanak-kanak di hari kebesaran. Pemberian yang telah aku hulurkan dalam diam, tinggal lah dalam diam. Sembunyikan lah tangan kiri ku ini.
.
Tuhan Maha Melihat.
.
.
.
Leave a Reply