Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Write On’ Category

Sampai Masa

Sampai masanya kau akan penat jadi semua orang untuk semua orang. Sampai masanya walaupun kau buat semua benda untuk semua orang; kau sanggup, kau mampu, kau ikhlas dan kau senang… kau tetap juga akan jera, jelak, jenuh dan jerih. Sebab kau bukan semua orang. Tak semua orang layak mendapatkan semua benda dari kau. Dan kau pun tak layak buat semua benda.

Ya, sebab kau bukan semua orang. Walaupun untuk satu orang.


Read Full Post »

Semakin kita banyak kerja dan semakin kesuntukan masa, semakin lah kita nak mengemas kononnya. Macam semalam, kita nak tengok apa dalam peti ais yang dah boleh dihapuskira. Itu saja nawaitunya.

Tetapi…
Tiba-tiba kita terpandang kacang panjang yang dah naik kecut kesejukan. Kalau tak bermasak, alamatnya minggu depan lah peminat kacang panjang di Mesra ni baru jumpa jalan balik. Orangnya nun di Batu Berendam.

Jadi kita pun berpencak silat lah di Cucina Mesra, asah pisau, capai papan pemotong, sambar Geragau dalam tempat sejuk beku, kupas bawang, buka balang emping cili, pukul telur sampai berbuih!

3 cawan kacang panjang potong 1-2 inci
3 sudu besar Geragau Tawau
3 biji bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 biji telur dipukul laju-laju
1 sudu kecil emping cili
1 sudu kecil Cukup Rasa
1 sudu besar minyak masak

  • Panaskan minyak, tumis bawang-bawang.
  • Campurkan Geragau, emping cili dan Cukup Rasa sampai keemasan.
  • Masukkan telur, kacau selama 30 saat.
  • Sudahi dengan kacang panjang yang telah dipendekkan. 2 minit cukup.

Boleh dimakan dengan nasi panas, nasi sejuk, nasi lesung, nasi periuk atau pulut. Yang penting, mesti makan. Kalau tak makan tapi mengada-ngada nak mengadu lapar, Enida malas nak layan.

Read Full Post »

November Second

Edrick speaks with an assertive voice that comes with a volume you rarely have to ask him to repeat himself. On the other hand, his Kaka is a soft spoken and a quiet speaker. Two totally different characters, these November babies. And often, the kakak being kakak, Kitreena has to control everybody’s volume (and everything else).

Last Sunday, having some ENT issues, Kitreena was ‘deaf’ in one ear. But she was speaking like a mouse — so worried if she was being too loud. Although Kafei Dian was not all that noisy, we could barely hear ourselves. The white noise was so prevalent, you see.

So when her Dedek was telling about something into her good ear with that assertive voice, Kitreena patted her brother’s hand frantically gently gesturing to him to turn his volume down a few notches.

There was no word exchanged. Edrick didn’t get it. Kitreena couldn’t say it. And in that frantic confusion, not knowing what she meant or what she wanted, he just went and kissed her hand!

The whole world seemed to freeze for a moment. And then Mandak and me both went “Auuuwwwww!” That was so sweet.

I don’t know what you call that kind of moment. If it wasn’t a Kodak Moment, it might have been an Aha Moment. Mo man tai, whatever moment it was, you name it. And I… I just don’t ever want to forget that Moment.

Read Full Post »

November First

I am going to make it about my Monchies this month… of November. To appreciate them, to cherish my time with them, to show my love for them, to just look back, to write 30 things and more about them and to take one day at a time with them.

For our days are numbered,
I would like this November,
to be the most remembered.

Read Full Post »

55:13

The plan was to head east at 0500H on Friday. Monchies and I were looking forward to take Atok to his follow-up appointment at HOSHAS, considering we had not seen him since he was warded there early July. An early morning drive on E8 has always been something to look forward to by me and Monchies alike. We even have our favorite spot, the Selesa Hillhomes where my Grammar Teacher, Mr. Santa Singh resided many years ago. I told Monchies stories about my grammar teacher so many times, they always remember what Mr. Santa used to say.

Saya paksa Monchies tidur awal Khamis malam itu. Saya pun konon-konon panjat katil awal juga. Tepat jam tiga pagi, saya yang baru saja terlena dikejutkan oleh ribut taufan. Gelodak, gejolak, ombak, gempa dan tsunami besar itu rupanya datang dari dalam perut saya! Walaupun pada awal malam saya sudah terasa-rasa seperti ada gegaran yang bakal melanda, saya tak salahkan Kek Lemon, Churros dan Karipap Kentang yang terjun ke perut saya petang sebelumnya.

That was all I had, though. Not much, not hungry, nothing new, and nothing too dangerous. So when I had to sit on the pot at 0300H because of the sudden projectile bobok, I didn’t think too much of it… until I had to throw up almost immediately after I was done on the pot! Of course I did the throwing up at the sink. The bowl had become too deadly by then. Two to three more urges and four more sittings on the pot between 0300H and 0430H, I knew I had to raincheck my eastward-bound drive and driving my father to his appointment.

Yang kelakar dengan perancangan membawa Abah saya ke temujanji beliau di hospital hari Jumaat itu ialah, saya konon nak bergilir dengan adik bongsu saya yang mengalami gejala yang sama minggu lepas. Sekeluarga beliau muntah-muntah dan cirit-birit, sehinggakan anak syurga beliau ditahan di HOSHAS. Niat konon suci murni saya nak berbakti kepada Abah, sudahnya tak kesampaian bila saya diserang wabak yang sama.

It was most likely Norovirus that got the best of us. A common stomach bug. So common that I knew so many of people around me had gone down with it. My Lil Sis and her family, my former staff Dewi and even her extended families, too had had it. My elder sister went down with something similar but ended up with something totally shocking (gallbladder stones), kinda thanks to Norovirus but no thanks. I would not wish it on anyone.

Maka, oleh itu… keluarlah segala isi perut saya di subuh gelap Jumaat tersebut. Sarapan berat saya di Community Center Taman Nirwana (tenggiri goreng, sambal tempe, kerabu taugeh dan kuah asam pedas) meluncur laju ke sinki. Kek Lemon, Churros dan Karipap Kentang dari Chubby Spatula pun berkejar-kejaran keluar di pagi yang hening. Kempis perut saya sudahnya. Dan bila saya timbang, hilang tiga kilo siang Jumaat yang amat berbahagia itu!

For the fear of more gempa bumi, I refrained myself from consuming anything. Mandak ordered some Gatorades and Fresh Coconut water to prevent me from going dehydrated. She brought me sugar-free lozenges too, in case I had sore throat. I have been locked up in my room for two days now (except Friday night when Monchies went out to the nearest mall to run some errands). I sneaked out because something smelled so good in the Cucina Mesra.

Saya terjumpa Kobis dan Lobak Merah Tumis Kicap di dapur masakan si Dedek, dan saya tak mampu menahan diri akibat kelaparan yang amat sangat. Maka saya goreng dua biji telur dan makan nasi dengan Kubis Tumis dan cili potong sementara Monchies belum balik dari Publika. Walaupun tersangatlah sedap, saya menyesal juga. Sebab tidak lama kemudian saya terpaksa bergelut semula dengan tsunami dalam perut kerana kerakusan saya sendiri. Padan muka saya.

This was breakfast and lunch for today, my favorite savory and sweet buns. And coffee, just the way I like it — brought to my bedroom door. I wanted to go downstairs but was advised not to, by the kids. This Norovirus is highly contagious and they have to stay healthy for the coming weeks as time is closing in to their final exams. My heart almost shrank a bit (kecil hati) but hey, I was the one who said I would not wish this on anyone, kan? I guess I miss the daily hugs.

Walaupun terlupa letak daun bawang, sup bikinan Edrick ini lenyap dalam beberapa kelip mata di kamar tidur saya malam tadi. Fish cake, lobak merah, kobis cina, bawang goreng, Sedap Rasa dan Aji sahaja. Perut kenyang, hati senang. Dan masih bertahan tak berkejaran ke jamban. Saya bersyukur seadanya!

The kitchen was closed with this sent up to my room at 2042H.

So
which
of the favors
of your Lord
would
you
deny?

Read Full Post »

Ku Cing Ta Padamu

If you hear the way I call or address my cat, you would think I have no love, care or whatsoever for him. He probably doesn’t hate me, but he is far from being fond of me because of my hobby of scaring him. I seldom, or almost never call him by his name fondly given by my kids… Chino, short for Al Pacino.

I call him Kucing.
Short for Kucing Yang Busuk.

Read Full Post »

Pintu Waktu

Antara benda-benda yang saya tak akan pernah buang ialah ini: setem. Walaupun saya sudah tidak lagi menulis surat, poskad dan nota-nota (entah cinta, entah rindu, entah sekadar bertanya khabar). Saya simpan walaupun bukan setem kenang-kenangan.

Bila saya terjumpa setem-setem ini yang saya tahu tidak pernah saya buang, yang hilang tapi bersimpan… yang saya selongkar dan jumpa, saya jadi mahu menulis lagi. Surat, poskad, nota-nota atau apa saja yang boleh saya kirim.

Penerima pertama yang datang ke fikiran, adalah orang yang pertama mengirim surat ke saya seumur hidup saya. 1979… dari Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Terima kasih Abah, kerana membuka semua pintu dan jendela dunia untuk saya keluar, selongkar, teroka, tulis dan baca. Biarlah tahun-tahun terakhir ini saya masuk semula di pintu-pintu yang masih terbuka. Untuk saya catat dan maknakan bahagia, lewat abjad dengan 26 hurufnya.

Read Full Post »

Borderline

Sila huraikan golongan-golongan berikut:

BODOH:
Sepatutnya golongan ni boleh diajar dan harap-harap mereka nak lah belajar. Takkan sampai tua nak maintain bodoh.

BAIK:
Baik tu nak kata apa lagi, memanglah jadi orang baik tu sebaik-baik pilihan. Tapi kalau sampai ada yang ambil kesempatan, tak baik juga jadi baik sangat ni. Dah jatuh bodoh dah lah jugak.

BUAT-BUAT BODOH:
Golongan ini pun boleh difahami. Mungkin kita konon nak merendah diri. Maka buat-buatlah bodoh dulu. Tapi orang malas pun biasanya buat-buat bodoh juga. Sebab tak nak kena suruh buat kerja lebih. Pandai pulak kan?

BUAT-BUAT BAIK:
Ah, ini golongan yang paling keji. Jauh beza daripada golongan orang baik, orang bodoh atau orang yang buat-buat bodoh. Narcissist yang paling narcissistic sekali di muka bumi dari golongan yang inilah.

Mesti kau kenal sorang dua, kan?

Read Full Post »

Singgah Sana

Ikatan kalian itu
tak diakad nilai mahar
tak dirai tepung tawar
tak direnjis air mawar

Hambar, terbiar, malah onar
sedang jalang pun berbayar
inikan engkau primadona besar

Kutiplah balik perca maruah
yang rabak yang pecah
yang reput yang rebah

Pulang sendiri ke rumah Allah
sebelum singgah di barzakh.

15 Julai 2024
StarParc Point

Read Full Post »

I Didn’t Know

Thank you for the entertainment.
I didn’t know you were a joke.

Read Full Post »

Older Posts »