Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Writing’

Asal

Unfortunately, things did not go well after the Andai pantuns, that November 1996. Hence, these were written when it was all a little too late…

.

.

Asal

.

Terbang cenderawasih
Hinggap di balik kolek
Abangkah yang masih
Mengharap adik balik.

.

Jenuh siakap lalu
Menyelak daun dedar
Memenuh dakap pilu
Mengelak dalam sedar.

.

Menggiling udang tangguk
Mengais buah ranum
Menggeleng sedang angguk
Menangis celah senyum.

.

Renggam bayan diikat
Badik sudah diubat
Menggenggam yang hakikat
Adik sudah ditambat.

.

(Asal kapas jadi benang
Sudah kejap lagi kuat
Asal lepas jangan kenang
Mudah cakap dari buat!)

.

.

Enida
March 11, 1997.
Bangi Indah.

Antara pantun dan puisi Enida dalam ‘Katakanlah

.

Read Full Post »

Andai

.

Andai

.

Rembangkah sang petang
Meniti tali gadik
Abangkah yang datang
Mengisi hati adik.

.

Menghuja dan menyengat
Sulur dalam selasih
Memujakan semangat
Menghulur salam kasih.

.

Memacak relung perdu
Memarak daun pinang
Mengocak takung rindu
Mengorak senyum senang.

.

Camar di Pulau Padi
Permata sulam Jawa
Melamar kalau sudi
Andai cinta dalam jiwa.

.

.

Enida
November 1996
MINT Bangi.

Antara pantun dan puisi Enida dalam ‘Katakanlah

.

Read Full Post »

Ali In Enidaland

.

I don’t know what it is that has got into me lately. But to tell you the truth, I don’t really care what it is. All I know is I am so in love… with writing. Hence you see all the pantuns and sajaks coming out of my ears. If men can eat bola, drink bola, sleep bola, shop bola, kick bola, and shag their bola silly during the Cup Season, I can breakfast while writing, sleep writing, drink writing, walk writing, and oh yeah that too, writing it all in my head!

.

Yesterday, I flew writing!

.

This was one of the pantuns I flew writing between Arlanda and Sheremetyevo.

.

.

I wrote this since I could not sleep during the 125-minute flight. It’s a draft, though. I might change it to:

.

Pohon kuini daunnya sejuk,
sedikit tidak dipupuk lagi;
Pantunku ini pantun merajuk,
sedikit tidak terpujuk lagi.

.

The second pantun is not mine. It is one that I never forget:

.

Apa digarap padi seberang,
entahkan jadi entahkan tidak;
Apa diharap kasihnya orang,
entahkan sudi entahkan tidak.

.

You see, I am always drawn to this kind of pantuns as compared to the Pak-Ali-Pergi-Ke-Kedai kind of pantuns. As a matter of stating my liking, I actually despise those Pak-Ali pantuns people come up with out of laziness to find better pembayang. No, no! Don’t get me wrong! I have no problem with any Pak Ali’s in my life. Never. I loved that Pak Ali from Kampung Muhibbah. He was my Achappa.

.

Hmmm… suddenly I feel that I just made myself sound terribly familiar – when I mentioned how much I disliked those Pak Ali pantuns – and I decided to check it out. Guess what? I have said the same thing before!

.

Regardless, if I have to say it again, I will say it again. I despise any Pak Ali who has nothing better to do but going to the shop. I could not care less what Pak Ali has to buy every time he goes shopping – rokok tiga lima ka, blachan ka, telur ayam kampong ka, ikan bilis ka, cabai kering ka, kapur sireh ka, labu ayer ka, garam kasar ka, gores api keselamatan ka, rempah kari Alagappa’s ka. Aiyoiyo kadavuley, please laa bacha! Enough Pak Ali already.

.

But I once had a crush on Ali the boxer and berangan pergi ke kedai with him berpegangan tangan seiring dan sejalan.

.

Read Full Post »

Dua tiga hari kebelakangan ini saya seperti ditimpa ilham. Mungkin cuaca di Moscow yang bersuhu positif darjah Celcius telah mencairkan kebekuan di dalam peti ilham saya. Hmmm kalaulah boleh saya petik dan peti kan saja ilham yang menimpa saya beberapa malam ini… nescaya pantun saya dapat dijual dalam peti yang berukuran 8 sukukata darab 1 baris, darab dengan 4 baris 1 stanza bersamaan Tenaga = Kuasa x Masa.

.

Apa salah padiku ini,
ditebang sayang ditugal layu;
Apa salah hatiku ini,
dikenang bimbang ditinggal sayu.

.

Bukan cuka sebarang cuka,
cuka berampai sehelai sireh;
Banyak luka perkara luka,
luka yang mana bagai ditoreh?

.

Bukan suka sebarang suka,
suka laksamana bergadai keris;
Banyak luka perkara luka,
luka yang mana bagai dihiris?

.

Selasih tidak mayang pun bukan,
buluh seperdu sulam dipeti;
Kasih tidak sayang pun bukan,
mengeluh rindu di dalam hati.

.

Buahlah pauh di biku pintu,
dibuat dadih berselang manggis;
Sudahlah jauh beribu batu,
diingat sedih dikenang menangis.

.

Ohhhhhhhhhhhhhhh! Saya tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Sekarang baru saya teringat apa sebabnya saya ditimpa hujan ilham ini. Dua minggu lepas saya tak sudah-sudah menonton filem P.Ramlee di YouTube! Oh iya! Dan yang paling mengusik jiwa sastera saya ialah pantun balas berbalas antara  Tun Nila Utama dan Puspawangi dalam filem Musang Berjanggut. Seminggu lepas pula saya asyik menonton filem Nujum Pak Belalang.

.

Nah sekarang baru saya boleh tidur lelap. Misteri kenapa saya sakan berpantun seloka dan bersajak kebelakangan ini terbongkarlah sudah. Tiada lagi kemusykilan di hati. Dan bolehlah saya mengarang skrip sendiri:

.

“Dinda mohon masuk beradu dulu ya Kanda Satria? Besok-besok kita bertemu lagi di Taman Larangan. Dinda janji, nanti Dinda mimpikan wajah Kanda Satria yang segak lagi manis macam Gula Melaka yang Dinda letak dalam buah… ahhh Kanda Satria ni! Buah apalah lagi kalau bukan Buah Melaka? Kanda janganlah tenung Dinda begitu. Nanti Dinda rindu. Ahhhh Kanda niii… nakaaaalll! Selamat malam Kanda.”

.

.T

Taman yang telah dipilih menjadi lokasi penggambaran filem pendek hasil nukilan Enida ini telah ditukar namanya dari Taman Bukit Pokrovsky kepada Taman Larangan. Harap maklum ye Kak Kiah?

.

Enida berlari-lari manja semakin jauh dari Kanda Satria idaman beliau itu, dan tiba-tiba berhenti berlari. Dengan gerak perlahan, Enida menoleh ke belakang – ke arah wajah segak Kanda Satria, bertentang mata, dan menjeling ke arah Kanda Satria dengan jelingan paling menggoda abad ini. Enida menggigit hujung selendang beliau, seraya tertunduk malu dan memejamkan mata. Tangan beliau mengurut dada menahan beban asmara.

.

Enida! Sudahhh!

.

Enida buat muka merajuk perasan manja lagi merayu, membantah tak mahu masuk beradu padahal keesokan harinya anakanda-anakanda beliau nak ke sekolah. Bekalan makan tengahari harus disediakan sebaik-baiknya malam ini. Tetapi ilham beliau turun mencurah-curah elok-elok saiz rebas terus menjadi saiz lebat ibarat hujan kucing Siam dan kucing Parsi kejar mengejar. Maka Enida mengambil keputusan untuk menjual pantun beliau yang terakhir buat malam ini. Malam ini saja tau Kanda?

.

Sumandak Bajau mengilas kundur,
kilaslah juga kuda padinya;
Mimpi dan igau menghias tidur,
bila terjaga mana serinya?

.

.

Read Full Post »

Musim Cinta

.

Yang mengisi ruang rindu
cumalah aku dan status Facebook ku,
berkias-kias antara diam dan kata-kata.

Mohon kasih moga kau tertoleh.
Memandang manis wajah rinduku.

Mohon kasih moga kau tertunggu.
Menggenggam erat paut tanganku.

Mohon kasih moga kau terhidu.
Mengucup harum syurga kasihku.

Demi masa,
tak tercapai rasa.
Demi ruang,
tak terucap sayang.
Demi kasih,
tak tertangis sedih.

Meninggalkanmu.

.

.

*Enida
Pokrovsky Boulevard
Beregovaya Ulitsa 3
Hari terakhir February 2010.

.

I Go

.

Pergi

.

.

Read Full Post »

Page 368: Chapter 8

… of the Face-to-Face Interpersonal Communication in the Workplace by Peter Chiamonte and Marco Adria:

.

Epistemic Writing

Writing enables us to find out what we know – and don’t know – about whatever subject we are exploring, including ourselves. With each stroke of the pen an idea takes shape and becomes clearer. Mark Strand, a Canadian poet, describes the act of writing poetry as one of self-discovery: “What I want to do in a poem is discover what it is that I have to say.”

.

Epistemology is the theory of the methods of knowledge. Therefore, epistemic writing is writing that aids in thinking, learning, and self-knowledge. This approach considers writing to be a form of thinking. We suggest that writing is an important means not only of expressing thought, but of discovering new ideas and reformulating them. In this sense, then, writing is thinking and thinking is writing.

.

Many people keep journals, for many reasons…. We each have our reasons for writing – self-guidance, personal growth and the realization of our creative and leadership potential. Journalling can “help you to understand your past, discover joy in the present, and create your own future”.

.

.

.

.

.


Postlude:

I wonder no more why I write. Future, I am creating you while discovering my present joy and understanding who I was. I am gone… writing.

.


.

In the picture:

Thinking of You card by Emila Yusof
Envelope with IVANA written by Enida
Enida’s favorite color pencils

.

Read Full Post »

« Newer Posts