Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Abang’ Category

Diam-Diam Rindu

Ida…

… *diam*

Idaaa…

Jawap laaa…

Tak baik tau Abang panggil Ida tak jawap cenggini.

Ida merajuk ya?

Sayang…

Sayang? Heyyy come onnn…

Okay. Cuba sayang bagitau Abang kenapa sayang merajuk.

Eh tak, tak. Jap jap! Sebelum bagitau kenapa, cuba sayang bagitau Abang, sayang ni merajuk ke… atau line ni yang dah putus tapi Abang je yang bercakap sorang. Or entahkan ada operator Celcom yang tengah kesian dengar Abang pujuk sayang tapi sayang bolayan. Eh, tapi kan sayang… sekarang ni phone companies pakai ke lagi operator macam zaman telefon kena dail dulu tu? Abang pernah bagitau sayang tak, dulu Abang selalu berangan nak kawin dengan operator telefon tau. Sebab yang Abang nampak operator telefon ni selalu pakai kebaya. Lawa ooo! Tapi bila asek dengar suara operator yang garang macam mak tiri, terus Abang tukar fikiran. Abang tak sanggup kena bentak hari-hari kalau isteri Abang marah ke, merajuk ke. Biar tentu dia diaaaammm je macam sayang. Kalau nangis, Abang pujuk.

*terus nangis*

Ohhh sayang ada! Abang ingat Abang bercakap dengan operator Celcom tadi. Alaaa… Abang baru nak meng-ayat, Ida dah ada. Hehehehe.

Abang niiii! Dah lah. Ida nak bertukar kepada DiGi! Benci tau! *tambah nangis*

I miss you too, sayang. Hehehehe.

.

.

Read Full Post »

Good morning sunshine!

Selamat pagi sang suria!

Eh eh, kenapa sayang begitu berbahasa dengan Abang pagi ni?

Iye lah, Ida kan tengah berlatih jadi penterjemah profesional.

Tapi kan sayang, bahasa Malaysia kita guna ke perkataan sang tu?

Gunaaaa. Kenapa?

Ntah lah. Bila sayang panggil Abang sang suria, Abang rasa macam sang kancil dan kura-kura pulak.

Ha ha ha ha ha! Tak lah. Abang tu sang harimau.

Ehem! Tepat sekali, sayang! Tapi Abang bukan setakat sang harimau tau.

Dah tu?

Sayang tak tau ke, Abang kan sang KUAT harimau?

Elehhh! Kuat lah sangat. Malam tadi tu Ida baru urut sampai kat pinggang, Abang dah pingsan.

Oh? Sayang ada urut Abang ke malam tadi? Apasal Abang tak rasa pun?

Hah? Excuse me pak belang, Ida urut dari kepala sampai ke ibu jari kaki tau!

You did? Kenapa Abang rasa macam tu semua cuma mimpi indah aja?

Abang niiii! Malas suda mok picit manggitu. Suda la kao, sana kao pigiii!

Alalalala jangan lah merajuk sang kancil. Opocot! Sang kancil pulak. I mean, sang sunshine.

Dah lah. Sila jangan mengada, ya. Ida nak buat laundry.

Hehehe okaylah okaylah. Pagi ni biar sang kuat harimau yang buat laundry. Sang sunshine buatkan Abang lamb chop hari ni boleh?

Mbekkkkk!

Saaaaaayang sang kambing!

Wekkk!

Eh, tukar bunyi pulak? Ke sang kambing muntah kegelian?

Abang nak lamb chop ke nak kena chop ni?

Ha ha ha ha ha ha!

.

.

.

.

.

Read Full Post »

Yang Kau Panggil

Abang…

Tak nak jawap.

Abang merajuk dengan Ida ye?

Tak nak jawap.

Janganlah cenggitu. Kan Ida dah ada ni. Bang…

Tak nak lah. Ida asek busy manjang.

Oh lah sayang sayang buah hati. Jangan lah merajuk bang. Come here Ida bagi head massage nak?

*terdiam tapi macam menahan senyum*

Hah, diam tu nak lah tu kan?

Massage belakang Abang dulu.

Oooookayyy, boleh… come.

Lepas tu head massage.

Caaannn. Ida siap bagi facial massage jap lagi, come.

Lepas facial, kaki pulak tau.

Oh kaki pun nak? Okaylah. Anytime, Abang punya pasal, don’t worry be happy. Boleh. Come here.

Lepas kaki, tangan pun kena massage.

Amboilah demandingnya! Takpe, Ida layan dengan serangkap pantun memujuk ni…
Nasik lah lemak buah bidara,
sayangkan pucuk Ida lurutkan;
Ida dah call mak, Ida tak kisah saudara,
Punyalah nak pujuk Ida urutkan.

Abang nak kena jawap ke pantun sayang ni?

Ehhh! Abang panggil Ida sayang lah!

Ohhh? Sayang perasan Abang tak panggil sayang sayang eh?

Mestilah! Abang ingat Ida ni OSIM ke? Mesin urut takde perasaan?

Abang ingat sayang tak perasan. Hehe.

Eh dah hehe lah! Dah abis merajuk ke ni?

Not until after the massage, no. *dan dan garang balik*

After pun after lah bang. Asalkan Abang abis merajuk and panggil Ida sayang macam biasa. Tapi betul lah Abang merajuk eh?

Tak nak jawap!

Hahahaha! I love you too. Abang merajuk cenggini sexy lah bang.

Dah, jangan mengader. Urut cepat!

.

.

Read Full Post »

Kerak Ok

.

Ida.

Mmmm.

Malam ni tak payah lah baca buku. Abang ada citer best ni.

Citer best? Seperti?

Citer dalam kelambu lah sayang.

*letak buku*

Ida ingat tak kawan sekolah Abang yang kawin empat tu.

Oh, yang sama nama dengan Abang tu?

Yesss. Ingat aja Ida ni ye.

Ye lah, yang kawin empat tak ramai. Yang scandal 14 banyak lah. Hah kenapa dia?

Hehe. Betul jugak sayang. Tak, baru ni terbongkar cerita rupanya bini muda dia tu pernah ada scandal dengan another friend of ours!

Hmmmm… ni dah macam citer Nora Elena dah ni bang. So apa yang kelambu nya?

This other friend sudah pigi distribute gambar hangat that girl dekat Yahoo Group!

Oh my God! Jahatnya!

Tapi yang kelakar nya nampak ketiak je yang lebih!

Hahhh? Ketiak? Kenapa ketiak?

Ye lah, asek posing angkat tangan tayang ketiak je.

Lawa ke ketiak dia bang? Hehehe.

Actually quite the opposite.

Oh my God! Yucks! What’s wrong with her ketiak?

The group punya kutuk, panggil this girl Ketiak Berkerak!

Berkerak? Iyyyyeeewww!

Ha’ah berkerak.

*terdiam lama, dahi berkerut*

Can’t imagine?

Macam mana ketiak boleh berkerak bang? Tak boleh bayangkan. Tapi kan, Abang sebut kerak, yang Ida bayangkan apa tau?

Apa sayang?

Kerak bingka ubi kayu.

Hahhh? Ada pulak! Ishhh geli lahhh!

Agaknya tu lah yang sedap tu kot bang. Sampai kawan Abang buat dia bini keempat. Bini lain tak cukup bagi kerak. Kan kalau kita makan bingka ubi tu mesti nak bahagian kerak kan? A must-have. Kerak ketiak that girl sedap kot.

Eeeee!

Eleh, eeeee eeeee konon! Saper punya favorite kerak bingka ubi, citer sikit!

Betul jugak kan. Hehehehehehehehehehe.

Hah, tu sengih ada maksud tu.

Errr, jap… sayang unjukkan phone kat night table tu kat Abang please.

Abang nak call saper ni?

Call Mak. Nak suruh Mak ke Abah gali ubi kayu sikit. Weekend ni kita balik rumah Mak, sayang buat bingka ubi eh?

Eeeee! Abaaannnggg! Nanti Ida terbayang! Iyyyeeewww!

Hahahaha. Kalau sayang tak buat bingka ubi, sayang kena lah kerakkan ketiak. Hahahaha.

*muntah*

.

.

.

.

.

.

.

Read Full Post »

Bas Ah!

Sayang.

Mmmm.

Dalam banyak-banyak bas kan…

Aaalaaa… ni malas nihhh!

Satu je sayang. Kalau Abang tak bagi Ida teka-teki nanti Abang mengantuk driving ni.

*pura-pura tidur*

Alah Ida ni, kalau dia yang drive bukan main lagi segala teka-teki Abang kena jawap.

Mana ada?

Cepat la sayang. Kalau Ida teka betul, I’ll give you a massage bila kita sampai.

Ah, Ida tak percaya. Abang selalu bagi teka-teki mengarut yang Ida tak boleh jawap.

Hehehe. Ida try je lah jawap. Kalau tak nak try, Ida kena massage Abang.

Abang nihhh! Adeke ugut cenggitu?

Hahaha. Cuba lah sayang. Please? Ida tak sayang Abang eh?

Apa pulak kena-mengena sayang tak sayang dengan teka-teki ni?

Ye lah. Sampai hati Ida tak layan Abang nak berteka-teki.

Hishhhh okaylah okaylah. Hah, bas apa ni?

Yayyy! Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang pandai sekali dalam dunia?

Dalam dunia?

Ye lah. Kira yang pandai sekali lah.

Smart bus?

Nope.

Bus Lightyear?

I know you’re trying to be smart, but nope. Itu Buzz, bukan bas.

Hmmm tapi Ida dah cuba ni, am I safe from massaging you?

Teka lah dulu.

Abang niiii… malasss lahhh.

Tak tau?

Tak.

Give up?

Give up.

Surrender?

Iyerrr! Bas apa ni bang?

Hehehe bas sekolah.

*nangis*

.

.

Read Full Post »

Tak Bertempat

Lauk-pauk semuanya cukup. Bukan setakat cukup, malah sedap-sedap, hebat-hebat belaka. Dari yang semudah-mudahnya nak dimasak, sampailah yang senarai bahan-bahan nak membuatnya sampai tiga mukasurat kertas A4. Sebut je, dah siap semua.

.

Nak ulam, ada. Yang mentah, yang celur, yang rebus, yang dikerabu. Ada belaka. Nak sambal, banyak. Yang masam, yang masin, yang manis, yang busuk. Lebih dari ada. Nak pencuci mulut, pilih antara sago gula melaka, pengat pisang, bubur pulut hitam dan lompat tikam. Buah-buahan dah siap kupas, siap potong.

.

Lepas tu, kalau dahaga, sebut je nak minum apa. Sirap bandung, laici cincau, teh o ais limau, kedondong calamansi, lemonade, cafe latte, earl gray, Milo Volcano, Horlicks Dinosaur. Yang tak ada pun boleh diadakan. Inikan pulak Nescafé Gold 3-in-1 dalam balang kat tepi tingkap tu.

.

Tapi bila Ida merajuk Abang tak pujuk, Ida makan nasik kosong dua suap. Bila Abang kata Ida merajuk tak bertempat, Ida minum air suam je. Sebab dahaga Ida dah hilang. Minum airmata.

.

Dahlah. Ida nak cari tempat sesuai nak merajuk. Kalau Abang cari Ida tak jumpa, Abang jangan tanya Mak. Mak tak tau. 😦

.

.

Read Full Post »

Holiday Out

Sayaaang.

Malas jawab.

Aikkk! Apasal pulak?

Ida tau Abang nak bagi teka-teki.

Waaahahahahahahahahaha!

Tu gelak besar tu mesti betul kan?

Waaahahahahahahahahaha!

Nyampahhh!

Satu je sayang, satu je! Pleeeaaassse?

Aritu kan Ida cakap kalau Abang bagi lagi teka-teki, Ida nak lari gi tidur kat hotel.

Eh, itu kalau Ida salah jawab. Kalau betul, Abang ikut Ida gi tidur kat hotel kan?

*memberikan jelingan maut ala Embok kepada Kamawas*

Alaaa come on la sayang. Satu je. Okay?

Abang turunkan beg Ida dulu.

Beg mana? Beg baju?

Ye lah.

Aiikkk! Dah standby nak gi hotel?

Dahhh. Cepatlahhh!

Yay! Okay… canni. Dalam banyak-banyak lagu Awie Wings kan… eeeee garangnya muka sayang malam ni. Macam muka Abang.

*menahan senyum dalam kemenyampahan* Cepatlah!

Okay kay kay. Dalam banyak-banyak lagu Awie, lagu mana yang paling susah sekali nak nyanyi?

*berkerut dahi memikir dengan serius* Susah sebab nada dia tinggi ke apa ni?

Tak kira lah sebab apa.

Tak tau lah. Malasss. Bak sini beg tu.

Sayang niii mudahnya give up. Ida nak gi hotel mana malam ni?

Nak gi Rumah Tumpangan yang dekat dengan Tesco tu je.

Hishhh! Bahaya lah sayang. Okay lah Abang bagi jawapan dia, tapi Ida kena pegi Holiday Inn okay?

*mengetap bibir menahan ketawa* Lagu apa ni?

Jawapannya ialah lagu “Bernafas Dalam Lumpur”.

Hahhh? Why susah pulak?

Ye lahhh dalam lumpur. Nak bernafas pun susah. Apa lagi nak nyanyi.

Waaahahahahahahahahaha! That’s the most ridiculous teka-teki everrr lah bang!

Hehehe tapi Ida ketawa jugak sudahnya kan? Tadi muka punyalah ganas macam nak benam Abang dalam lumpur je.

Well, saper suruh Abang mengader!

Berapa malam kita nak stay kat hotel ni sayang? *sambil unjukkan polo shirt dua helai*

Kita??? *ketawa sambil pekupkan muka Abang dengan polo shirt*

.

Read Full Post »

Sayang baca apa tu?

Buku citer lah.

Sayaaang…

Iyer.

Abang ada soalan ni.

Tanya lah.

Sayaaannnggg…

*letak buku* Okay kay kay. Shoot baby!

Not yettt. Tunggu lah warm up dulu. Sayang niii.

Ishhh! Tsk. Abang niii… ask away je lah. Ngader.

Abang ada soalan about grammar ni tau.

Okaaay.

Kalau Abang nak guna past tense, boleh ada have tak?

You mean simple past tense?

Eh, ada simple ada complicated ke sayang?

Hehehe. Takde lah. Just that kalau Abang nak describe things in the past, ada dua. Simple past dengan present perfect.

Tsk. Alaaaahhh, complicated lah sayang.

All right right right, ignore that. Apa soalan Abang tadi tu, boleh ada have tak?

Ha’ah. Boleh guna have tak?

Contoh ayat please?

For example kalau Abang kata, “I have done you.”

Errrkkk? You mean, “I have done it to you” ke?

No. Simply “I have done you.”

Errr… well, that is present perfect. Yes, boleh guna have kat situ. Tapi…

Dari segi grammar betul tak?

Mmm grammatically, well… betul tu betul. But the sentence, “I have done you” has its own connotation. Ada makna lain tau.

Tauuu. But we’re not talking about the meaning of the statement. Abang nak tau ayat tu betul tak grammar nya.

Betul tu betul sebenarnya.

Tapi?

Takde lah tapi. It’s just that, guna lah ayat contoh like, “I have done it” ke, “I have done it with you” ke “for you” ke.

Eleh! Suka hati Abang lah ayat Abang. Hehehe. And the truth is, the statement is not true. I haven’t done you in three weeks kan?

Wellllll, you were away for three weeks! Hehehe.

But tomorrow morning kan sayang, grammatically… can I say, “I have done you last night?”

Nope. Tak boleh. That’s not grammatical. Sebab kalau Abang sebut ‘last night’ tu, Abang kena guna, “I did you last night” instead. Tak boleh have done.

Oh okay. So esok pagi the statement “I did you last night” will be grammatical lah ye sayang?

Yup. *dengan wajah tak bersalah dan sangat confident*

But will it be factual? *dengan wajah serious dan formal*

Hah? *dengan wajah seperti PC yang dah lama tak upgrade*

Ha ha ha ha ha! Ni lah yang Abang rindu sayang nihhh tiga minggu.

Ha ha ha ha ha! Abanggg! You tricked meee! Menchiii tauuu!

I missed you too. Hehehehe.

.

.

Read Full Post »

Segunung Intan

Sayang…

Ya.

Abang ada teka-teki ni.

Alaaaa Abang ni! Ida malas laaa teka-teki ni. Nanti jadi bertaki.

Tak tak tak! Yang ni Ida mesti tau punya lah jawapan dia.

Dah tu? Kalau dah tau, takyah lah teka-teki lagi dah.

Alaaaa dengarlah ni sayang. Satu je.

Okay kay kay cepat cepat cepat!

Okay. Dalam banyak-banyak gunung, gunung apa yang tak lari kalau dikejar?

*menjeling curiga*

Eh sayang, ni teka-teki serius tau! Tak lucah langsung.

Hmmm… berapa gunung semuanya ni bang?

Satu je.

Tadi kata banyak-banyak gunung?

Ye laa. Macam soalan teka-teki biasa lah sayang. Mesti ada ungkapan “dalam banyak-banyak” kan?

So satu gunung ni je lah yang takkan lari eh?

Precisely!

Mmmm… Gunung Tahan?

Salah.

Abang kata Ida tau jawapan dia. Ni salah nih?

Tu lah. Abang pun ingat tadi sayang boleh jawap.

Jawap memang boleh. Betul ke tidak ni yang Ida malas ni tauuu!

Cuba lah lagi sayang.

*mencebik malas*

Nak Abang jawap kan tak? Hehe hehe.

Nyampah tau. Abang jawap je lah.

Hehe hehe hehe mana ada gunung boleh lari lah sayang. Sebab tu takde orang kejar.

*bangun lari ke dapur*

Aikkk gunung Abang dah lari? Nak Abang kejar tak ni sayang?

Menchiiiiiiiii tauuuu! *jerit dari dapur*

Hehehehehehehehehehe.

.

.

.

Read Full Post »

Questionable Nature

Yes, I have been asked a lot of questions about my ‘Abang‘ entries. Some questions show curiosity. Some show confusion. Quite a few are downright accusative! 🙂

.

But what can I say. Despite my gentle nature, my imagination is wild.

.

Here is a list of questions I have been asked of late:

.

  • Who is Abang?
  • Is ‘Ida’ Enida?
  • Are the stories from your experience?
  • When did this happen?
  • Are you having an affair?
  • The letter in By Hand, did you really write it to Abang?
  • Isn’t your Abang an omputeh?
  • How come the conversation is so Malay?
  • Have you remarried?
  • Whose stories are these?

.

Don’t you feel like asking some of these questions yourself? Ask, then. And with a big smile… I’d say, “Good questions!”

.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »