Bila awak tak ada, saya ada banyak masa nak memunggah dan menyusun barang. Maka semalam punggah lah punya punggah, saya terjumpa banyak surat cinta. Tapi sebab cinta saya ni bertepuk sebelah tangan bila awak tak ada, asek tangan saya je lah yang menulis surat. 🙂
Antara isi surat cinta saya…
.
Bila awak tak ada, saya tak ada kata-kata. Mata asek mengantuk ajer walaupun dah bergantang kopi saya minum, wak. Kopi cap Kapal Api lah, Kapal Laut lah, Kapal Cargo pun dah saya coba.
.
Semalam lagi dasyat. Sudahlah hari mendung semendung hati saya, hujan sepuput tak turun walau sepipit pun. Mata saya kuyu, badan saya layu, hati saya sayu.
.
Kalau tak kerana Tom Yam nyonya yang panas, pedas dan Teh Tarik seteko yang saya teguk dalam masa tak sampai 30 saat di Udang King Restaurant tu, rasanya saya macam anak pokok kunyit baru tanam dalam pasu kena simbah air rebusan kerang panas-panas! Ta mim ta.
.
Bila awak tak ada, saya tak ada hati.
Tak tau mana pergi.
Kehadapan Abang yang Ida sayangi,
Ida tau Abang takkan baca surat Ida ni sampai Abang dah selesai kerja. Walaupun Abang jumpa surat ni terselit celah pocket laptop Abang awal-awal pagi. Ida tau Abang tak suka confrontation, tak suka complication. Siap buat aksi macho lagi malam tadi tidur pakai sleeping bag depan TV. Pastu buat-buat pejam mata konon dah tidur bila Ida pasang ubat nyamuk letak kat tepi kaki Abang. Nyampah!
.
.
Abang tersayang… yerrr still lah sayang!
Kali ni, buat julung-julung dan jarang-jarang kali nya Ida mengaku Ida salah. Memang Ida ikut hati. Memang Ida over-reacting, over-acting dan Ida over melenting. Dan puncanya memang Ida berjauh hati dengan Abang. Tapi Ida tak nak jadikan itu alasan. Ida dah mengaku Ida yang bersalah. End of story.
.
Dengan ini, Ida mohon ampun dan maaf sewangi daun pandan yang Abang letak dalam Sago Gula Melaka yang Abang buat dengan seriousnya minggu lepas, sampai tak bagi Ida masuk dapur. Ida mohon ampun dan maaf dengan hati yang bersih, sebersih kereta Ida yang Abang basuh berjam-jam lamanya sambil pasang lagu Randy Travis ‘I Told You So’ tu kuat-kuat sebab nak perli Ida.
Ida tau Abang marah, disappointed. Tapi Ida harap Abang tak marah lama-lama. Ida tak biasa tidur dengan lima bantal. Nak kena enam jugak. Bila Abang marah, Ida tak ada ilham nak menulis. Sebab tu kena tulis surat ni dulu selitkan dalam bag laptop Abang sebelum Abang bangun pagi. Semalaman Ida menulis dalam gelap, punyalah tak nak Abang perasan Ida mengarang surat mohon maaf secara terbuka, jujur dan ikhlas ni sambil bercucuran airmata. Ida tak lalu makan bila Abang marah, pegi La Cucur pun minum air suam je sambil duduk bawah escalator mengarang pantun.
.
Abang yang Ida kasihi…
Dengan hati yang tulus lagi mulus, Ida akhiri surat penuh sesalan Ida ni dengan serangkap pantun khas untuk Abang tercinta.
.
Tegap kukuh pohon cempaka, di anjung pintu teduhkan pagi; Sedap sungguh Sago Melaka, di hujung minggu buatkan lagi.
.
Salam peluk cium bantal untuk Abang. Sila jangan cemburukan bantal yang Ida tiduri malam tadi ya? Siapa yang beralih kasih kepada sleeping bag lagipun? Naaahh, nyaman rasa tek tido dibaham nyamok. Meski pun yang demikian bak kata Cik Nan, whatever cinta is… I cinta you.
Benar lah ni. Kalau Abang kawin satu lagi, Abang kan nanti tak ada masa nak pegi riding. So superbike tu bagi Ida. Ida ada banyak masa nak pegi riding sebab masa tu dah tak payah gosok baju Abang, tak payah masak lunch and dinner. Balik jauh malam pun okay sebab tak payah urut kaki dan belakang Abang. Malah Ida pulak boleh pegi tidur dekat spa resort mana-mana bila dah penat merempit. Nak tidur malam dah tak payah nyanyikan Abang lagu. Ida boleh lenjan je Red Box, Green Box, Blue Box dan mana-mana pusat hiburan. Ida ni kalau practise betul-betul boleh bawak ke Albert Hall jugak ni kan bang? Paling tidak pun jadi penyanyi istana negeri sebab Tuanku dari dulu lagi dah cakap anytime Ida berminat, maklumkan saja pihak istana. And oh, CRV tu Ida simpan tau sebab amplifiers, speakers and the DVD player tu semua hasil titikpeluh Ida belai Abang, sayang Abang dan tak pernah miss buat facial massage tiap-tiap malam tidurkan Abang. Bila Abang kawin satu lagi dan lupakan Ida, boleh Ida ambik kelas violin pulak. Ida nak belajar menggesek dengan siapa kawan Abang yang chef Hilton yang pandai main violin tu bang? Sambil Ida gesek violin dia masakkan Ida Nasi Goreng Daging. Dessert dia Sago Gula Melaka yang Ida suka tu. Oh bestnya bang!
.
Ehhh dah dah dah! Letak sini kaki Ida tu atas riba Abang. Abang urut! Ingat Abang tak sayang ke?
Haiiii? Abang kan tanya Ida soalan. Ida jawab lah.
Panjang sangat jawapan tu. Dah! Sila abaikan.
*nyanyi “…biarkan aku menjalin asmaraaaaa…”sambil tersenyum simpul*