Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Humor’ Category

Kali Pok Cheenapok

.

Today oso a fren fainaut I not coming from Pahang. I born Keikei. That Kelilau Temeloh is where my amak born oni. Even she oso ha, her famili not from there. Eh you donch know meh? My amak so ching-chong Peking malee liao. She so Cheena ha, her amak lastaim got stir her Milo wif chopstik one, you know. The amak some more dasyat her ching-chong ha, breakfast oso eat laksa wif air gula. No kidding, you boh chio kao peng okay. You think why I can chiak laksa everyday? Chiak kuay-kuay, chiak chendol and chiak lang some more. Aiyah ang mo lang chiak kantang, lagi mao action liao. Got to run, chop chop kali pok.

.

.

Read Full Post »

Protected: Kelu-Less

This content is password-protected. To view it, please enter the password below.

Read Full Post »

Tak Bertempat

Lauk-pauk semuanya cukup. Bukan setakat cukup, malah sedap-sedap, hebat-hebat belaka. Dari yang semudah-mudahnya nak dimasak, sampailah yang senarai bahan-bahan nak membuatnya sampai tiga mukasurat kertas A4. Sebut je, dah siap semua.

.

Nak ulam, ada. Yang mentah, yang celur, yang rebus, yang dikerabu. Ada belaka. Nak sambal, banyak. Yang masam, yang masin, yang manis, yang busuk. Lebih dari ada. Nak pencuci mulut, pilih antara sago gula melaka, pengat pisang, bubur pulut hitam dan lompat tikam. Buah-buahan dah siap kupas, siap potong.

.

Lepas tu, kalau dahaga, sebut je nak minum apa. Sirap bandung, laici cincau, teh o ais limau, kedondong calamansi, lemonade, cafe latte, earl gray, Milo Volcano, Horlicks Dinosaur. Yang tak ada pun boleh diadakan. Inikan pulak Nescafé Gold 3-in-1 dalam balang kat tepi tingkap tu.

.

Tapi bila Ida merajuk Abang tak pujuk, Ida makan nasik kosong dua suap. Bila Abang kata Ida merajuk tak bertempat, Ida minum air suam je. Sebab dahaga Ida dah hilang. Minum airmata.

.

Dahlah. Ida nak cari tempat sesuai nak merajuk. Kalau Abang cari Ida tak jumpa, Abang jangan tanya Mak. Mak tak tau. 😦

.

.

Read Full Post »

Relung Hatimu

Beb,
I dah lama nak tanya you ni sebenarnya. Tapi I malu. Dalam pandai kononnya bercakap sana bercakap sini, I ni sebenarnya reti malu. Tapi dalam malu I nak tanya jugak.

.

Tapi sebab malu, kita cakap berkias lah ye. Ni, I nak tanya you, kalau lah dalam hati you tu ada dua ribu lima ratus tujuh puluh satu relung sawah padi kan beb… you rasa-rasa you ada tak serelung untuk I?

.

Okay la, okay la, kalau tak boleh serelung, cincai la bagi I setengah relung ke, suku relung ke dah la. I tak tamak and I tak nak menaruh harapan seribu relung setinggi gunung. So, ada tak suku relung untuk I ni?

.

.

Hahhh? You tanya I suku relung nak buat apa? Aiii, relung padi untuk I bertanam  padi lah beb. Takkan tanam tebu pulak. Kalau nak tanam tebu, nun di pinggir bibir nun. Tu pun you nak tanya dengan penuh syak wasangka ke?

.

Come on lah beb, you ada lebih daripada dua ribu setengah relung. And I mintak setengah relung. Bukan seribu setengah. Bukan setengah ribu. Opocots! Tadi I kata I nak berapa relung? Suku je kan? Haa suku relung tu I nak tolong tanamkan padi baik untuk you. Itu je.

.

Tak ada niat tersirat dalam hati I ni. Percayalah beb. I cuma nak diberi peluang untuk membuktikan pada you, suku relung padi baka baik I tu nanti akan mendatangkan manfaat kepada tidak lain dan tidak bukan, you jugak. You, you dan you!

.

I tau suku relung tu sangatlah cenonet. Kalau you guna Google Map ke, Latitude ke, Bing ke, tengok in the hybrid mode… suku relung yang I mintak tu ibaratnya satu noktah sahaja pada laptop screen you yang besar tu tau.

.

You still tak paham macam mana suku relung boleh memanfaatkan you? Laaa iye lah, I nak tanam padi. Kan ke jauh lebih baik daripada you yang ada dua ribu tujuh ratus lima puluh dan tiga suku relung semuanya, tapi bertanam lalang?

.

 

.

Read Full Post »

Holiday Out

Sayaaang.

Malas jawab.

Aikkk! Apasal pulak?

Ida tau Abang nak bagi teka-teki.

Waaahahahahahahahahaha!

Tu gelak besar tu mesti betul kan?

Waaahahahahahahahahaha!

Nyampahhh!

Satu je sayang, satu je! Pleeeaaassse?

Aritu kan Ida cakap kalau Abang bagi lagi teka-teki, Ida nak lari gi tidur kat hotel.

Eh, itu kalau Ida salah jawab. Kalau betul, Abang ikut Ida gi tidur kat hotel kan?

*memberikan jelingan maut ala Embok kepada Kamawas*

Alaaa come on la sayang. Satu je. Okay?

Abang turunkan beg Ida dulu.

Beg mana? Beg baju?

Ye lah.

Aiikkk! Dah standby nak gi hotel?

Dahhh. Cepatlahhh!

Yay! Okay… canni. Dalam banyak-banyak lagu Awie Wings kan… eeeee garangnya muka sayang malam ni. Macam muka Abang.

*menahan senyum dalam kemenyampahan* Cepatlah!

Okay kay kay. Dalam banyak-banyak lagu Awie, lagu mana yang paling susah sekali nak nyanyi?

*berkerut dahi memikir dengan serius* Susah sebab nada dia tinggi ke apa ni?

Tak kira lah sebab apa.

Tak tau lah. Malasss. Bak sini beg tu.

Sayang niii mudahnya give up. Ida nak gi hotel mana malam ni?

Nak gi Rumah Tumpangan yang dekat dengan Tesco tu je.

Hishhh! Bahaya lah sayang. Okay lah Abang bagi jawapan dia, tapi Ida kena pegi Holiday Inn okay?

*mengetap bibir menahan ketawa* Lagu apa ni?

Jawapannya ialah lagu “Bernafas Dalam Lumpur”.

Hahhh? Why susah pulak?

Ye lahhh dalam lumpur. Nak bernafas pun susah. Apa lagi nak nyanyi.

Waaahahahahahahahahaha! That’s the most ridiculous teka-teki everrr lah bang!

Hehehe tapi Ida ketawa jugak sudahnya kan? Tadi muka punyalah ganas macam nak benam Abang dalam lumpur je.

Well, saper suruh Abang mengader!

Berapa malam kita nak stay kat hotel ni sayang? *sambil unjukkan polo shirt dua helai*

Kita??? *ketawa sambil pekupkan muka Abang dengan polo shirt*

.

Read Full Post »

Sayang baca apa tu?

Buku citer lah.

Sayaaang…

Iyer.

Abang ada soalan ni.

Tanya lah.

Sayaaannnggg…

*letak buku* Okay kay kay. Shoot baby!

Not yettt. Tunggu lah warm up dulu. Sayang niii.

Ishhh! Tsk. Abang niii… ask away je lah. Ngader.

Abang ada soalan about grammar ni tau.

Okaaay.

Kalau Abang nak guna past tense, boleh ada have tak?

You mean simple past tense?

Eh, ada simple ada complicated ke sayang?

Hehehe. Takde lah. Just that kalau Abang nak describe things in the past, ada dua. Simple past dengan present perfect.

Tsk. Alaaaahhh, complicated lah sayang.

All right right right, ignore that. Apa soalan Abang tadi tu, boleh ada have tak?

Ha’ah. Boleh guna have tak?

Contoh ayat please?

For example kalau Abang kata, “I have done you.”

Errrkkk? You mean, “I have done it to you” ke?

No. Simply “I have done you.”

Errr… well, that is present perfect. Yes, boleh guna have kat situ. Tapi…

Dari segi grammar betul tak?

Mmm grammatically, well… betul tu betul. But the sentence, “I have done you” has its own connotation. Ada makna lain tau.

Tauuu. But we’re not talking about the meaning of the statement. Abang nak tau ayat tu betul tak grammar nya.

Betul tu betul sebenarnya.

Tapi?

Takde lah tapi. It’s just that, guna lah ayat contoh like, “I have done it” ke, “I have done it with you” ke “for you” ke.

Eleh! Suka hati Abang lah ayat Abang. Hehehe. And the truth is, the statement is not true. I haven’t done you in three weeks kan?

Wellllll, you were away for three weeks! Hehehe.

But tomorrow morning kan sayang, grammatically… can I say, “I have done you last night?”

Nope. Tak boleh. That’s not grammatical. Sebab kalau Abang sebut ‘last night’ tu, Abang kena guna, “I did you last night” instead. Tak boleh have done.

Oh okay. So esok pagi the statement “I did you last night” will be grammatical lah ye sayang?

Yup. *dengan wajah tak bersalah dan sangat confident*

But will it be factual? *dengan wajah serious dan formal*

Hah? *dengan wajah seperti PC yang dah lama tak upgrade*

Ha ha ha ha ha! Ni lah yang Abang rindu sayang nihhh tiga minggu.

Ha ha ha ha ha! Abanggg! You tricked meee! Menchiii tauuu!

I missed you too. Hehehehe.

.

.

Read Full Post »

Segunung Intan

Sayang…

Ya.

Abang ada teka-teki ni.

Alaaaa Abang ni! Ida malas laaa teka-teki ni. Nanti jadi bertaki.

Tak tak tak! Yang ni Ida mesti tau punya lah jawapan dia.

Dah tu? Kalau dah tau, takyah lah teka-teki lagi dah.

Alaaaa dengarlah ni sayang. Satu je.

Okay kay kay cepat cepat cepat!

Okay. Dalam banyak-banyak gunung, gunung apa yang tak lari kalau dikejar?

*menjeling curiga*

Eh sayang, ni teka-teki serius tau! Tak lucah langsung.

Hmmm… berapa gunung semuanya ni bang?

Satu je.

Tadi kata banyak-banyak gunung?

Ye laa. Macam soalan teka-teki biasa lah sayang. Mesti ada ungkapan “dalam banyak-banyak” kan?

So satu gunung ni je lah yang takkan lari eh?

Precisely!

Mmmm… Gunung Tahan?

Salah.

Abang kata Ida tau jawapan dia. Ni salah nih?

Tu lah. Abang pun ingat tadi sayang boleh jawap.

Jawap memang boleh. Betul ke tidak ni yang Ida malas ni tauuu!

Cuba lah lagi sayang.

*mencebik malas*

Nak Abang jawap kan tak? Hehe hehe.

Nyampah tau. Abang jawap je lah.

Hehe hehe hehe mana ada gunung boleh lari lah sayang. Sebab tu takde orang kejar.

*bangun lari ke dapur*

Aikkk gunung Abang dah lari? Nak Abang kejar tak ni sayang?

Menchiiiiiiiii tauuuu! *jerit dari dapur*

Hehehehehehehehehehe.

.

.

.

Read Full Post »

Lai Lai Belai

Ehhh sayaaaang! Sayang dah ada rambut putih lah!

Abang baru perasan?

Ha’ah baru perasan.

Tu lah, jarang-jarang lagi nak belai rambut Ida ni.

Ehhh banyak lah Da!

Memang pun. Tapi nasib baik putih kan bang?

Kenapa nasib baik pulak?

Ye lah. Kalau hijau ke, merah ke… nanti Abang confused pulak.

Confused?

Ye lah. Nanti Abang tak sure Abang tu belai rambut Ida ke rambutan.

Perli lah tu. Tarik rambut tu kang!

I love you too!

.

Read Full Post »

Sebalik Tabir

Daaaa!

Ye maaakkk!

Sini kejaaappp! Tolong mak peygang langsir ni jappp!

Cominggg!

Aaiii, yang ngko terhenchot-henchot ni pasal?

Ntah la mak. Bangun pagi ni peha orang sengaaal nor.

Ko banyak sangat main tak.

Mana ada main apa-apa. Racket pun orang tak bawak balik lah mak.

Yang mak dengor bergurau terjerit ketawa malam tadi tu bukan main.

Itu Abang lah. Urutkan kaki orang. Kuat nor! Nambah sakit jer. Bila orang sakit dia geletek. Tension orang!

Ohhh. Mak ingat kan ngko main-main. Hehehehehe.

Mak niiiihhhhh! Mana adaaaa! Orang… mana ada bising-bising.

Padan ler lepas tu terus senyap je mak dengor.

Mak niiihhhh! Jangan aaaa. Malu orang! Hehehehe.

Alah, mak pun pernah muda lah Da. Hehehehe. Mak kan takde anak pompuan. Ngan saper lagi mak nak gurau-gurau hal belakang langsir.

Hehehehe. Best lah mak ni!

.

Read Full Post »

Gerak Khas

Okay dah bang. Jom.

Eh Ida nak gi mana pakai baju kurung ni?

Laa… macam biasa lah. Kata nak makan kat luar.

Cantik sangat ni?

Dah tu. Malam Jumaat kan?

Malam Jumaat bukan pakai yang errr… ehem-ehem ke?

Dah bertahun-tahun asek ehem-ehem. Sekali-sekala nak buat Abang imagine.

Macam malam pertama kita je sayang.

Tu lah. Ida nak slow-motion malam ni.

Slow-motion?

*angkat-angkat kening ala Ziana Zain*

Hehehe sayang… sayang cantik macam ni Abang rasa macam tak lapar pulak. Ehem!

Hehehe… Abang haus tak? Ehem!

Mestilah!

Kita minum dulu eh?

Alaaaaaaaaa…

 

.

 

 

 

Inai Di Jari

.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »