I jarang mulakan blog entries I ni dengan perkataan ‘I’. Tapi hari ni ‘I’ nak membebel yang tak ada ertinya. Meh sini…
.
I sangatlah tak larat-larat tengok wanita-wanita meninggalkan komen pada gambar beberapa lelaki di Facebook, dengan komen yang kebanyakannya berbunyi begini:
.
“Hai hemcem…………”
“Hai encemmmm!”
“Oh hencem nya cik abg ni!!!!!”
“Oh abgku yg hencem…………………………………………….”
.
Pada I, memang kelakar. Tak pernah gagal (without fail lah tu), I mesti akan tersengih dan tergelak bila baca komen yang sedemikian. Dan yang kelakarnya ialah, I tengok yang mengomen tu ialah wanita-wanita yang sudah bersuami dan beranak-pinak belaka. Dan mereka jugaklah yang mengepos artikel ‘Dosa-Dosa Facebook’ di Facebook Wall mereka. Tu yang I heran tu, mereka ni baca ke tak artikel tersebut? Apekehal! Muahahahaha.
.
Memanglah I akui ada beberapa lelaki di Facebook I tu yang kacak, segak, tampan dan bergaya. Tapi takkan lah setiap gambar asek komen “Hai hemcem!” je. Move on and say something better already laaa deyy! I rasa lelaki-lelaki itu pun macam dah tau dah apa komen wanita-wanita ini. Tutup mata pun boleh baca.
.
Dan I pun dengan jujur lagi telus nya akui, I pun rasa makin ramai pulak lelaki hemcem yang datang ke Facebook I kebelakangan ini. Diminta lelaki-lelaki ini sila jangan perasan ya. Tapi harapkan rupa je lawa, kalau bercakap asek nak menyebabkan tekak I geli pun tak guna jugak. Macam ada seorang lelaki kacak yang telah I cantas buang dari diari Facebook I tahun lepas. Sikit-sikit nak cakap pasal apa ada dalam baju I, dalam kain I. Eh yellow! Move on, or move out kay!
.
Okaylah I nak pergi menggelakkan diri baca komen “Hai hemcem!” wanita-wanita gersang di Facebook. Muahahahahahahahahaahahahahhahahahahaha! Dengar tak I gelak ni?
.









