Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2012

Siapa Lah Lagi

Tiap-tiap hari saya menulis. Tapi tiap-tiap hari saya menekan ‘Save Draft’ dan tak sampai ke butang ‘Publish’. Macam tiap-tiap hari saya kenang orang-orang yang saya kenang. Tapi tiap-tiap hari saya mencari butang ‘Save Yourself’ untuk ditekan. Kalau bukan saya yang menjaga diri dan hati sendiri, siapa lah lagi?

.

.

I do write, every day. And every day I ‘Save Draft’, not able to reach the ‘Publish’ button. Just like every day I think about the people I think about. But every day I look for the ‘Save Yourself’ button to click on. If I don’t take care of my self and my heart, who will?

.

.

Read Full Post »

Whatever Weather

.

.

Read Full Post »

Hati Saya Hati Awak

Banyak lundu perkara lundu,
lundu yang mana dari Sarawak;
Banyak rindu perkara rindu,
rindu yang mana di hati awak?

.

*Enida
Mesra Terrace
24 February 2012

.

.

Read Full Post »

Malu Kucing

Perbezaan di antara kucing lapar dengan kucing lapar yang bijak ialah…

.

Kucing lapar akan menjilat bibir apabila terpandang sahaja akan makanan. Tetapi kucing lapar yang bijak hanya akan menjilat bibir sesudah makan.

.

Sekian melaporkan pemerhatian sifat manusia gelojoh dan tak tau malu mengalahkan kucing kurap di Facebook.

.

..

Ooh sang algojo, ooh nanti dulu…

.

.

.

Read Full Post »

Faraway Star

  • Did you know that her sentences lately start with either “Mom, do you remember in Moscow…” or “Mom remember when we were in Calgary…”?
  • Did you know that she has been singing her own song with the chorus, “I want you to be there, I just wanna be happy and I don’t wanna have to wait anymore…”?
  • Did you know that she sings herself to nap in the car on the way home from school, and sings herself to sleep with the same lines from her own song every night? Yes, the chorus.
  • Did you know that she talks about how tall Cody’s dad is and wonders if you are actually taller?
  • Did you know that she still thinks that no one can make pancakes better than yours?
  • Did you know that she likes the smell of my apple pie because somehow it reminds her of you and Grandma’s kitchen?
  • Did you know that she teases her brother, “Mommy’s boy!” and knows the boy wouldn’t tease her “Daddy’s girl!” because you are not around?
  • Did you know that she thinks of you whenever she sees an accordion and recalls you playing your favorite Cielito Lindo?
  • Did you know that she remembers almost all your checkered shirts and their colors?
  • Did you know that she still likes squash that Grandma makes and your freshly baked multi-grain loaves?
  • Did you know that she wonders where exactly your new place is and if you have a bed for her if she comes visit?
  • Did you know that she had been practicing the Twinkle Twinkle Little Star song on the violin and was excited to perform to you last Christmas?
  • Did you know that she sometimes thinks of you as a star and wonders where you are?

.

And every time she talks about you, her eyes twinkle.

.

.

.

Read Full Post »

Me-Lu What

Ai tau ai manusia biasa. And sebab ai tau ai ni manusia biasa lah hari ni ai rili-rili nak membebel. Ai tau sangat kalau ai membebel pada yu, yu tu tak faham sebab orang yang berfikiran negetif macam yu akan cari kekurangan ai jugak sudahnya. Malas ai!

.

Fersofall, yu tu kalau jumpa ai, mesti nak komen pasal badan ai. Tapi yang peliknya mata yu tu sentitip benau bila badan ai naik. Mesti nak menshen. Eh, yu nampak berisi lah sekarang. Eh, badan yu naik ke? Eh, yu punya pipi nampak chabi sikit daripada aritu. Eh, sihat nampak!

.

Tapi bila badan ai susut, pinggang ai ramping, muka ai lonjong… yu nampak lah pulak jerawat ai kat tepi hidung! Eh, muka yu teruk sekarang kan. Tak macam dulu. Eh, yu banyak makan belacan ke? Eh, apasal muka yu tak berseri ni? Eh, ni mesti tak jaga kulit lah ni, muka tak lawa dah ni.

.

And bila ai bergetah, wajah cerah dan ceria, nampak hepi macam tak ada gangguan… yu mesti rasa kaler baju ai tak sesuai dengan ekseseri yang ai pakai. Ataupun stail ai over sikit, sebab skirt ai putih, singkat pulak tu untuk wanita matang macam ai. Ai nampak muda sangat nanti. Muda daripada yu. Tak sesuai.

.

Lepas tu semua benda yang ai cakap, yu tak percaya. Tapi yu mintak nasihat ai gitu gini, itu ini. Tapi bila ai nak kongsi ilmu dengan yu, semuanya yu dengar dengan muka tak percaya. Oh ye ke apa yu cakap ni? Oh betul ke laik dat? Tu tak betul, ni tak kena. Yu lagi percaya benda-benda karut zaman jahiliah daripada statistik dan risec ai. Tu menunjukkan betapa kurangnya yu ni membaca. Banyak benda yang anak ai darjah satu pun tau, yu boleh tak tau. Hish, cetek!

.

Cara ai berfikir memang lain daripada cara yu. Ai kalau jumpa orang, ai akan perasan benda-benda yang baik aja. Lantak lah badan yu naik 39 kilo sekalipun, ai tak tegur. Wel, mebi sebab yu sendiri akan menshen awal-awal dah, badan yu naik. Wich, ai tak kesah pun. Badan yu. Yu tau apa yu sumbat kat mulut yu.

.

Tapi bila ai rasa tudung yu lawa, ai puji aja lah seikhlas jiwa ai. Kalau tudung tak lawa sebab toncet yu tinggi sangat, ai buat lah macam tak nampak. Lantak yu lah, kepala yu. Ai tak ambik berat pasal kepala yu semacam mana yu ambik berat pasal kepala lutut ai yang terjulur bila ai pakai skirt putih Nichii ai tu. Skirt yang yu kata tak branded. Tak macam tudung jenama X stail cekik belakang tengkuk yu tu. Ratus ringgit selai. Memang ai tak brended.

.

.

Tapi apa pun, ai bersyukur sangat yu tak duduk sebelah rumah ai.

.

.

Read Full Post »

Tanda Kasih

Abang…

Hmmm.

Darling…

Ya.

Abaaaaaannnggg…

*terpaksa letak katalog hardware atas riba*

Iyaaa… what is it sayang?

Ida tak puas hati Abang jawap cenggitu bila Ida panggil.

Hah? Jawap macam mana? Yang hmmm tu?

Semua.

Aiiihhh… abis tu Abang nak kena jawap macam mana lah?

Jawap lah ‘ya sayang‘. Baru lah Ida rasa Abang sayang.

Kalau tak ada sayang tu, ertinya Abang tak sayang lah ya?

Ha’ah. Sayang tu kena ada tandanya. Macam harimau.

Hah? Macam harimau?

Ya lah. Kalau badannya belang, tapi bunyiknya ‘meowww’, bukanlah harimau. Itu kucing. Mengaum tu menunjukkan tanda dia tu harimau.

*menung dan bingung*

Sayang aja mana cukup kalau tak sebut. Tu maksud Ida.

So, kalau Ida panggil Abang, Abang kena lah menyahut ‘Ya sayang’… cenggitu?

Yesss!

Kalau tak ada sayang tu, Abang tak sayang Ida lah tu eh?

Sayang kot, tapi tak cukup syarat.

Okaylah sayang, okaylah.

Yayyy!

So, malam ni sayang nak Abang mengaum tak?

Apa pulakkk! Abang niiiihhh!

Sayang memang jealous tiap kali Abang tengok katalog ni kan?

Hehehehe Abang perasan eh?

Perasan sangat!

Hehehe… meowwww!

*terus tutup katalog*

Read Full Post »