Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Humor’ Category

Pengisytiharan Penting

Dengan ini dimaklumkan jadual baru Pusat Didikan Enida Supian-Johnson yang dihadiri khas oleh Kitreena dan Edrick Johnson:

.

.

Sayugia diingatkan, bahawa kegagalan menepati jadual yang ditetapkan akan menyebabkan hukuman spanking mandatory menurut mood dan kestabilan penguatkuasa Pusat. Denda, hukuman dengan pengajaran yang setimpal adalah menurut budibicara Jawatankuasa Agung Pusat yang terdiri daripada Bibik Caskinih Kawi dan Duli Yang Maha Mulia pengasas dan penyimpan mohor Ma’am Besar Pusat Didikan Enida Supian-Johnson, iaitu Madam Enida Supian-Johnson sendiri. Tiada dua, tiada tiga hanyalah baginda Permaisuri sahaja. Ampun Tuanku!

.

Read Full Post »

Berbulu

Sebenarnya saya berniat hendak meletakkan senarai di bawah ini di dinding Facebook saya sebentar tadi. Tetapi kerana panjangnya melebihi sejengkal, saya kira lebih baiklah saya merapu di sini.

.

Enida Supian-Johnson agak berbulu jika hotel yang beliau duduki mempunyai:

  • pekerja yang duduk berlonggok di tepi meja buffet sarapan seperti ikan di pasar Dato’ Keramat di waktu matahari telah tinggi
  • tetamu yang mandi kolam memakai kemeja berkolar seraya terjun masuk ke kolam itu sampai londeh seluar mereka
  • lantai yang ditaburi rambut penghuni terdahulu dan bukan kelopak bunga mawar walaupun telah layu tak berseri
  • cadar yang ada kesan darah sepertiga titik walaupun darah tersebut kepunyaan Aedes
  • kamar mandi yang ada beberapa helai bulu ari atau bulu jembut ternyata lebih panjang daripada bulu jembut beliau yang diselenggara  pada setiap 1 dan 14 haribulan bila bulan terang

.

Oleh sebab-sebab keteberbuluan saya ini, sayugia dimaklumkan bahawa saya sedang mengarang satu kertas kerja khas bagi melatih pekerja-pekerja hotel berkenaan supaya hotel berkenaan mampu membuatkan hati saya jadi berkenan semula. Semoga diperkenankan niat suci lagi murni saya ini.

.

.

Read Full Post »

Satu Machiam

Kalao wa mao ikut hati aaa, memang sula lama talak tahan wo. Wa machiam-machiam sula chiupe. Sula kasi semayang, sula kasi lo’a, sula kasi saba wa munyia hati. Sula tahan lua taun. Liswan aaa, mukan festaim okey. Sula manyiak kali. Wa mao cheliter oso mikin hancho wa munyia hati. Etfes mao liam-liam kasi lupa, wa tamau pising. Sula upat hati, tutup puku. Tapi ni olang manyiak suka pikin sakit wa munyia hati. Lia munyia mulut manyiak musok wo. Hati lia manyiak losak. Haiiiyyyaaa!

.

Lastaim aaa, lia lagi mao tinggai wa sama choodren aaa, taim wa munyia amak lagi sakit palah sana spitai lulok aisiyu koma aaa, lia lagi pest pigi holilay lengan lia munyia amoy mini olang pigi Spen sana wo. Sula mao tinggai, sumua pun chiakap pakai emel oni wo. Tamau malik lumah chiakap lepan-lepan wa munyia muker. Tamau tengok choodren munyia muker. Kichiam munyia olang ni machiam. Haiiiyyyaaa!

.

Itu chiam aaa, wa manyiak seley wo aitelyu. Satu mulan wa kasi tempo lili sinili mao keliau ka, mau chiaput kining ka, mao chiaput lali ka, mao kaler lamput ka, mao potong ayam hitam ka, mao motong kitah ka. Satu mulan apis aaa, Tuan Ala sula kasi tunchiuk wa sain, suluh wa mangkit wo. Tamau seley-seley tu machiam. Vely unplolaktif, one cent oso kenot plofit maa. Wa pun mangkit aaa, mangun chali kuat, lapat kuat sikit hati. Palan kimok pun sula kulus itu chiam apis satu mulan. Haiiiyyyaaa!

.

Taim lia palik Spen sama tu mini olang, lagi hali laya maa. Lagi lulok sana hotel Chiulompo Klaun Plasa, tamau palik tengok choodren. Lagi lia munyia amoy sula pleknen tatao siapa kasi pleknen. Lia sinili munyia lou-gong ka, wa munyia lou-gong ka. Sampai sikalang pun tatao itu anak aaa siapa lia munyia apak wo. Itu amoy munyia lou-gong pun wa ingat tatao itu anak ala plopapility pukan lia munyia wo. Talak hati munyia mini talak kasitao. Haiiiyyyaaa!

.

Etfes aaa, wa pun tao laa lia sula no more sayang-sayang sama wa oledy. Okey la kasi lepas laa. Lia mao mini palu, go ahead maa. Sula chiemu ni machiam, kasi  eksklim make-over oso nating happen, wa gelenti munyia. So aaa, wa pun chiumpa itu mini olang lagi mao pakai lua laki aaa, kasi lia tao laa. Wa pun manusia piasa ala hati maa. Satu hali nanti aa, kalao olang lain latang kasi angkat lia munyia laki pun lia misti mao seley wo. Sinili mao ingat laa hor? Lulu wa lapat wa munyia lou-gong, lia lagi lula maa – tala mini – sula chiyerai. Ini olang awsai mao main manyiak laki meh? Chichik wo. Haiiiyyyaa!

.

Eniwei, sula pagi meh? Haiiiyyyaaa wa mao tilo lulu aaa. Ala meeting plochek pagoi munyia lalam chiam sepulo ini machiam. Wa misti mao sampung veli veli shotli. Lali satu machiam misti masok lua machiam.

.

Read Full Post »

La Ni La

La ni, kalau chek pi La Cucur la kan, muka chek takdak maneh dah la. Dulu, asai lalu saja beghasa nak singgah. Asai lalu saja beghasa nak singgah. Depa-depa hat kerja kat La Cucur tu memang bangsa gumbira, ria, tiada duka nestapa punya jeneih. Taim takmau-takmau makan pun buleh pi borong kue macam oghang nak kenughi punya lah chek suka dia punya khidmat pelanggan.

.

Depa memang rajin ucap selamat pagi, selamat petang, selamat datang, tegoq tanya apa habaq, sambil kelui mai mai mai beli kue, beli kue, mai mai minum ayaq te, mai mai mai ghamai-ghamai, mai mai.

.

Tapi la ni, toksah kan ucapan selamat pagi ka selamat datang ka… chek nak order ayaq Melo panaih pun kena jeghekah dulu baghu dapat. Kot ya pun depa nak confirm order, cakap la baik-baik. Toksah la naik sogha macam chek dengaq lagu Eminem kat konset punya hingaq. Sudah la muka takdak sapa muka ala-ala Mr. Os yang tak peghenah tak ghenyeh.

.

Tiba-tiba selepaih dah dekat duapuloh kali chek dok makan minum begebang dok bawah tangga kat La Cucur kat KLCC ni, teghasa cemuih dah la pulak. Aghi ni dua karipap, satu bengkang ubi kayu campoq satu te panaih saja dah lima ringgit dua kupang. Bukan la sedap tagha mana pun karipap depa.

.

Tapi yang buat chek tambah cemuih sebenaqnya yalah layanan depa. Chek ni dok mengajaq oghang lagumana nak layan pelanggan, lagumana nak berkomunikasi, berinteraksi dan bersaikoloji dengan pelanggan kunun terer. Tapi sebagai pelanggan, chek ghasa kechiwa sunggoh la.

.

Dalam hati dok berkata-kata, amboih hangpa no… mentang-mentang chek beli kue sekali makan lima ringgit dua kupang, layanan hangpa bagi takat dua kupang saja ka? Chek nak kena pi kedai Poh Kong ka, beli karipap emaih baru dapat layanan ala-ala solid gold?

.

Kalau depa ni senyum mesra, maneh mulut pagi-pagi tengok muka kita yang elok lagi berbedak takdak berminyak-minyak, ambik berkat juai makanan hat yang nak terjun masuk perut kita… alangkah baiknya. Pelanggan happy, jualan meningkat, depa senang hati, berkat pun berkat.

.

Susah sangat ka?

.

Tapi ni nak habaq pi kat hangpa, chek ni susah nak sebut La Cucur tu La Cucur. Peranchis sangat! Taim menulih lagu ni bulih la. Taim sebut misti nak gulung jadi La Cucoq jugak. Lidah mai daghi jauh ni memang lagu tu la.

.

Read Full Post »

Kerbau di Kerdau

Doa seorang peladang kepada Tuhannya:

“Oh Tuhanku yang maha Kasih. Jikalau kau jadikan aku seorang yang bodoh, jadikanlah aku bodoh seperti kerbau. Supaya aku, dan segala kebodohonku itu masih boleh dibawa membajak sawah. Dan janganlah engkau jadikan aku bodoh seperti manusia. Kerana manusia dan segala kebodohan mereka tidak mendatangkan apa-apa pun kesenangan, walaupun untuk seekor kerbau.”

.

Kerbau pun menguak dengan penuh kesinisan.

.

.

Riwayat ini ditulis di Kampung Sri Kerdau di mana Enida berada pada 5 November 2010. Semoga menjadi iktibar kepada kerbau-kerbau sekalian. Opocot! Did I say kerbau-kerbau?

.

Read Full Post »

By Hand

.

Kehadapan Abang yang Ida sayangi,
Ida tau Abang takkan baca surat Ida ni sampai Abang dah selesai kerja. Walaupun Abang jumpa surat ni terselit celah pocket laptop Abang awal-awal pagi. Ida tau Abang tak suka confrontation, tak suka complication. Siap buat aksi macho lagi malam tadi tidur pakai sleeping bag depan TV. Pastu buat-buat pejam mata konon dah tidur bila Ida pasang ubat nyamuk letak kat tepi kaki Abang. Nyampah!

.

.

Abang tersayang… yerrr still lah sayang!
Kali ni, buat julung-julung dan jarang-jarang kali nya Ida mengaku Ida salah. Memang Ida ikut hati. Memang Ida over-reacting, over-acting dan Ida over melenting. Dan puncanya memang Ida berjauh hati dengan Abang. Tapi Ida tak nak jadikan itu alasan. Ida dah mengaku Ida yang bersalah. End of story.

.

Dengan ini, Ida mohon ampun dan maaf sewangi daun pandan yang Abang letak dalam Sago Gula Melaka yang Abang buat dengan seriousnya minggu lepas, sampai tak bagi Ida masuk dapur. Ida mohon ampun dan maaf dengan hati yang bersih, sebersih kereta Ida yang Abang basuh berjam-jam lamanya sambil pasang lagu Randy Travis ‘I Told You So’ tu kuat-kuat sebab nak perli Ida.

.

.

Randy Travis – I Told You So

.

Ida tau Abang marah, disappointed. Tapi Ida harap Abang tak marah lama-lama. Ida tak biasa tidur dengan lima bantal. Nak kena enam jugak. Bila Abang marah, Ida tak ada ilham nak menulis. Sebab tu kena tulis surat ni dulu selitkan dalam bag laptop Abang sebelum Abang bangun pagi. Semalaman Ida menulis dalam gelap, punyalah tak nak Abang perasan Ida mengarang surat mohon maaf secara terbuka, jujur dan ikhlas ni sambil bercucuran airmata. Ida tak lalu makan bila Abang marah, pegi La Cucur pun minum air suam je sambil duduk bawah escalator mengarang pantun.

.

Abang yang Ida kasihi…
Dengan hati yang tulus lagi mulus, Ida akhiri surat penuh sesalan Ida ni dengan serangkap pantun khas untuk Abang tercinta.

.

Tegap kukuh pohon cempaka,
di anjung pintu teduhkan pagi;
Sedap sungguh Sago Melaka,
di hujung minggu buatkan lagi.

.

Salam peluk cium bantal untuk Abang. Sila jangan cemburukan bantal yang Ida tiduri malam tadi ya? Siapa yang beralih kasih kepada sleeping bag lagipun? Naaahh, nyaman rasa tek tido dibaham nyamok.  Meski pun yang demikian bak kata Cik Nan, whatever cinta is… I cinta you.

.

Salam cium tangan Abang,
Ida Nerina

.

.

Read Full Post »

Kalau Roboh Kota Melaka

Sayang, nah ni.

Eh, what’s this?

Bukak la tengok.

Mmmm? Untuk minum petang ke ni?

Suka hati lah bila nak makan. Dessert pun boleh. Sayang kena rasa dulu.

Kalau rasa sekarang tak lah dessert namanya. Jadi appetizer.

Cuba rasa dulu.

Okay okayyy. Tapi bang, sejak bila kita berdessert-dessert at lunch ni?

Sejak Ida suka sangat chef Hilton tu punya Sago Gula Melaka. Ida ingat Kak Eton kat cafe office Abang tu tak pandai buat ke?

Aiiiikkk, Kak Eton mana pernah ada Sago Gula Melaka dalam menu cafe dia.

Cuba rasa dulu boleh tak, jangan banyak soal.

Hmmmm…

*angkat kening bertanya sedap tidak*

Mmmm sedap ni!

Haaaa tau takpe. Mana lagi sedap dengan chef Hilton punya?

Hehehehe, Ida rasa kan… hehehehe. Seriously lah kan… hehehehe. Sedap lagi orang yang bawak balik dessert secara tiba-tiba tu.

Arrrrrrrrrrrrrrrr! *purak-purak menggigit*

Awww, marah lagi ke sayang?

Tak dah. Abang dah ambik resipi dari Kak Eton. Weekend ni Abang buat.

Meeeeooowwwwww!

Read Full Post »

Cukuplah Sekali

Sayang…

Yerrr…

Abang ada soalan ni.

Tanyalah.

Kalau Abang kawin satu lagi Ida setuju tak?

Oh setuju sangat. Sila sila sila.

Hah? Biar benar Ida ni!

Benar lah ni. Kalau Abang kawin satu lagi, Abang kan nanti tak ada masa nak pegi riding. So superbike tu bagi Ida. Ida ada banyak masa nak pegi riding sebab masa tu dah tak payah gosok baju Abang, tak payah masak lunch and dinner. Balik jauh malam pun okay sebab tak payah urut kaki dan belakang Abang. Malah Ida pulak boleh pegi tidur dekat spa resort mana-mana bila dah penat merempit. Nak tidur malam dah tak payah nyanyikan Abang lagu. Ida boleh lenjan je Red Box, Green Box, Blue Box dan mana-mana pusat hiburan. Ida ni kalau practise betul-betul boleh bawak ke Albert Hall jugak ni kan bang? Paling tidak pun jadi penyanyi istana negeri sebab Tuanku dari dulu lagi dah cakap anytime Ida berminat, maklumkan saja pihak istana. And oh, CRV tu Ida simpan tau sebab amplifiers, speakers and the DVD player tu semua hasil titikpeluh Ida belai Abang, sayang Abang dan tak pernah miss buat facial massage tiap-tiap malam tidurkan Abang. Bila Abang kawin satu lagi dan lupakan Ida, boleh Ida ambik kelas violin pulak. Ida nak belajar menggesek dengan siapa kawan Abang yang chef Hilton yang pandai main violin tu bang? Sambil Ida gesek violin dia masakkan Ida Nasi Goreng Daging. Dessert dia Sago Gula Melaka yang Ida suka tu. Oh bestnya bang!

.

Ehhh dah dah dah! Letak sini kaki Ida tu atas riba Abang. Abang urut! Ingat Abang tak sayang ke?

Haiiii? Abang kan tanya Ida soalan. Ida jawab lah.

Panjang sangat jawapan tu. Dah! Sila abaikan.

*nyanyi “…biarkan aku menjalin asmaraaaaa…” sambil tersenyum simpul*

Dah jangan nyanyi. Nanti sultan dengar!

.

Read Full Post »

Cili Potong Steam

Ida, Abang lapor lah.

Hah? Lagi? Tidur time lah bang.

Apa ada kat dapur?

Macam-macam ada.

Dalam peti ais apa food ada?

Mmmm…Abang nak makan apa?

Abang nak nasik. Nasik apa yang ada sayang?

Hmmmmmm… nasik apa je yang tak ada. Nasik putih, nasik lemak, nasik ayam, nasik kerabu, nasik biriyani, nasik goreng cina, nasik goreng mamak, nasik goreng pattaya, nasik goreng petai, nasik…

Ehh chop choppp! Sayang, ni peti ais mana ni yang?

Peti ais kat mamak Bestari.

Hehehehe… tadi Abang tengok ada nasi goreng daging je.

Dah tu, lagi mau tanya. Yenna solla porenge la anney?

Sayang… Abang panaskan nasik. Ida buatkan cili potong in fish sauce please?

*buat-buat tidur*

.

Read Full Post »

Jelir Lidah

Ida…

Mmmm.

Sayang dah tidur ke tu?

Dah.

Aikkk? Boleh pulak menjawab?

Mulut Ida magic lah.

Mulut ke telinga yang magic ni?

Mulut.

Ha’ah Abang setuju. Sebab sayang tak bukak mata pun mulut still boleh berkata-kata kan?

*jelir lidah*

Hah, confirmed magic!

Hehehehehehehehe. Abang niiiihhh! Menciiii tau!

.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »