Ada serigala…
yang lapar diperutku,
yang marah dibenakku.
Segala yang terbakar
menjadi abu.
Segala yang tersimpan
menjadi aku.
Aku tahu siapa menipu.
.
*Enida
Wangsa Walk
3 September 2013
.
.
Posted in Inside Enida, Poetry, Sense on September 3, 2013| Leave a Comment »
Ada serigala…
yang lapar diperutku,
yang marah dibenakku.
Segala yang terbakar
menjadi abu.
Segala yang tersimpan
menjadi aku.
Aku tahu siapa menipu.
.
*Enida
Wangsa Walk
3 September 2013
.
.
Posted in Bebel, Culture, Language, Malaysiana, Poetry, Sense on August 4, 2013| Leave a Comment »
Saya terbaca serangkap pantun Hari Raya hari ini di dinding Facebook seorang sahabat. Tidak lah saya tahu sama ada ia asli dan dikarang oleh teman kepada sahabat saya itu, atau sekadar disalin-dan-lekat sahaja. Sekali baca, saya tersenyum. Agak lucu pembayang pantun empat kerat, tujuh-lapan sukukata itu.
.
Lembu cuit buaya,
buaya baling tin;
Selamat hari raya,
maaf zahir batin.
.
Kali kedua membacanya terasa ia agak menjengkelkan. Sebagai seorang pendidik bahasa, walaupun Bahasa Inggeris, saya sanjung tinggi keindahan bahasa Melayu. Dan sejujurnya saya rasakan bahawa pantun ini pantun malas. Malas mencari pembayang yang indah-indah. Atau mungkin juga penulisnya cuba untuk menghiburkan pembaca dengan pembayang yang dirasakan lucu.
.
Lalu keluar lah sembang antara saya dengan sahabat saya, mempermainkan pantun ini.
Enida: Lembu tu berani ke cuit buaya, babe?
Kawan: Hehehe…
Enida: Buaya yang boleh baling tin tu buaya apa?
Kawan: Buaya darat.
Enida: Ishhh ye ke?
Kawan: Buaya jadian kot.
Enida: Eh, ni mesti buaya tembaga ni. Tin tu pun tin tembaga sepatutnya.
Kawan: Hahaha!
Enida: Lembu tu kalau dia cuit buaya, sure tak sempat jadi rendang raya ni, kan?
.

Sahabat saya terus diam selepas itu. Mungkin jengkel juga dengan saya yang mempermainkan pantun teman beliau. Namun saya akui, bagus juga lah pantun ini berbanding pantun ‘Pak Ali Pergi Ke Kedai‘.
.
.
Posted in Write On on July 6, 2013| 9 Comments »
Jumaat, 7.15pm:
Hello.
Hello.
Hello!
Yaa?
Saya nak tukar baju yang saiz M tu dengan baju lain.
Kejap, kejap. Saya tu siapa ya?
Saya yang pulangkan baju aritu.
Iya lah. Saya yang pulangkan baju hari tu tu siapa namanya?
Saya nak tanya ni, boleh tak tukar?
Boleh, Encik. No problem. Boleh Encik bagitau saya nama Encik?
Saya ada pulangkan 3 baju W baru ni.
Iya lah, kalau saya tau nama Encik, mudah sikit saya nak panggil.
Nama saya Encik Mat.
Okay Encik Mat, Encik nak tukar dengan baju yang mana?
Saya nak tukar baju W ni dengan baju X.
Okay. Boleh tukar, no problem.
So kalau boleh tukar, apa masalahnya?
Eh, tak ada masalah. Cuma, walaupun boleh tukar. Saya kena check stock dulu.
Tadi kata boleh tukar!
Iya, boleh tukar. Tapi saya kena check stock dulu. Encik nak saiz apa?
Saiz apa yang ada?
Bagitau saya saiz yang Encik nak, saya terus boleh check.
Iya lah, size apa yang ada?
(Oh Tuhanku!) Okay. Saya masuk store sekarang, check stock. Saya call Encik balik.
Okay.
Okay, terima kasih.
Jumaat, 7.30pm:
Helloo!
Ya, saya.
So ada saiz tak?
(Oh Tuhanku!) Encik, kan saya kata saya akan call balik. Tunggu lah sekejap. Saya belum sempat habis check lagi ni.
So baju X ada saiz apa?
Okay, baju X saya ada semua saiz KECUALI saiz M.
Saiz apa lagi?
Saiz apa lagi? Semua saiz ada, Encik. Kecuali M.
Iya lah, saiz apa yang ada?
(Oh Tuhanku!) Saiz yang ada ialah saiz S, L, XL, dan XXL. Encik nak saiz apa?
Saiz apa tadi?
Yang ada saiz S, L, XL…
Ha, tak payah lah sebut saiz yang besar-besar tu. Badan saya kecik je.
Encik tanya saya saiz apa yang ada. Saya sebut lah. Mana saya tau badan Encik besar mana. Mungkin Encik beli untuk orang lain.
Saiz M tak ada?
Tak ada. Habis stock suda.
Bila nak repeat order?
Baju X ni kami dah tak buat repeat order, Encik.
Sebab baju W yang 3 helai tu bukan saya punya. Saya tolong pulangkan sebab rosak. Owner dia dah tanya.
Okay, saya dah baiki. Nanti saya hantar balik lah pada Encik. So, nak tukar baju W saiz M dengan baju X saiz S ya.
Ya. Jadi berapa saya kena bayar ni? Sama ke harga dengan baju W.
Tak sama. Kurang lima ringgit.
Tiga puluh lima ringgit?
Ya, betul. Kalau tukar dengan baju W, saya hutang Encik lima ringgit.
Tapi baju yang saya pulangkan aritu awak pulang lah balik semua. Baju X ni saya tambah.
Oh? Bukan nak tukar?
Tak, tak. Pulang balik semua. Yang baju X ni kira lain.
So, baju W saiz M tu bukan ganti dengan baju X size S lah ya?
Ishhh awak ni tak faham lah!
Jangan lah cakap gitu. Saya bertanya ni sebab nak faham lah. Sekejap nak tukar, sekejap nak tambah.
Tak de lah, baju W tu awak pulangkan semua. Saya nak saiz S yang baju X ni.
Okay lah. Kalau gitu Encik tambah tiga puluh saja lah.
Tapi ada enam ringgit awak hutang saya duit Poslaju pulangkan baju.
Oh okay.Encik tolak lah enam ringgit daripada tiga puluh lima, jadi dua puluh sembilan.
Dua puluh sembilan? Tak ada diskaun ke?
(Kah kah kah kah kah kah!)
Takkan tak ada diskaun langsung?
Ada! Berapa ringgit Encik nak diskaun? Saya bagi.
Tolak sembilan ringgit, saya bayar dua puluh je. Boleh?
Boleh!
Saya bank in malam ni.
Ya.
Kalau baju W yang awak pulangkan tu rosak lagi, macam mana?
Saya pulangkan duit Encik.
Baju tu pun saya kena pulang balik ke kalau awak pulangkan duit?
Eh tak payah. Encik simpan aja lah.
Oh, tak payah pulangkan?
Tak payah susah-susah. Ya, tak payah pulangkan. Simpan ke, buang ke. Terpulang lah pada Encik.
Okay. Bila boleh dapat baju ni?
Jadual penghantaran kita yang akan datang Selasa.
So awak hantar Selasa?
Yaaaaaa, Selasa.
Selasa depan?
(Oh Tuhanku!) Ya, Selasa depan.
So saya boleh dapat balik 3 baju W tu dengan baju X Selasa depan ke?
Tak, saya hantar pada hari Selasa.
Berapa lama boleh sampai?
Sehari dua selepas diPoslaju.
Bukan sampai hari Selasa?
Bukan. Saya Poslaju hari Selasa.
Ingatkan sampai hari Selasa.
Tak, saya kataaaaaa… saya POSLAJU hari Selasa. Saya tak janji sampai Selasa juga.
So, hari Selasa ya?
Ya, saya hantar hari Selasa.
Okay lah. Terima kasih.
Terima kasih Encik.
.
Dalam hati saya ada sebaris ayat yang dipetik dari filem Ibu Mertuaku.
Ya, babak di pusara.
.
.
Posted in Write On on July 6, 2013| Leave a Comment »
Seafood Chowder that I had for lunch today reminded me of you. Of how comot you were when you had yours many moons ago. And of how excited you were telling me your highs of the day.
.
But what I remember the most was the sparkle in your eyes.
Those not-so-big eyes of yours.
.
.
..
Posted in Poetry on June 13, 2013| Leave a Comment »
Dalam hati saya mengeluh…
.
Tiap kali pucukku tumbuh kau bunuh.
Tiap kali pucukku tumbuh kau bunuh.
Hatiku jenuh mau bilang kepala butuh atau pegi mapuh.
Oh!
Tiba-tiba teringat sungguh
perjalanan dari Jenang ke Merapoh.
Dan hati saya rupanya patuh, sabar itu contoh.
Terus tak jadi menabuh.
.
.
.
.
*Enida
13 June 2013
Depan Muzium Negara
(Tempat jatuh.)
.
.
Posted in Write On on April 20, 2013| Leave a Comment »
Posted in Poetry on March 8, 2013| 2 Comments »
Satu
Kau dan aku satu.
Yang kanan engkau
Yang kiri aku.
Peha dicubit
Yang sakit hati.
Sekarang pahit
manisnya… nanti.
.
*Enida
Plaza Damas
22 February 2013
.
.
Posted in Write On on December 16, 2012| Leave a Comment »
Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi….
Tapi bagaimana lah kalau tak ada sumur di ladang?
.
Seumur hidup saya, saya seakan-akan selalu saja pasti ada banyak sumur entah di ladang mana. Dan saya tak pernah bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan kalau sungguh nanti tak ada sumurnya. Tak usahkan sumur, mata air pun belum tentu ada alirnya.
.
Kalau tak ada sumur di ladang saya,
tuan nanti menumpang mandi di mana?
.

.
.
Posted in Inside Enida, Sense, Write On on November 16, 2012| 2 Comments »
Ringkas jak status kawan sia di Facebook pagi tadi. Dia bilang suruh kitaurang ceria di pagi hari Jumaat neh. Yes, that’s all. Tapi sia rasa macam tu status ditujukan khusus untuk sia yang nda bagitu ceria sabab ada lima gantang laundry mok kasi abis sampai paringkat seterika. Mok pupus suda isi perut lemari bajuku.
.
Trus tiba-tiba sia teringat kawan sia yang suda lama sakit kencing manis. Trus sia bersyukur, nda brani marungut merengus maratap menangis hidup sia nda ceria. Badan sia sihat teda penyakit, poket sia ada lah sekian ringgit nda kosong, anak-anak sia bagus jak riang gembira. Palagi yang nda manis dalam hidup sia neh? Lagi nda mok ceria kah? Aihhhh!
.
.
Trus sia buat-buat senyum manis-manis sambil bikin kopi nda taruk gula. Ceria suda neh!
.
.
.
..
.
.
Tuuhan oku. (Bahasa Dusun)
= I’m thirsty / Saya haus.
.
.
Posted in Poetry on July 17, 2012| Leave a Comment »
Ku mahu
dalam setiap kekuranganku
Kau lebihkan sabarku.
Dalam setiap kesusahanku
Kau senangkan hatiku.
Dalam setiap kesempitanku
Kau lapangkan fikirku.
Dalam setiap keresahanku
Kau tenangkan jiwaku.
Dalam setiap amarahku
Kau pujuk rajukku.
Dalam setiap rinduku
Kau pimpin tanganku.
Dan ku mohon
dalam setiap kemahuanku
Kau kasihi aku.
.
*Enida
17 July 2012
Jalan Ampang
.
.