Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Humor’ Category

Masih Aku…

.

terbau.

.

Read Full Post »

Jari-Jariku

Jari telunjuk tangan kanan saya pecah-pecah akibat kekeringan. Semuanya akibat cuci pinggan malas pakai sarung tangan, krim pelembap malas nak dioles. Jari telunjuk tangan kiri pulak sakit-sakit di sendi hujungnya akibat athritis yang telah mula menular di tubuh saya. Nampaknya kegiatan mengerak rembesan terpaksa dikurangkan dengan kadar drastik lagi darurat.

🙂

Sekian laporan khas dari Bukit Aman Pokrovsky.
Sila rujuk istilah Mengerak Rembesan nun di sinun.

.

.

Read Full Post »

Work Men Out

Choose one that describes you the best.

Assuming you are a woman, when your husband/boyfriend/fiance suddenly starts exercising, you:

  1. feel motivated and join him
  2. think he is having an affair
  3. are glad that he is taking care of his health
  4. laugh at him
  5. are convinced that it is a one-off activity
  6. tease him cruelly until he stops
  7. are depressed
  8. cook something really sinful to make him put back the calories
  9. know he is just being sarcastic
  10. take pictures and blog about him exercising like the whole world cares
  11. start dieting
  12. ignore him
  13. divorce/dump him
  14. force him to write a will, naming you as a sole executor and irreversible beneficiary
  15. call his doctor to investigate what is going on
  16. call his doctor to see if you can start an affair with the doctor
  17. start eating more than usual
  18. get two gym memberships so you can tag along
  19. start singing, “This little piggy went to gym, this little piggy went exercising, this little piggy went so thin oready.”
  20. die of shock.

.

.

Man Exercise

.

.

My choice is number 10.

.

Read Full Post »

Biarlah Rahsia

Setelah hampir tiga minggu, suhu yang berlegar sekitar 20an darjah Celcius di bawah paras beku akhirnya meningkat ke paras tingkatan satu digit Celcius. Tapi masihlah di bawah paras beku. Memang terasa kurang sejuknya. Malah, hampir saya kepanasan apabila terjaga di tengah malam berbungkus baju tidur bulu kambing biri-biri, gebar dan selimut. (Harus disebut bulu siapakah yang membungkusi diri saya. Bulu mink menjadi pilihan utama masyarakat Rusia, bukan bulu unta atau bulu enta.)

 

Di waktu sejuk memang terasa seperti hendak masuk saja di celah katil dan tilam. Atau lebih hangat kalau boleh masuk saja ke dalam tilam yang barangkali boleh dihasilkan dengan lubang khas. Tetapi Tanjung Rambutan dan Tampoi tiada kemudahan untuk mengangkat dan mengangkut calon penghuni antarabangsa yang menetap di Moscow. Oleh itu saya lupakan saja hasrat saya untuk mengelakkan dari kebekuan tegar dan ilham-ilham rekabentuk tilam yang menggila.

 

Secara alami, lumrah iklim alam yang masih saya ingati dipetik dari buku Ilmu Alam Fizikal Tingkatan Lima, apabila suhu meningkat seiring kelembapan udara, hujan akan turun. Sesuai dengan musim dingin di Moscow, salji pun turun lebih banyak dan lebih kasar kepingan saljinya berbanding dalam suhu yang lebih rendah. Contohnya, dalam suhu -25°C salji jarang turun dengan lebat kerana udaranya kering. Salji akan turun lebat dan sebesar-besar cekodok pisang apabila suhu kembali ke sekitar -2°C.

 

Musim dingin, dari pengalaman peribadi saya, merupakan musim yang menyaksikan banyak adegan tekanan perasaan. Bukan sahaja di kalangan orang yang panas baran yang sudah tentulah baran mereka tidak dapat dipanaskan, malah di kalangan orang yang ‘cool’ juga cepat hilang kesejukan hati mereka. Menurut penemuan kajijiwa, kekurangan sinar mentari di Korea mempunyai kesan negatif terhadap jiwa manusia.

 

Termasuk lah di kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja (kerana mereka juga manusia, sebab itulah mereka disebut bayi, kanak-kanak dan remaja. Jika mereka bukan dari spesis homo sapiens, sudah tentu lah mereka akan disebut ‘anak ayam’ dan bukan ‘bayi ayam’, ‘anak lembu’ dan bukan ‘kanak-kanak lembu’, ‘anak badak’ dan bukan ‘remaja badak’.)

 

Pakar kajijiwa merumuskan bahawa orang-orang yang tidak mendapat sinar sang suria menjelang di pagi hari, ramai orang di seluruh negeri sedang minum Dutch Lady yang cukup akan cenderung terhadap kemurungan. Manakala mereka yang tetap menjalankan kegiatan di luar rumah meskipun matahari tidak begitu teruja hendak bersinar, dapat mengurangkan risiko tekanan perasaan dan kemurungan pada kadar yang luarbiasa. Luar rumah, luar biasa. Dalam rumah, biasa kena tinggal di luar sana bersama matahari.

 

Bercakap soal kegiatan dalam dan luar ini, saya mendapati bahawa ada satu kegiatan yang jarang diperkatakan oleh pakar kajisifat manusia. Ianya juga berkait rapat dengan kajian ENT (ear, nose and throat). Tetapi sebelum itu tuan-tuan dan puan-puan, tahukah anda bahawa dalam udara yang bersuhu rendah, gelombang bunyi bergerak dengan lebih lancar? Bunyi dapat didengar dengan lebih jelas di musim sejuk. Oleh itu, mereka yang hendak mengeluarkan bunyi-bunyian yang bersifat Biarlah Rahsia – walaupun di tempat yang lapang di luar rumah – wajarlah berhati-hati dengan kegiatan ‘pengeluaran’ mereka. Demikian kupasan topik E (Ear) secara ringkas.

 

Sebelum beralih ke topik N (Nose), saya ingin menghuraikan topik T (Throat) dahulu. Di musim dingin, kebanyakan orang tidak minum cukup air kerana suhu yang rendah membuatkan tekak tidak mudah merasa haus. Padahal dalam masa yang sama yang haus adalah tandas-tandas dan mendapat air buangan berlebihan kerana kita membesio (bak kata orang Perak) lebih di musim dingin. Lebih daripada kadar biasa. Tekak juga, percayalah cakap saya, tidak sedikit pun mengidam salji yang putih bersih yang boleh dikepal dan dimasukkan ke dalam mangkuk, disiram air gula berpencelup merah F&N, susu isian sejat sejati Ideal atau Carnation, ditabur kacang merah, krim jagung dalam tin, cendol dan kacang tumbuk. Sedikit pun tidak. Hebat sungguh tekak musim dingin ini tuan-tuan dan puan-puan.

 

Tekak juga, ya belum habis lagi topik tekak kita ni… jadi jangan ke mana-mana, sering saja berasa agak kesat di musim sejuk begini. Barangkali fenomena ini disebabkan oleh suhu rendah yang telah memendekkan jarak antara tekak dengan perut. Apabila perut berbunyi, tekak akan cuba sedaya upaya untuk mendiamkan diri dengan menyumbat sesuatu ke dalam rongga mulut. Memang terasa sunyi alam sekeliling dek kerana semua tekak sedang disumbat agaknya.

 

Baiklah, beralih kita ke topik terakhir… iaitu topik N (Nose). Saya masih membuat kajian bagi merungkaikan misteri kenapa kegiatan mengorek sangat berleluasa di musim dingin. Kadar lembapan udara yang rendah secara alami menyebabkan hidung menghasilkan rembesan cecair lebih daripada biasa untuk melindungi lapisan kulit rongga hidung daripada menjadi terlalu kering.

 

Rembesan tersebut didapati mudah kering akibat proses penyejatan. Rembesan yang kering kemudiannya membentuk lapisan kerak nasi pelbagai ketebalan dan warna. Antara warna kegemaran kerak tersebut ialah hijau buruk, kelabu taik hidung anjing, dan perang kemerahan. Pelbagai corak juga dapat ditemui pada kepingan kerak rembesan itu tadi, terbentuk secara semulajadi seperti batik lukisan tangan berkonsepkan abstrak.

 

Kegiatan mengorek ini malangnya jarang sekali – atau mungkin tidak pernah langsung – disentuh oleh pakar kajihayat atau anatomi. Malah pakar penggaris etika juga setakat ini tidak pernah mengeluarkan garispanduan tatacara mengorek hidung dengan jelas. Memandangkan kegiatan ini sangat semulajadi, serta sama pentingnya dengan kegiatan mengorek periuk di dapur bila larut malam tarakucha tarakucha cha, saya menyeru kepada golongan bijakpandai serta golongan berhemahtinggi supaya dapat menghasilkan buku teori dan metodologi kegiatan tersebut.

 

Seruan ini saya buat kerana walaupun kegiatan mengorek hidung terdiri daripada kegiatan ala-ala Biarlah Rahsia, masih ramai yang tidak dapat menyembunyikan kenikmatan mereka apabila menjalankan kegiatan itu. Saya sendiri secara peribadi telah melatih diri sejak muda remaja lagi dengan latihan ketat ala komando supaya menjalankan kegiatan gerak khas ini cuma di kamar mandi. Memang bersemangat bersiram dua kali sehari walaupun dalam cuaca 25°C di bawah paras air laut beku, saya mengaku!

 

Akan tetapi mereka yang mengorek tanpa segan silu dan tanpa batasan amat menggelikan hidung saya. Tambah geli apabila ada yang tidak dapat mengawal diri daripada menggentel, menguli dan menjentik gulungan kerak rembesan mereka di khalayak ramai ala-ala acara lontar peluru Sukan SEA. Oh tidak!

 

Malah saya pernah melihat dengan mata kepala serta batang hidung saya sendiri seorang yang bukan bayi, bukan kanak-kanak, bukan remaja, tetapi seorang dewasa yang kelihatan cukup umur dan cukup waras sedang menyental kerak rembesan beliau yang basah-basah lembap, suam-suam kuku dan belum cukup kental ke tempat duduk KTM Komuter antara Rawang dan Seremban! Penyental rembesan tersebut telah dilihat turun di stesen komuter Batang Benar dengan tidak sedikitpun rasa bersalah! Saya berpendapat bahawa kerajaan Malaysia wajar mengisytiharkan darurat atau red-alert terhadap isu pengorekan ini dengan kadar ekspress demi rakyat.

 

Maka sekali lagi saya mengumumkan, permohonan adalah dipelawa daripada pakar-pakar etika untuk bergabung tenaga bersama pakar kajihayat dan anatomi untuk merumuskan kaedah terbaik lagi terhormat bagi kegiatan mengorek hidung. (Rumusan dan kaedah hendaklah bersesuaian dengan pelbagai iklim, musim, time-zone, sudut altitude, sudut latitude, sudut attitude, budaya dan ideologi pembaca.) Mungkin kegiatan ini juga harus ditukar namanya daripada kegiatan Mengorek Hidung kepada Mengerak Rembesan.

 

Dengan seruan tersebut, izinkan saya mengundur diri. Masa untuk mandi dan mengalunkan lagu…

 

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku membayangkan…

 

 

Read Full Post »

Tujuh Gunung Sembilan Lautan

Cik Nan,
Saya dapat sms awak terus tak boleh tidur. Terus rasa nak bergebang, maka… awak satu laman je sms, saya enam! Alih-alih, daripada saya mengkayakan syarikat talipon Megafon yang dah sedia kaya, baik saya menulis blog untuk awak. Ni lah dia penangan sindrom rumahsakit [read: homesick] yang dialami Cik Nid! Tapi saya memang homesick tahap baboon – tahap yang a few thousand darjats lagi hebat daripada tahap gaban yang digunapakai dan disukaguna di Facebook kebelakangan ni.

 

Yang paling tak tahan bila homesick ni tekak le seperti biasa. Mula-mula sekali macam dalam text saya tu, dan dah beberapa hari lately ni tekak saya rasa nak makan Mee Goreng Mamak jeh. Dah bosan tahap baboon alpha male makan kentang. Walaupun kentang tu saya buat sambal goreng ke, kari hijau ke, masak merah dengan ayam kampung Surgut ke. Well, not that I eat potatoes everyday pun.

 

Pokoknya apa saja yang saya masak saya dah bosan. Kentang ke, nasik ke, termasuklah angry noodles that won’t wound my stomach. Semua tak sedap, semua tak selera sebab semua masakan saya sendiri. Saya nak mamak jugak yang masakkan untuk saya. Mamak comot pun comot lah. Tangan berbulu lebat pun wa tak heran na. Asalkan bukan tangan saya dua kerat ni yang memplong-plang kuali.

 

Lepas tu bila dah abis berangan Mee Goreng Mamak hensem mata kelabu kat Jalan Ampang, saya homesick terkenang sesi kopitiam kita kat The Curve tahun lepas pulak. Sesi kopitiam adegan yang biasa kita lihat antara Cik Nan-Cik Nid, makan 2 keping roti kaya tapi duduk bergebang sampai ahpek ahso nak tutup kedai pun kena dial 911 mintak bomba datang kerat bangku tempat kita duduk suruh kita bawak balik je lah bangku tersebut.

 

Yang peliknya saya miss se’sangat kopitiam punya telur rebus separuh masak, tapi tiap kali saya turun sarap, yang keluor cold cereal dengan susu beras trademark saya tu. Tak tercapai pulak dek tangan saya ni akan pintu esboks mengambik telur barang 2 butir masuk koley air panas selama 12 minit. Padahal telur bersepah kat Kedai Kak Pokrovskiah kat tepi gate Bukit Pokrovsky tu haa. Punya banyak telur sampai bertelur Kak Kiah nak mengabiskan stok telur ayam Surgut beliau itu kengkadang.

 

Oh ha, cakap pasal Kedai Kak Kiah yang lokasi nya terletak betul-betul sebelah sekolah montessori yang Edrick akan masuk balik kelak, Rabu ni saya antor dia masuk balik sekolah. Dapatlah saya berkhalwat dengan diri saya sendiri selama 4 jam setiap Senin, Rabu dan Jemaat mulai minggu ini. Dah sekian lama saya tak berkesempatan nak duduk-duduk, baring-baring, belai-belai diri saya sambil potong-potong kuku, cabut-cabut bulu dan picit-picit jerawat dengan santainya serta tak perlu memakai jam randik.

 

Kalau saya guna perkataan berkhalwat dalam status Facebook saya, apa gamaknya orang fikir ye Cik Nan. Sebelum saya ditangkap basah dengan diri saya sendiri, baik saya jangan guna perkataan berkhalwat. Baik saya guna istilah bersunyi-sunyian jeh. Ni lah saya konon orang Malaysia nak cakap Arab. Elok-elok tajuk lagu ‘Akukah Yang Terlewat’ karang terus jadi ‘Akukah Yang Terliwat’  kalau tak reti eja. Tersinggung Royston Sta Maria yang kuminati itu jadinya nanti.

 

Naah, cakap pasal Royston Sta Maria dengan lagu beliau ‘Akukah Yang Terlewat’… saya baru-baru ni memang terkenang se’sangat lagu tersebut:

 

 

 

Masa tu tengah berdriving dengan Be and Monchies keliling-kelalang Moscow cari tempat nak makan Kuey Teow Goreng ke, Laksa Singapore ke. Siap sempat saya Google lirik lagu ni kat Megaphone saya okay, jiwang karat tak karat homesick nya! Pakkal tak nampak sebijik pantai pun kat tetengah bandor bersalji masa tu, kalau tidak… mau saya terisak-isak menangis sambil membiarkan airmata menitik sedih jatuh berderai.

 

Bila dah teringat lagu ‘Akukah Yang Lewat’ nih, mulalah saya teringat Majalah Dewi Remaja zaman 80’an dulu. Dalam majalah tu saya ingat ada satu cerpen bertajuk “Cintanya Terdampar Di Pulau”. Pehhhhh! Penulisnya Aliah Ahmad kalau tak salah saya. Kalau salah, saya tak tau lah apa yang betulnya kecuali kalau ada yang tolong betulkan. Kalau tak ada yang ingat, tak payah lah betulkan. Kalau ada yang ingat tapi tak nak tolong betulkan, tak payah. See if I care.

 

But anyway, ceritanya digandingkanlah konon dengan lagu Roy ni. Saya pulak memang sedia sentimental, romantik dan jiwang tahap dewi remaja masa tu. Tiap kali baca cerpen tu pasang lagu, baca je pasang lagu, baca je pasang lagu, baca je pasang lagu. Well, you get the drift lah kan. Menangis macam anak ayam Surgut hilang mak sebab mak dah kena potong dan kena steam oleh Kak Kiah. Tapi memang terbukti… anak kalau hilang mak, dia akan menangis tangisan yang paling sedih pernah anda lihat. Macam yang berlaku pada 7hb Oktober 2009 bila saya hilang mak. Anak ayam Surgut pun tak boleh lawan sedih saya.

 

Bila cakap pasal mak saya, saya mesti akan ingat lagu-lagu yang mak saya suka. Sebab tu lately ni kalau awak tengok Facebook saya asek berlagu jeh. Mak saya kalau bab lagu, pehhhh… boleh bukak bank punyalah kaya ingatan beliau ni. Pernah sekali kawan saya yang nak membuat pertunjukan pentas menyanyi lagu Pop Yehyeh tapi tak ingat lirik. Saya angkat jeh talipon tanya mak saya yang masa tu tengah menggulai ikan haruan di dapur, beliau terus petik baik punya! Lagu tersebut ialah yang bermula begini: “Hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang…” Nah cobaklah kaok nyambong nya kalok brani.

 

Bila dah banyak sangat saya menonton YouTube lagu-lagu lama kebelakangan ini, baru saya perasan anak dara saya sekarang bercakap mengikut gaya orang Singapura zaman lama kalok berchakap. Malah sekarang kalok dia maok berchakap sama saya, dia maok panggil saya ‘Emak’. Mujurlah belum lagi dia berchadang menukar namanya kepada ‘Puspawangi’ macham felem Musang Berjanggut sambil berjalan di hadapan bapaknya, “Pak pak, dara tumpang lalu ya pak?” Sebab bapaknya pun tak tau namanya ‘bapak’.

 

 

 

 

Sudahlah dulu ya Cik Nan, kejap lagi Cik Nid nak ke ladang tanam kachang, jangan bimbang, hati senang. Walaupun saya bergebang, berstatus dan berkomentar di Facebook dengan seluruh dunia tujuh gunung sembilan lautan macam dunia ini ana yang empunya, kawan-kawan yang dekat di hati saya boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Dan pada saya, awaklah ibu jari. Tak kanan, kiri.

 

 

 

 

Read Full Post »

Tête-à-tête

Doesn’t take much to impress me, this wordpress. It has its own Statistics Page that reports to me what people do to get to my blog, where they hop from and where they hop after. Purrrdy neat! 

 

More often than not, I find it funny to see the terms or keywords people type on the search engine to find my blog. Yes, this time it is the ha-ha-ha kind of funny funny, the entertaining kind of funny. And the laughable kind of funny. Yes, that too.

 

Those who know me well would have memorized my URL or bookmarked me by now. (Thank you girlz and boyz! I know you’re reading, and reading is good for you and me!). But those who don’t know me well… would still be searching for Enida’s blog by typing all sorts of keywords.

 

And no doubt there are those who were looking and searching for other things too, but were unintentionally given the option of clicking on my URL. Hence, the interesting and exciting search terms like:

 

 

 Terms of excitement.

 

I purposely uploaded this tiny PrintScreen copy of the Statistics Page. But if you can see the words tetek braless with a red circle on the above PrtSc, you might find it as entertaining as I did. And if you can see it without zooming in on the screen, they are large enough then. (The words lah, not the tetek. Where got teteks here?) But really, I wonder if anyone was actually hoping to see some braless teteks on my blog.

 

Thank you again to those who have been reading, who have been searching and who have kept coming back… whether for my words or for the hope of seeing teteks here. To those who don’t like what I write, I am sure you have removed me by now. Ah well, not every donkey can carry every one every time, if you have heard of the Donkey Story. That’s why the only one-size-fits-all  that truly fits all is those facial tissues.

 

 

Read Full Post »

What Wonder?

Kepada mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkawan dengan akak di Facebook mungkin ada perasan gamaknya tentang this little story morning glory. Sebuah cerita yang memberi warna ceria lagi striking malah fluorescent dalam hidup akak kira-kira limabelas pagi nan lalu. Maka dah limabelas hari jua lah akak menjerukmaman cerita ini dengan penuh asam dan garam serta butir nasik dari Kelumpo sampai ke Bukit Pokrovsky punya lama nak menyampaikan ke WordPress.

 

Tersebutlah kisah di pagi nan hening dan bening itu… Akak dah ler masuk tidur jam 7 pagi akibat asek menulis novel blog. Tak dan sempat satu jam kepala akak mencium bantal, tiba-tiba akak dibangunkan oleh lemparan sebutir SMS berapi 3-pages-long dari seorang wanita yang berwasangka akak sedang teruja hendak Bermain Jongkang-Jongket™ dengan suami beliau. Hah?

 

Ye betul, para hadirin sekalian! Bermain Jongkang-Jongket™. Jangan scroll down screen PC atau laptop anda. Tidak salah apa yang anda lihat di kaca computer anda yang bukannya diperbuat daripada kaca itu. Istilah Kak Enida ni memang kena mohon Trademark or Copyright Reserved nih. Oleh kerana pada akak tuduhan wanita tersebut agak papan gelungsur akan keterlaluannya, memang terperanjat bukan kepalang tanggung. Ingatkan wanita lain je yang berminat nak Bermain Jongkang-Jongket™ dengan suami akak macam what happened last year. Tapi  di pagi yang cerah itu akak pulak dituduh Bermain Jongkang-Jongket™ dengan suami wanita tersebut. Isyy isyy isyy… banyak betul dugaan jadi WWWF (Wonder Woman with a Wow! Factor) macam akak ni. Auuuwwwf!

 

Well, before akak mengomail dan Menggoblog© (blogging) about it kat sini, here’s some background information to piece this little teka-teki of the story morning glory together. Akak ni simple je orangnya. So I won’t complicate simple things with complications.

 

Prakata:
Facebook must have seen hundreds if not thousands of reunions, I dare bet a dollar to a donut to it lah. I, for one, was reunited with the boy who sat next to me in Grade Four! Let’s just call him Zack here, shall we? Nak dijadikan cerita, I finally found Zack on Facebook after NOT trying to Google him for quite a number of years. To cut the story short, we spoke on the phone, reminiscing that little story of a flying kiss I gave him when I passed by his classroom. I must have burst my throat open that afternoon for laughing so hard when he reminded me of the flying kiss story! I had TOTALLY forgotten ALL about it. I did!

 

That phone conversation done, and we were overwhelmingly excited about childhood stories revisited, I received a Facebook message from Zack a couple nights later, asking me to call him. As I was extremely occupied with KaCher and me Monchies, I didn’t respond to the message until much later saying that I would give him a call in the morning at an appropriate time. But as I was sitting down to blog knead my daily bread way later that night, this text message came in:

 

U impress me by wrds, wndr wat else can u do..gd nit

 

Woooohoooooo! Ahak ahak. Well, to say that I was flattered bila baca his statement memuji tu was an understatement lah kan. Memang kembang semua mangkuk kat taman akak dengan pujian di larut malam begitu. Kerana diriku sungguh berharga! And assuming that he had read my blog ke (to have been impressed by me or by my words), akak pun… sebagai orang bahasa, mainkan balik his words in my reply sms:

 

Oh I can do wonders! Words are just what eyes can see and ears can hear. Ehem! Hehe. Great night!

 

Memang akak perasan macam wanita berbakat gitu! And notice the word wonder, okay tuan-tuan dan puan-puan? Since Zack said he ‘wondered’ what else I could do, akak pun recycle lah perkataan ‘wonder’ beliau itu. Maklumlah akak ni kan memang is a wonderful speaker, wonderful cook, wonderful editor cum proofreader, wonderful trainer, wonderful mother, wonderful wife, wonderful singer (akak dulu La Femme De Jogette selama beberapa tahun, jangan tak wonder about it!)

 

The Kata-Kata:
So that was that. The goodnight was said, tutup talipon. Khalas, kaputski, finitto, конец! Alih-alih, akak bangun keesokan paginya belum sempat siram pokok bunga, pokok bunga melur belum lagi tanam tepi kolam, itik belum bertelur ayam belum mengeram… akak bukak mata akak yang bulat ni only to see this sms:

 

Salam n g’mrng. I’m Azura or bttr rfr as Mrs. Zack. Just 2 let u knw tht i understnd ur acqntnc wth him but wht i x apprcte is d way u r behavg. X sure if u r really married. But if u x i c why n if u did thn i x c wht lacks in ur mrrg…coz a girl tht brags about being able 2 do wonders 2 smbd’s hband really shows a pychotic bhvr….in realty she is truely nothing thn just words she has 2 impress. Man is born 2 flirt but wht kinda wife does tht….. I’m sure u hv pride n intellgt so i wld apprct if u cld crry urslf accdgly n learn 2 hv some respect for smbdy’s wife. May allah bless u…salam.

 

If you find it a bit challenging to understand her text message with all the abbreviations – let’s not talk grammar lah kan – here’s an edited cum proofread version of it:

 

Salam and good morning. I’m Azura or better referred to as Mrs. Zack. Just to let you know that I understand your acquaintance with him (my husband, Zack) but what I don’t appreciate is the way you are behaving. Not sure if you are really married. But if you are not, I see why. And if you are, then I don’t see what lacks in your marriage… because a girl that brags about being able to do wonders to somebody’s husband really shows a psychotic behavior… in reality she truly has nothing but words to impress. Men are born to flirt, but what kind of wives would do that? I’m sure you have pride/dignity and intelligence. So I would appreciate if you could carry yourself accordingly and learn to have some respect for somebody’s wife. May Allah bless you. Salam.”

 

With my eyes still going klip-pok klip-pok terkulat-kulat pagi tu di ranjang tidurku (pehhh! Ranjang okay!) trying like Windows application to restore setting after being shut down abruptly, I thought I had been kidnapped and sent to Planet Uranus! I tried going back to sleep to see if it would take me back to Planet Earth, but sirna belaka cobaanku. So… being the simple and uncomplicated woman that I am, I was going to send this as a reply:

 

Salam Mrs. Zack, thank you for your sms. All said, I just hope you know what I was responding to when I said ‘I can do wonders’.

 

Tapi sebaik sahaja akak nak pechett the ‘Send’ button, another alien kidnapped me to Planet Urasses. Mrs. Zack aka Azura sent another message yang berbunyik begini:

 

Enida, srry 2 get u into ths bv need a little favour frm u. Thgh we’ve bn mrrd 4 10yrs n stll really love each othr tht much but i x wanna stop him in pursuing his happiness. Pls persuade him 2 let me go nicely so we cld both b happy.

 

Okay, here’s an improved version (dengan tidak merobah maksud asal teks ucapan di atas):

 

Enida, sorry to get you into this but need a little favour from you. Though we’ve been married for 10 years and still really love each other very much, I don’t want to stop him in pursuing his happiness. Please persuade him to let me go nicely so we could both be happy.

 

What the?

 

I can do wonders with my words, ya know...So akak just antor je ler message di atas tersebut yang akak dah karang dengan penuh tactfulness dan diplomasi. Orang cemburu yang sedang marah biasanya tak dapat membaca dengan baik. Bak kata adat pepatih kita: “A jealous and furious wife is never a good reader!” So tak payah cakap banyak, Mrs. Johnson. For all I know, she was probably scrolling up and down her husband’s phone MMS Inbox frantically looking for gambar bugil akak dengan jari telunjuk di bibir yang basah motioning what WONDERS akak boleh lakukan terhadap Mr. Zack. Oh, boleh bikin filem Azura II ini macam!

 

Walaubagaimanapun, Mrs. Zack came back tak rela mengalah dengan ini akak yang lahir sebelum zaman Parameswara dan penjajahan Belanda tahun 1511… saying:

 

Dear, i wasn’t born yesterday…as i x read between the lines. Salam

 

No translation nor editing needed on this one, huh! Well, even though at that rate I wished that she was only to be born next year… I knew there was no use dealing with a jealous woman. They obviously had something going on in their marriage. I just happened to pass by with a camera – I wasn’t supposed to be in the picture – I was grabbed and dragged into it! So after wondering if her husband was in the know about this, akak pun menulis satu lagi pesanan yang ringkas dan malas. Kali ni kepada si suami:

 

Good morning Zack. What’s going on ya? I just received 2 text messages from your wife. Pretty heavy stuff for me to be judged as having a psychotic behavior from my one-liner “I can do wonders” last night. And then Azura asked me to persuade you to ‘let her go nicely’? Huh? What’s the story morning glory, man?

 

Akak pun dah malas dah nak tulis ending cerita ni punya lah panjang. Masalahnya akak tak boleh nak omit mana-mana details above sebab everything happened within less than 20 hours. Anyway to cut the story shorter than short, Zack called and asked if I dared cared to Starbucks with him for old time’s sake. At first risau jugak akak kalau-kalau nanti kena serang hendap oleh isteri beliau dan terbergaduh ala-ala Fazura vs Geraldine Mariana Wong! Buang karan akak je barang 220 watt! Suami akak pun akak tak tau mana nak letak, inikan pulak suami orang. Akak baru je nak join Pertubuhan Ibu Tunggal peringkat negeri Selangor tahun lepas. Jangan buat-buat lupa pulak.

 

But anyway, Zack came up with a better idea – he would like to introduce his Azura to me. Well, that… I must say was pretty hard to resist! Memang akak suka dan teruja kalau dapat berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang yang ‘were not born yesterday’ nih. These people are at the brink of a huge loss lah kalau tak berkesempatan kenal dengan Enida of the Questa è Enida ni, I tell you dengan hidung kembang tak hengatt!

 

So we met up. Had a civilly friendly conversation about nothing much. There wasn’t much in common between us to begin with other than her husband. So it was easy, brief and no wonder-wonder punya… no wondercon, no wonderland, no wonderbra, and no wonderpets! Yeah, it was almost an anti-climax to what was so worked up to supposedly be a menage a trois! Oooh la la je t’aime du fond de mon coeur!

 

I drove to the airport to pick up Mr. Johnson right after that penggambaran filem Perempuan, Isteri dan Suami Beliau Yang Disangka Bermain Jongkang-Jongket™ Dengan Perempuan Tersebut with a smile and sebelah kening yang terangkat seraya berkata di dalam hati… hmmm, no wonder lah.

 

Read Full Post »

Bear Ark

I find it funny what people type on the Google search and be sent to my blog. Today, just about an hour and a half ago, someone in Singapore typed “food that makes the cheeks chubby” and was brought to this entry. I hope if this person was looking for food that would make her cheeks chubby, she wasn’t disappointed to see that I am no fat donor to her probable Botox plan. Although… I would be more than happy to donate some if the procedure was as simple as my Daily Output Mumberrr Two.

Read Full Post »

Pohon Berangan

Kepangkuan Abang Ramlee yang dinda kasehi…
Rindu dendam di-jiwa dinda kini lebih dari semalam, kemaren, kemaren dulu, minggu lepas, tahun lepas, malah lebih dari tahun 1948. Yakinlah Abang Ramlee, bahawa kaseh sayang dinda jauh lebih hebat dari chinta sekalian bloggers yang ada di ini zaman. Apa pun yang terjadi, dinda tetap mendoakan semoga Abang Ramlee baik-baik sahaja hendaknya. Abang Ramlee…kalau dinda nak tanya Abang Ramlee satu soalan, Abang Ramlee jangan marah ya? Siapa marah nanti kena jual. Kalau Abang Ramlee nak marah jugak, dinda nak merajuk. Tapi sebelum dinda merajuk, dinda nak gigit Abang Ramlee dulu. Ah Abang Ramlee ni. Nakal!

.

Begini soalan dinda…
Abang Ramlee, Abang Ramlee…kalau dinda terbawak-bawak daydreaming kan Abang Ramlee sampai ke lewat malam, apa bolehkah dinda di-sebut sebagai daydreaming lagi Abang Ramlee? Padahal sang suria sudah lama sembunyi di-telapak kaki langit. Dan bulan sudah pun di-pagar bintang. Mau saja rasanya dinda menchipta istilah baharu angan-angan dinda sampai larut malam begini sebagai nightdreaming. Alaaaaa Abang Ramlee ni, janganlah ketawakan dinda begitu!

.

Tetapi memang benar bagai di-kata, hati dinda langsung tidak dapat melupakan wajah Abang Ramlee yang datang menyamar dalam versi orang putih yang dinda jadikan suami hampir satu abad yang sudah. Dinda mohon berbanyak-banyak ampun dan maaf dari Abang Ramlee bukan kerna dinda memuja-muja akan diri Abang Ramlee. Tetapi kerna dinda benar-benar tidak pasti akan maksud ‘abad’ itu berapa tahun sebenarnya. Samakah ia dengan ‘dekad’ atau ‘kurun’ ya Abang Ramlee? Maklum sajalah Ilmu Hisab dinda tak khatam belajar dari Che’gu Murni.

.

Oh Abang Ramlee, penawar rindu dinda hanyalah pada Abang Ramlee saorang. Kalaulah rindu dinda ini pohon yang rendang, sudah tentu tuan direktor filem Ikan Kaloi tak dapat menggantung buaian ‘laju-laju buaiku laju lepas masak jangan lupa cari kayu’ itu untuk filem beliau kan Abang Ramlee.

.

Umpama pohon beringin yang dinda angan-angankan sejak lama:

.

Pohon rendang di-mana tunduknya,
Kalau bukan di-taman dewa,
Mohon sayang di-mana duduknya,
Kalau bukan di-dalam jiwa.

.

Abang Ramlee… aku chinta padamu.

.

.

.

*Surat chinta ini hendaklah dibaca dengan penuh rasa kaseh sayang terhadap Abang Ramlee, seraya mata sedari seakan terpejam-pejam celik di-luar batasan, dan sekali-sekala menjeling manja ke arah screen laptop atau PC sedari-sedari sekalian. Sudah tentulah di-ujung perenggan pertama tadi sedari musti mencholek pipi Abang Ramlee dengan penuh berahi getik menyebut perkataan “Nakal!” tersebut. Tak lupa juga hendaklah tertunduk dan tersipu-sipu malu dihiasi senyum simpul Nona Baju Kebaya dengan sanggul dua yang terasa chukup lawa. Enough Enida!

.

Read Full Post »

I went to Tanjung Golden Village website for the first time tonight to see if I could book some tickets to see Chicken Little with my Little Chickadee. But of course I couldn’t! It didn’t allow advance reservation. One can only do so for shows on the following day. Anyway, I kept on browsing when I saw this synopsis of Anak Mami Kembali in English:

The film rotates the colourful life of the Piee family that consist of his daughter, Mak Bee (Azan Irdawaty) and two adorable but mischievous grandchildren, Saiful (Saiful Apek) and Ida (Waheeda). Mak Bee is a single mother that is very dominant and has a strong personality. She is very firm and conservative in the up-bringing of her two children. She is also the kind that is very partiular about the family’s status quo.

Saiful is an oversea university graduate. He is the hip and rugged type but likes to brag about things. He is often the victim of her mother’s babbling because she is unkeen of the way Saiful portray himself. Saiful has a lover, Fasha (Fasha Sandha) the daughter of Ismail (Ismail Din) and Saleha (Sheila Mambo).

Saiful did not tell her mother about his relationship with Fasha because of Mak Bee dominance in controlling the family. Ida, his younger sister also faces the same problem when she become involve with Farid (Farid Kamil) the only child of Zulkifli (Zulkifli Zain) and Normala (Normala Omar).

Things seems to be turning worse when Mak Bee got to know of Ida’s relationship with Farid. What will happen to Ida? Are lady luck shying away from her? Are Saiful safe from her mother wrath? Will Mak Bee for go her status quo for the sake of her son and daughter? Wait for upcoming Notorious and Hilarious movies “Anak Mami Kembali”.

Well well well. Dare I comment on the writer’s grammar? I think it’s pretty obvious that the SVA (Subject-Verb Agreement) – the most basic English grammar – is not quite there, i.e. :

  1. Things seems to be turning worse….
  2. Are lady luck shying away….
  3. Are Saiful safe from her mother….

But what I do admire is the writer’s pride in his/her work. Bravo/Brava! He/She went on and posted the synopsis without having it proofread. Sloppy as it may have been, there was a tinge of pride and confidence in his/her attitude. Right on! But…uh, proofread please. I am sure Tanjung Golden Village is not short of writers who are highly capable of writing in grammatical English. Afterall, itu bukan Tanjung Emas Kampung punya wayang kan?

Read Full Post »

« Newer Posts