Feeds:
Posts
Comments

It is known, that I don’t like silly questions. Therefore, I have now taken one step higher and more divine in not liking silly questions. I have become creative in answering them.

.

I give sillier answers.

Kilauan emas di pagi hari Enida...

.

06:30am Monday of January 14th, 2013 — at Cucina Mesra table — Edrick was eating his breakfast and I went straight for the Nescafé Gold jar to make myself some… duh, coffee.

.

Edrick: Mommy, are you gonna make yourself some coffee?

Mommy: *turns to look at Edrick with a BIG smile on her face all ready with a very very silly answer and says* No! I’m not going to make myself some coffee. I’m going to make SIRAP BANDUNG!

Edrick: Hahahahahahahahahaha Mommmmmm!

Mommy: How’s that for a silly answer Edrick?

Edrick: That was a good one, Mom. Hahaha a very good one!

Mommy: Hahahahahahahahahahahahaha! *tells herself, her day was made — thanks to a silly question*

.

Can't leave home without it. Well, apa susah? Buy lah some more.

.

.

It was late, and we were still talking about the Mayans and the 21122012-belief on the way home from picking up Bibik at the airport on December 21st, last year.

.

Edrick: Mom, are  you sure today’s not the doom’s day?

Enida: Ohhh it’s pretty late now for this world to end. It’s almost midnight.

Edrick: And what’s gonna happen tomorrow if today is not the doom’s day?

Enida: I will have to do laundry tomorrow. And you have to help.

Edrick: Arrrggghhh pickles!

.

Penawar luka di hati Mommy... Kitreena looked at me and I looked at Kitreena. Kitreena rolled her eyes to Edrick’s old curse word. And I knew even if the world came to an end that night, I had my angels with me.

.

.

.

Sila Sila Sila

Boleh kalau nak bercakap kasar, nak marah-marah, nak membaling-baling barang, nak membentak-bentak kalau nak. Boleh juga kalau nak memaki hamun, mencarut-carut, meninggi suara dan menghempas pintu kalau mahu. Tak ada siapa kata tak boleh. Tak ada siapa melarang.

.

Sila lah.

.

Bila marah itu reda dan kita mampu berkata, “Saya bangga bila dapat bercakap kasar, membaling-baling barang dan membentak-bentak. Saya kagum dengan tindakan saya memaki hamun, mencarut-carut, meninggi suara dan menghempas pintu bila saya marah tadi. Pasti yang memandang akan hormat pada saya selepas ini.”

.

Sila lah.

.

.

Kalau Sungguh

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi…

.

Tapi bagaimana lah kalau tak ada sumur di ladang?

.

Seumur hidup saya, saya seakan-akan selalu saja pasti ada banyak sumur entah di ladang mana. Dan saya tak pernah bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan kalau sungguh nanti tak ada sumurnya. Tak usahkan sumur, mata air pun belum tentu ada alirnya.

.

Kalau tak ada sumur di ladang saya,
tuan nanti menumpang mandi di mana?

.

Entah ladang yang mana lah nanti...

.

.

Tender Loving Cucur

Dicucuri rahmatNya...

.

Waking up this morning, I rushed downstairs to make breakfast only to realize that I didn’t have much to scrape from. There was Masak Lemak Kobis from supper the other night. But I already set my mind that I was going to make Cucur. It wasn’t easy to make a connection between Masak Lemak Kobis and Cucur, I tell you.

.

But the picture above proved that I am pretty good at recycling. Ehem! It is Cucur Kobis with Bawang Goreng. I fished out the cabbage from the Masak Lemak Kobis and since I was time-pressed to peel and slice fresh shallots, I just mixed in some ready-made bawang goreng (fried shallots) into the dough.

.

Voila! Breakfast is served, love!

.

.

Hurt Heals?

I thought for sure that at one point (or two, or three) in the recent years, I wrote these two words on my blog: “hurt heals“. Yeah, the two words together. Side by side. For sure! But when I did the Search for it, I kept getting…

.

Not Found

Sorry, but you are looking for something that isn’t there.

.

Maybe hurt just doesn’t heal.
And maybe I have been looking for something that isn’t there.

.

.

.

.

Semenanjung What?

If the situation were reversed, and it was our land that we were protecting, our women and children that were brutally murdered… do you think the people of Semenanjung Gaza would fight for us, with us? Would they know where our Semenanjung Malaysia was? Would they even care?

.

Kalaulah keadaan yang sama menimpa kita, tanahair kita yang kita pertahankan, wanita dan anak-anak kita yang dibunuh dengan kejam… apakah anda fikir mereka yang di Semenanjung Gaza akan berjuang untuk kita, bersama-sama kita? Adakah mereka tahu di mana letaknya Semenanjung Malaysia kita ini? Apakah mereka malah peduli?

.

They say, the hardest battle to win is against absurdity.

.

Kata orang, perjuangan yang paling payah ialah menentang kekarutan. 

.

.

Tuuhan Oku

Ringkas jak status kawan sia di Facebook pagi tadi. Dia bilang suruh kitaurang ceria di pagi hari Jumaat neh. Yes, that’s all. Tapi sia rasa macam tu status ditujukan khusus untuk sia yang nda bagitu ceria sabab ada lima gantang laundry mok kasi abis sampai paringkat seterika. Mok pupus suda isi perut lemari bajuku.

.

Trus tiba-tiba sia teringat kawan sia yang suda lama sakit kencing manis. Trus sia bersyukur, nda brani marungut merengus maratap menangis hidup sia nda ceria. Badan sia sihat teda penyakit, poket sia ada lah sekian ringgit nda kosong, anak-anak sia bagus jak riang gembira. Palagi yang nda manis dalam hidup sia neh? Lagi nda mok ceria kah? Aihhhh!

.

.

Trus sia buat-buat senyum manis-manis sambil bikin kopi nda taruk gula. Ceria suda neh!

.

.

.

..

.

.

Tuuhan oku. (Bahasa Dusun)
= I’m thirsty / Saya haus.

.

.

Getaran Jiwang

Kawan: Oittt! Pepagi lagi dah berFacebook?

Enida: Hehehe biasalah. Menghibur hati sendiri.

Kawan: Eh, beb… ngko ni tengah bercinta ke apa?

Enida: Aku memang sentiasa bercinta. Mana pernah tak bercinta.

Kawan: Ishhh, seriously! Ngko ada orang baru eh?

Enida: Hah? Orang baru? Pehhh! Dasyatnya aku!

Kawan: Dah tu, asek letak status jiwang jer.

Enida: Status jiwang? Jiwang ke?

Kawan: Dengan pantun cintan-cintun lah, dengan lirik lagu jiwang lah. Mesti ada apa-apa ni.

Enida: Laaa aku kan bekas pemantun kebangsaan. La femme de jogette pulak tu. Biasa lah.

Kawan: Yang gambor telefon pagi tadi tu… telefon boyfriend duduk jauh ke?

Enida: Eh itu telefon kat katil aku lah.

Kawan: Ye lah, itu bukan ngko berkias nak bagitau boyfriend duduk jauh eh?

Enida: Ha’ah aku telefon boyfriend aku dari dalam selimut. Hangat siottt.

Kawan: Ngko ni! Kalau bercinta cakap je lah. Apasal nak sorok-sorok, berkias-kias?

Enida: Sebab aku lahir-lahir memang dah macam ni. Suka berkias. Cinta ke tak cinta ke, aku berkias jugak.

Kawan: So bila nak kahwin?

Enida: Weekend ni.

Kawan: Oiii! Biar betul ngko ni!

Enida: Kalau dia tak kerja… kalau aku free, nanti aku ajak dia kahwin. Ngko free tak nak tengok aku kawin? Aku tak buat nasik minyak okay. Aku beli karipap IKEA aja jamu orang datang. Minum 100Plus botol besar.

Kawan: Hahaha sudah lah ngko ni! Nyampah aku.

Enida: Hahaha beb. Dalam menyampah-nyampah, ngko sibuk gak nak tau skandal aku kan?

Kawan: Hahaha tu yang aku tak paham tu. Hahaha.

.

.

.

Pleboit

Koi tok gheti nok maeng geing. Pandei lalu. Toksoh sughoh lah mende geing pon. Kecoli Tumblebug sebak keje diyer melutu ke mende bulat hok bebagheih masuk lubang kluwor lubang te haje. Lepeh lutu, lutu. Lepeh lutu, lutu.

.

Keiknye biler becakak pasei lutu ni, koi tingek ke MokDe koi. Oghangnya paleh tinggi. Sudoh lah tinggi, besor pulok te. Sudoh lah besor, garang diyer… koooos semangek. Ibaratnya tuanku soltan te penyudohnye mintok ampun ke MokDe koi. “Ampun MokDe beghibu-ghibu ampun, semboh beta haghak diampun.” Kabor ke. Punye ke takot baginda ke kegarangei MokDe Semoh. Ah yer, doh namer nye cekgu besor, yak.

.

Puloknye, gone ke tok chengei? Adik-beradik 15 oghang. Iyerrr limer beleh. Fifteen. Satu limer. 15. Diyer hok nomboi tiger. KokNgoh diyer lagi loh pulok chengei melampaa. Bukei tuanku soltan je mintok ampun penyudohnye. Yang dipertuei agong karang kot ngikut mintok ampun belaka. Sudoh la dah.

.

Mok koi citer dulu, KokNgoh diyer te yang mele diyer maser mok ayoh diyer pegi aji. Mengkala adik-adik tok mboh dengor kater je, diyer cakor muker! Kuku panjang super antu. Sape babei, diyer tok meri nasik. Hah, belapor lah awok sampei mok awok balik aji, kabor ke.

.

Oh cokoiiittt! Laaaaa… koi ni tadi benornye nok citer pasei maeng geing. Ilang keisoh yak! Haiiii tak mende lah pepagi ni melaghat meghaban. Lepeh te koi konoan nok citer pasei perkataei ‘lutu’ hok MokDe koi rajeing nyebut dulu te. Sebak diyer rajeing melutu keghebaa. Datang dekat sikek je, dilutu dengei puntung kayu api. Menciput laghi keghebaa te, sampei bertabur taik.

.

Koi teghase lah pulok nok pegi nabur bende hok boleh tabur. Hishhh! Pantang nyebut yak. Pleboit sangek koi te.

.

.

.